Showing posts with label life. Show all posts
Showing posts with label life. Show all posts

Monday, August 15, 2016

Jumpa Doktor Marsita (Klinik Pakar Wanita Medina) : Ubat Tak Dapat, Menda Lain Yang Dapat



Entry ni lebih kepada note untuk self future reference, Sebab bila jumpa Dr Masitah, terlalu banyak info yang diberi yang sangat menarik. Kalau aku tak tulis confirm 90% content aku akan lupa.

Kalau nak di ceritakan dari awal, Dr Marsita ni doktor ke 6 yang aku jumpa since beberapa tahun lepas. Tapi dengan Dr Marsita ni lain sikit sebab rawatan dia merangkumi Islamic dan conventional medical punya approach. Macam di gabungkn dua2 approach tu jadi aku rasa sangat seronok la juga.

Dr Masitah sangat mementingkan Islamic punya approach in terms of dietary & daily lifesyle. Aku share sikit kat sini (supaya aku tak lupa) dan aku percaya ianya boleh diamalkan oleh sesiapa sahaja kerana apa yang disarankan sebahagian besar nya adalah sunnah Rasulullah kita.

Nota doc kasik soh tampal kat dapur biar tak lupa apa nak makan

1. Bangun pagi at least kul 5 am dan tidur awal at least by 11 pm. Ni part paling aku sangat suka sebab time off aku is at 10! haha.

2. Dah bangun pagi tu buat solat sunat tahajjud/ hajat/ taubat. Dan amalkan untuk membaca surah Al Insyirah & Al-Fil. Sebab dua surah ni sapa yang amalkan akan terhindar dari penyakit

3.  Amalkan minum Olive Oil, Pomegranate juice dan madu di awal pagi masa perut kosong.

4. Amalkan minum air masak dan buah sebelum makan makanan berat. At least sejam atau setengah jam sebelum makan. Makan buah yang ada banyak juice ie watermelon, apple etc

5. Pilih madu yang betul2 pure baru dapat high impact. Mahal tak apa, yang penting asli. Kaji betul2 dari mana datang madu tu supaya kita tak tertipu dengan madu yang dah dicampur bahan-bahan lain. Dr Marsita share juga pengalaman dia masa g Farmasi di German.Kita tahu German ni antara negara pengeluar ubat-ubatan yang hebat. Rata-rata ubat ubat yang aku ambil untuk treatment kesuburan ni adalah dari sana. Tapi yang mengejutkan kat farmasi dorang takde pun ubat-ubat ni dijual. Tahu apa yang ada? Bermacam jenis maduu sebagai ubatan! haaa dia kasik makan menda yang baik2 utk local people mereka. Then, what happen to those medication yang dorang produce tu? Mereka jawab 'oh, that is for export..' huhu

6. Cari Olive Oil yang premium quality utk diminum tapi yang biasa tu pun boleh tapi rasa dia kureng sikit lah. Dr Masitah kata Olive oil khasiat nya kita dapat sekiranya kita ambil direct. Kalau yang guna utk masak, khasiat olive oil tu actually dah hilang. So gunalah olive oil letak dalam salad or minum directly. Ate yang guna utk masak spageti carbonara tu, cuma dapat rasa sedap saje, khasiat dah takde. Untuk treatment ni,  boleh beli yang premium as per doc suggestion (Palermo)

Olive oil ni harga RM80, beli kat klinik Medina

7.Makan 7 biji kurma dan susu kambing sehari. Tapi Doktor tak galakkan minum susu kambing yang dah diformula kan/ sachet/botol tu sebab kandungan susu kambing cuma 30% .70% lagi adalah creamer sahaja. Minum susu kambing fresh tu haa

8. Oh cakap pasal madu, kat klinik Dr Marsita ada jual madu dari Kirjistan. Madu tu warna putih dan sangat highly concentrated. Doc bagi rasa.. yummmy so honeyyy rasa dia . Harga satu botol (750g) ialah RM250. Mahal sebab penghasilan madu ni setahun hanya sekali. Jenuh pakcik yang kutip madu ni nk tunggu lebah produce setahun sekali. Tapi aku hari tu tak beli pun, nak kene kumpul duit dulu hehe

