Showing posts with label bandung. Show all posts
Showing posts with label bandung. Show all posts

Wednesday, May 18, 2016

Percutian Rehatkan Jiwa Di Bandung Day 2 Part 2

Ok part 2 terus cover story pasal Kawah Putih. Tapi sebelum ke sana Pak Edi belanja Cendol Elizabeth. Katanya the best in town, rugi kalau kakak tak rasa. hehe

Close up cendol Elizabeth. 

Ni gerai nya and ada few branches juga
Lpas melantak cendol, singgah kejap kat money changer, ada org dah tak cukup rupiah. Btw cendol makcik Elizabeth tadi sedappp sebab rasa gula melaka tu di bakar. enak sekali.

Btw reviw sikit tentang Money Changer ni: Pak Edi kata GOLDEN Money Changer offer the best rate.Cari dalam Googlemap "Golden Money Changer" nanti terus jumpa route ke sini, kat sekitar bandar Bandung juga

Tu dia signboard Golden Money Changer

Ada lebih dari 10 kaunter kat sini , kene amik nombor okay nak tukar duit

Plan asal nak ke Tangkuban Perahu sebab itu signature orang g Bandung, tapi Pak Edi kata "Kawah Putih lebih cantik kakak. harganya pun lebih murah". Kalau Tangkuban perahu entrance nya kira-kira RM60  per pax .Harga jadi mahal since dorang tukar syarikat pengurusan. Sebab kami dalam budget travel, amik yang murah dan cantik lah.

Ni info sikit pasal tempat ni tapi kalau nak tahu details bole baca kat sini---> Kawah Putih haha hamik ko aku kasik link wikipedia je terus hihi:

1.Ia adalah kawasan gunung berapi yang dah tak aktif
2. Pada musim hujan, kawasan kawah akan dipenuhi dengan air dan kabus putih, sebab itu terjadinya nama Kawah Putih
3. Semasa musim panas, tiada kabus putih terhasil sebaliknya kawah menjadi kering dan timbullah belerang (sulfur) di sini dan menjadikan warna menjadi kuning dan hijau
4. Bau sulfur sangat kuat jadi kene tahan hidung sikit la ye.
5. Entrance fee RP 30K

Perjalanan dari kota Bandung ke sini mengambil masal kira-kira dua setengah jam, Tiba di sini terus parking kereta dan menaiki kenderaan mereka bernana ontang-anting.

Pak Edi belikan tiket dulu

Tu dia ontang-anting tengah bersusun. Ia adalah van penumpang tau

Mari la kita beratur sebelum menaiki ontang anting 


Lebih kurang 10 minit, sampai sudah di Kawah Putih. Takde apa kat atas tu kecuali pemandangan yang cukup awesome ok! So kami bergambar kat sini lebih kurang 3 jam sampai la perut rasa lapar gileee baru ingat nak cari makan. Nah layan gambar lepas tu nak g makan :p


On our way up...
Ni model poyo nak posing 

Perghh ni kalau bawak model buat photoshoot baju best nyaa 
Tak pernah sunyi dari para tamu disini 


Close up tanah yang merekah dek kerana cuaca kering.. 



Nak juga pic budak nehh 

Ada toilet dan musolla juga kat sini

Gambar tanda dah sampai sini 

Masya Allah amazingg 

Ok da penat pergambar, sambung next entri kay, pasni nak makan makanan sunda di Saung Gawir!

TaTa






Wednesday, February 10, 2016

Percutian Rehatkan Jiwa Di Bandung Day 2 Part 1

Alhamdulillah malam dapat tidur dengan nyenyak sekali lepas penat berjalan. Hari ke dua kami plan mcm ni:
1. Breakfast di Hotel
2. Tinjau Pasar Baharu kejap
3. Sightseeing di Kawah Putih (Since Tangkuban Perahu punya entrance mahai)
4. Sightseeing lagi di Foating Market (tak sempat) 
5. Night walk di Ater Hot Spring
6. Dinner kat Kg Daun  (tak sempat juga) 

Biasalah masa plan tamak semua tempat nak pergi tapi ending mesti ada yang tak sempat hehe

Ok, Joms start the journey for our 2nd day! Kami sarapan di hotel aje pagi tu tapi Fathiah tak begitu berselera. Takpa nanti kat luar cari makanan yee.. Di hotel Zodiak Asia Afrika Bandung ni tak de begitu banyak pilihan makanan untuk sarapan, sesuai la dengan harganya kan! Cukup makan sekadar untuk alas perut.
Ruang makan yang cute

Puan Atie tengah pilih nak makan apa 

Lebih kurang mcm soto tapi pakai tetel lembu. Sedappp! walau pun rupa dia ala-ala aje hehe. Aku makan 2 mangkuk 