Ni madu yang ada kat sini. White Honey tu yang tengah tu 

9.Banyakkan makan ikan dan masak cara non oily ie steam. Guna banyak halia dan bawang putih

10. Tak bleh makan fast food ie McD, KFC etc.. ate aritu teringin pergi juga makan KFC tu pun tak ingat dah bila last time mkn KFC, Teringin sangat doc, ampunss

Ok cukup la kot 10, Next time kalau ada yang baru kiter story lagi kay. Despite tips dan sunnah yang kene amalkan ni, kita still undergo normal process like other doctors do. Only that the different approach by Doc Marsita, does impress me much.

See yah! TaTa





Wednesday, December 2, 2015

Percutian Rehatkan Jiwa di Bandung Part 5

Hollaa! Jom sambung cerita lepas episod telan air liur 3 tong pasal budget dah lariii masa 1st day  :p

Dari D'FashionTextile, kami terus menuju ke Toko Tiga. Ramai warga blogger yang suggest tempat ni. Tapi since aku takde plan nak cari apa2 kat sini so niat hanya untuk windowing aje lah.Tak jauh pun dari D'Fashion  Textile, about 10 mins drive.

Sampai di kedai ni aku teruja dengan dekorasi interior nya. Cantik. So instead of shopping, kami lagi ralit bergamar! LOL

Toko Tiga ni la rupanya


Comel kan.. dengan desiran air kat tepi memang boleh layan gak la


The same pic, tambah 2 makhluk aje


Kerusi dari kayu apa tak tahu. tapi gabak2 size dia

Nampaknya kura2 lebih menarik dari bershopping!

Kalau korang mencari jeans, kat sini memang banyak pilihan. Harga pun boleh tahan mahal heheheh. Quality pulak personally pada aku biasa2 saje. Ada banyak juga pilihan tshirt2 berjenama untuk orang lelaki, beli l sehelai untuk Saufey kang kecik hati pulak yee :p. Kat level 2 ada pakaian untuk wanita. Aku round saje and alhamdulillah tak ada hasil :p

Tu dia orang lelaki suka kot.

Tshirt2 branded banyak la kat sini



Syurga jeans! Minta je size kat staff kat sini. Dorang akan carikan

Settled di Toko Tiga, kami nak berjimba di Trans Studio Mall (TSM)! Tengok kat blog cam best aje tapi Pak Edi macam tak welcome kami gi situ. Dia bimbang kami akan kecewa bila banding dengan USS dan Legoland ahaks. Dia suggest  macam ni "Tak apa kakak, kita ke sana tengok2 dulu kalau kakak berkenan baru bayar untuk masuk" hehehe pandai pun :)

Sebelum masuk TSM, kami solat dulu di Masjid Agung Trans Studio . Alang2 dah sampai sini jom la review sikit pasal Masjid ni yang mana dekorasi interior ala-ala Masjid Nabawi especially on tiang yang ada corak belang2 tu. Tengok gambar2 ni ha..


Rasa macam kat depan Masjid UIA :p 


View dari bahagian solat wanita


Lepas solat, terus cross jalan menuju TSM (masjid betul2 opposite TSM). Dari depan masjid kami boleh melihat roller coaster TSM dengan jelas.Yang menarik roller coaster ni akan bergerak secara reverse after it touch it maximum point. Gayat gak laa tgkk..  Ikut hati nak try tapi kawan aku si Fathiah ni tak nak pulak. Takut katanya, Takkan nak naik jerit sorang pulak kat roller coaster tu. Jadi lupakan lah niat tu ye!

View TSM dari depan Masjid Agung. dekat aje.

;
Roller Coaster tengok aje tak naik

Melangkah masuk je TSM perut lapar pula.. Jom la makan Belgian Wafel dulu sebab terpengaruh tengok wafel rupa macam ais krim! Comel aje kedai nya.and to tell you the truth,sedap sungguh  waffle diaaa. Lembut rotinya dan coklat mild hot dia tu nyaman sekali! Best okay.



Ni pilihan hati kami. Harga approx. RM6/pc

Sebab sedap makan sikit2 sayang nak abiskan

Yayy! abis! sedap hingga menjilat stick!


Then lepas makan kami pun berjalan-jalan kat TSM ni. Ianya standard mall dan bersambung dengan theme park! Nah layan gambar..





Lepas siap round kami decide takmo masuk dalam! hehe. Sbb perut da lapo kuikii
Kali ni Pak Edi suggest makan Nasi Padang di Simpang Raya Restaurant. Standard Nasi padang juga tak de la sedap gile macam kat Surabaya atau Batam yang aku pernah makan. Cukup untuk perut rasa kenyang dan yakin dengan tahap kebersihannya. Alhamdulillah.

Standard nasi padang. penuh meja tapi makan mana yang nak aje. kang tak pasal melambung bill!

Siap! perut kenyang dah!

Tak pasti reason apa dua2 orang posing cm tu

Lepas makan, perut dah kenyang, hati pun dah suka.. Mula la mood shopping kembali lagi! hehe Next entry la kay!

See yah

Tata



Monday, September 21, 2015

Resepi Express Home Made Roasted Chicken ala Nandos

Ni cerita malam tadi bila mana tengah buat kerja tetiba perut bagi signal lapar secara bertubi-tubi! Jadi terus aku selongkar peti ais tengok apa bahan yang ada. Sekali glance dapat ilham nak masak roasted chicken. Dijamin cara penyediaan kurang dari 30 mins  :)

Yummyy ni la rupa dia!

Bahan-bahan untuk  Roasted Chicken:

Ayam 2  bahagian
Rempah Ready Made utk perapan ayam (beli kat Yummies Bakery)
Olive Oil

Cara:
Super senang. Gaul ayam bersama perapan ready made. Campur dengan sedikit Olive oil & biar selama 5 minit. hehehe. Kejap giler perap. Kata express kan :)
Panaskan Magic Pan (Pemanggang Ajaib) dan boleh la panggang ayam tadi. Guna api sederhana lebih kurang 10-15 min. Lepas tu 5 min lagi guna api kecil.
Cucuk guna garfu utk pastikan ayam sudah betul-betul masak ye. Manual jer

Boleh juga kalau nak guna resepi Kak Lina utk buat bahan perapan ni (aku dah pernah guna & memang sedap)  Cuma mlm tadi sebab nak ekspress, guna la ready made herbs! :p 


Sgt suka guna magic pan sebab tak bersepah mcm guna oven. Sesuai utk famili kecil macam kami. Magic Pan HIG beli kat Langkawi harga RM 59.90 

Sementara ayam dok tengah panggang tu aku ada lah masa nak buat coleslaw sikit. Ni mmg super senang.

Bahan yang ada kat umah:

*Kubis 2 helai
*Suku bahagian telur masin (Sebab telur biasa takde, plus telur masin ni baki lunch siang tadi)
Cili besar hijau 1
Secubit garam
3 sudu besar mayonis
Sedikit perahan limau nipis
Sedikit serbuk kari 

Cara:
Gaul semua bahan diatas. Haha. Senang nyaaaa!!!
Lepas tu korang perasakan ikut anak tekak masing2. Nice!
Btw bahan yang ada * tu actually kalau korang ada bahan2 lain ie: daun salad, carrot, sosej, telur rebus, kentang rebus.. semua boleh je nk tambah. Aku? Sbb itu je yang dlm stok bahan masak ! Haha

Ni la rupa gaulan tu. Mangkuk ni sangat epik MIL kasik. Semua rumah anak menantu ada mangkuk ni :)
Bila ayam dah masak,boleh la angkat dan letak sos Nandos diatasnya! Sebenarnya itu je resepi tang ala Nandos tu :p. Jangan marah tau bukan nak tipu tapi trust me Nandos tu rasa dia 80% datang dari sos dia tu (ni pandangan peribadi aku aje, bukan fakta). Jadi buat la roasted chicken resepi mana sekalipun, letak sos Nandos confirm you will get the taste! Cuma takde la bendera Nandos terpacak atas ayam hehehe

Sos Nandos korang boleh beli di pasaraya ie AEON/Jusco. Dr yang mild sampai la Extra Hot, ikut la takat level mana yang lidah korang boleh pergi. Harga RM9.90 satu botol kalau tak silap.