Lepas siap makan, kami jalan-jalan di sekitar Hotel dulu. Biasalah orang berjalan awal pagi kaki dah tak boleh duduk diam. Padahal kedai tak bukak pun lagi ! Kat tepi hotel ni ada la display duit lama untuk dijual. Aku tak tanya harga takut nanti terbeli hihi. Kagum sekejap tengok duit zaman dahulu kala, zaman kita tak lahir pun lagi huhu

Macam-macam jenis duit ada kat sini. Tak tanya plak kalau nak beli berapa harga huhu 

Boleh plak ada 1/2 dalam duit kertas, Comel 

Duit zaman penjajahan Jepun tu yang ada 2 bahasa dalam duit tu

Then kami berhasrat nak tinjau Pasar Baru sebentar, kami hanya berjalan kaki je dari hotel tak jauh. Kurang 10 minit berjalan, tiba di Pasar Baru. Ushar barang sebab semua orang kata tempat ni heaven for shopping. Tapi for me personally biasa aje sebab barang kat situ lebih kurang macam kat Jalan TAR atau Kenanga Wholesale di KL. Dan setakat pengalaman aku juga tawar menawar aku kurang menjadi. Tapi depends la ada sesetengah orang maybe terer kot dapat menawar. Orang kampung cam aku kalau tak dapat tawar, tanak beli dah hehe Ada banyak la telekung, blouse, casual wear, kain sarung, jubah etc semua ada kat sini. Sediakan uang nya saje mbak! Nah layan gambar.

Suasana pagi di sini, masing-masing sibuk mencari rezeki
Ni la rupa paras Pasar Baru. Tempat shopping souvenir paling best di Bandung
Pintu masuk Pasar Baru Trade Center

Antara kedai-kedai
Ha tu dia telekunggg.. banyak sangat kat sini 

Mcm biasa lah dorang akan buka untuk anda!

Menilik sulaman pada telekung. Standard la orang pompuan semua nk dibeleknya!

Kami tak berhasil sangat kat sini. Maklumlah aku memang duit dah habis beli lace semalam. Atie pulak beli telekung kat sini. Ok siap di Pasar Baru, tunggu Pak Edi fetch us up utuk menuju destinasi seterusnya iaitu Kawah Putih. Ayuhhh tunggu next entry kay!

TaTa!

Wednesday, January 27, 2016

Percutian Rehatkan Jiwa di Bandung Part 6

Lepas habis cerita makan nasik padang, kami pun nak start la ala2 lumrah orang ke Bandung mesti nak hop on hop off factory outlet kat sini! Ibarat kuar masuk kedai shopping aje lah. Tapi kami tak pula begitu sebab niat asal memang untuk berehat, duit pun bawak cukup2 aje (memang takde bajet utk shopping pun aheeee! )

Tapi Pak Edi bawak jugalah kami ke salah satu FO kat sini iaitu DSE Factory Outlet which aku jatuh hati la juga.. aisehhh.. trust me tak de duit pun nk shopping tapi dah niat dalam hati " kalau nanti datang lagi nak beli banyak2 kat sini lah" Tu dia belum pun balik mesia dah fikir nak datang sini lagi! Bukan apa kat DSE ni ada banyak pilihan baju dan kualiti nya bagus serta point penting harga dia reasonable. Aku beli la gak baju sehelai harga dia baru RM 10! Kualiti fabric terbaik I tell youu. Baju for baby & kids pun cantik2. Teringat la kat anak sedara yang berderet tu.. kang kalau belikan sorang aje, mampuih merajuk yang lain2. So untuk berlaku adil tak yah la beli apa2 hehe
Muka depan kedai :)

Nampak tipikal tapi barang-barang dalam tu best2 :0 


Siap shopping mini2 kat DSE, kami bergerak ke tempat shopping yang menjadi bualan hangat semua pelancong Malaysia di sini iaitu Rumah Mode. Tak de bayangan pun macam mana rupa Rumah Mode tetapi setiba saja di perkarangannya teruss automatik terbayang suasana di Bali!!! Rumah Mode is so Bali!! Teringat masa holiday kat sana few years back. Siap ada bunyi2 Bali tu lagi, Cantik dekorasi, penuh artistik & cukup berseni dari dalam kedai hinggalah ke kamar kecil nya.







Tapi i tell you harga barang dia subhanallah mahal gilerr . Pastu aku tengok orang2 Indonesia kaya selamba shopping penuh tangan! Ok for me, memang saje dtg jauh2 utk tengok you all shopping la kan! hehe.. pastu keluar kedai main selfie! :p

Lepas posing2 berdua, kami sempat la beli sikit roti kat sini habuan makan dalam bilik nanti. Siap terus kami berangkat ke hotel la. Mata pun dah berat jerr..

Ni ha kedai bakery Eaton. Boleh la nk beli kudap kudapan 

Deko nya pun cantik. Sesuai untuk melepak jugak

Hotel kami pilih ialah Zodiak Asia Afrika Bandung. Tu dia nama abis international! Hotel ni dekat dengan Pasar Baharu, dekat dengan town Bandung la kiranya. Hotel kecil, harga berpatutan dan cukup la utk tdo je pun kan. Kami pun dah penat gile siap mandi & terus zzz

Ok habis cerita hari pertama! Esok sambung Day 2 kay!

TaTa!



Wednesday, December 2, 2015

Percutian Rehatkan Jiwa di Bandung Part 5

Hollaa! Jom sambung cerita lepas episod telan air liur 3 tong pasal budget dah lariii masa 1st day  :p

Dari D'FashionTextile, kami terus menuju ke Toko Tiga. Ramai warga blogger yang suggest tempat ni. Tapi since aku takde plan nak cari apa2 kat sini so niat hanya untuk windowing aje lah.Tak jauh pun dari D'Fashion  Textile, about 10 mins drive.

Sampai di kedai ni aku teruja dengan dekorasi interior nya. Cantik. So instead of shopping, kami lagi ralit bergamar! LOL

Toko Tiga ni la rupanya


Comel kan.. dengan desiran air kat tepi memang boleh layan gak la


The same pic, tambah 2 makhluk aje


Kerusi dari kayu apa tak tahu. tapi gabak2 size dia

Nampaknya kura2 lebih menarik dari bershopping!

Kalau korang mencari jeans, kat sini memang banyak pilihan. Harga pun boleh tahan mahal heheheh. Quality pulak personally pada aku biasa2 saje. Ada banyak juga pilihan tshirt2 berjenama untuk orang lelaki, beli l sehelai untuk Saufey kang kecik hati pulak yee :p. Kat level 2 ada pakaian untuk wanita. Aku round saje and alhamdulillah tak ada hasil :p

Tu dia orang lelaki suka kot.

Tshirt2 branded banyak la kat sini



Syurga jeans! Minta je size kat staff kat sini. Dorang akan carikan

Settled di Toko Tiga, kami nak berjimba di Trans Studio Mall (TSM)! Tengok kat blog cam best aje tapi Pak Edi macam tak welcome kami gi situ. Dia bimbang kami akan kecewa bila banding dengan USS dan Legoland ahaks. Dia suggest  macam ni "Tak apa kakak, kita ke sana tengok2 dulu kalau kakak berkenan baru bayar untuk masuk" hehehe pandai pun :)

Sebelum masuk TSM, kami solat dulu di Masjid Agung Trans Studio . Alang2 dah sampai sini jom la review sikit pasal Masjid ni yang mana dekorasi interior ala-ala Masjid Nabawi especially on tiang yang ada corak belang2 tu. Tengok gambar2 ni ha..


Rasa macam kat depan Masjid UIA :p 


View dari bahagian solat wanita


Lepas solat, terus cross jalan menuju TSM (masjid betul2 opposite TSM). Dari depan masjid kami boleh melihat roller coaster TSM dengan jelas.Yang menarik roller coaster ni akan bergerak secara reverse after it touch it maximum point. Gayat gak laa tgkk..  Ikut hati nak try tapi kawan aku si Fathiah ni tak nak pulak. Takut katanya, Takkan nak naik jerit sorang pulak kat roller coaster tu. Jadi lupakan lah niat tu ye!

View TSM dari depan Masjid Agung. dekat aje.

;
Roller Coaster tengok aje tak naik

Melangkah masuk je TSM perut lapar pula.. Jom la makan Belgian Wafel dulu sebab terpengaruh tengok wafel rupa macam ais krim! Comel aje kedai nya.and to tell you the truth,sedap sungguh  waffle diaaa. Lembut rotinya dan coklat mild hot dia tu nyaman sekali! Best okay.



Ni pilihan hati kami. Harga approx. RM6/pc

Sebab sedap makan sikit2 sayang nak abiskan

Yayy! abis! sedap hingga menjilat stick!


Then lepas makan kami pun berjalan-jalan kat TSM ni. Ianya standard mall dan bersambung dengan theme park! Nah layan gambar..





Lepas siap round kami decide takmo masuk dalam! hehe. Sbb perut da lapo kuikii
Kali ni Pak Edi suggest makan Nasi Padang di Simpang Raya Restaurant. Standard Nasi padang juga tak de la sedap gile macam kat Surabaya atau Batam yang aku pernah makan. Cukup untuk perut rasa kenyang dan yakin dengan tahap kebersihannya. Alhamdulillah.

Standard nasi padang. penuh meja tapi makan mana yang nak aje. kang tak pasal melambung bill!

Siap! perut kenyang dah!

Tak pasti reason apa dua2 orang posing cm tu

Lepas makan, perut dah kenyang, hati pun dah suka.. Mula la mood shopping kembali lagi! hehe Next entry la kay!

See yah

Tata