Siap! Mari la membaham! Personally aku rasa sedap! Kalo korang buat sure lagi sedap sebab aku yang x pandai masak ni pun boleh buat LOL! 

Itu je cerita.

TaTa

   

Monday, February 6, 2012

Azam 2012

Hek eleh gile ke apa, da bulan 2 baru nk cite pasal azam. Ah sukahati ak lah. Blog ak, kalu ak nk tulis entry pasal azam pada bulan dec pun tak de sapa keysah. Hisk.

Ak rasa ak hebat sbb setakat ni ak dtg awai mai office! Haha. Giler best. Sbb sbl ni ak lah kaki dtg lewat mai ofis. Boss sound la cemana sekalipun, ak ttp tak rasa bersalah dtg lambat. Kira azam tahun 2012 nk dtg awal g ofis. Exceptional : keta eksiden pagi2, bgn lambat sbb tak dgr bunyi alarm, jalan jam, parking penuh cari parking luar lama! Hahah. Azam la sgt klu gini gaya.

Ak nk belajar masak. Giler azam mcm ni pada umur 29 tahun! Takpe. Omputih kata never too old to learn. Ye ke Omputih ada ckp mcm tu? Ak kan x reti masak. Ak jeles tgk org msk cmpak2 pastu sedap. Ak masak ikut sukatan mcm apa, pastu tak sedap. Ak kira ak takde bakat.

Apa lagi ye.. ak nk anak! Tp ni da masuk tahun ke-3 azam lagu nih. Yang ni complicated sikit, cuma ak yakin ngn keazamn, usaha y gigih serta kesabaran Insyaallah masa nya akan tiba jua. Amiin. Ak kan siap da ada nama utk anak2 ak kott. Giler poyo. Siap ada 4 nama, bajet 1st round anak 4. 2nd round tmbah lagi 2.confident.

Ak nk belajar apa2 jua ttg perkahwinan. I mean wedding not marriage. Ak kan mcm ada cita cita baru. Tp ak tak yakin lagi jadi kene la belajar dik non. Tu kang kalo da nmpk jalan br citer lebih.

Hmm apa lagi selalu org letak dlm list azam ye?nk simpan duit! Yeahh. Tp ni mcm tahun2 lepas je. Hmm.

Lain2 azam yang personal sgt tu keep to myself je.,hok aloh mcm la ada org Baca blog ko ni ajaswad oii. Takpe kadang2 ak ni perahsia juga orgnya. Keskes.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Eksiden Di pagi jumaat y permai.

Last friday keta ak ditimpa malang lagi. Sian dia. Sian aku. Takpa kali ni ak rilek sikit sbb da biasa la katakan. Kene langgar belakang, bumper terkeluar la sikit, and ada scratches gak. Ni la org y langgar tu


Imej dia dari belakang.

Ni kenderaan dia





Dan ni keta aku







Macha ni p langgar ak ms ak tgh sedap2 layan lagu berdua bersatu. Mujur keta stop sbb tgh queue jam.

Ni dialog ngn macha tuh

Apsal awak langgar keta saya?
: saya Mata tada nampak juga..

Dah tu awak byr saya la. Sy Mau bikin keta saya
: tolong la dik, sy bini tada,anak tada, keja tada.

Dia dok ulang ayat tu dekat 10 kali lebih la ak ingat. Ak marah giler kot.
Last2 ngn bantuan penduduk disitu, dapatlah rm 20 dari wallet macha tu.
Duit tu ak guna byr kat pakcik mekanik tlg masukkan balik bumper tu ngn polish balik. Kul 830 am siap n g ofis mcm biasa. keta dah back to normal.cuma getah bwh bumper tu koyak, so ikat ngn cable tie. Haha. Ak rasa keta ak da mcm kapalterbang dlm Madagascar y dibaiki oleh penguin2. Ah ada chef wan kesah?lantak lah asal boleh jalan.
Ak berfikir, motif tuhan duga ak Di pagi2 jumaat tu... Hmm patutlah mlm tu dok layan titanic smpi kul 130 pagi, tak Baca yaasin pulak tu. Padan muka ak. Kifarah dosa lagi.
Published with Blogger-droid v1.7.4