Wednesday, February 10, 2016

Percutian Rehatkan Jiwa Di Bandung Day 2 Part 1

Alhamdulillah malam dapat tidur dengan nyenyak sekali lepas penat berjalan. Hari ke dua kami plan mcm ni:
1. Breakfast di Hotel
2. Tinjau Pasar Baharu kejap
3. Sightseeing di Kawah Putih (Since Tangkuban Perahu punya entrance mahai)
4. Sightseeing lagi di Foating Market (tak sempat) 
5. Night walk di Ater Hot Spring
6. Dinner kat Kg Daun  (tak sempat juga) 

Biasalah masa plan tamak semua tempat nak pergi tapi ending mesti ada yang tak sempat hehe

Ok, Joms start the journey for our 2nd day! Kami sarapan di hotel aje pagi tu tapi Fathiah tak begitu berselera. Takpa nanti kat luar cari makanan yee.. Di hotel Zodiak Asia Afrika Bandung ni tak de begitu banyak pilihan makanan untuk sarapan, sesuai la dengan harganya kan! Cukup makan sekadar untuk alas perut.
Ruang makan yang cute

Puan Atie tengah pilih nak makan apa 

Lebih kurang mcm soto tapi pakai tetel lembu. Sedappp! walau pun rupa dia ala-ala aje hehe. Aku makan 2 mangkuk 

Lepas siap makan, kami jalan-jalan di sekitar Hotel dulu. Biasalah orang berjalan awal pagi kaki dah tak boleh duduk diam. Padahal kedai tak bukak pun lagi ! Kat tepi hotel ni ada la display duit lama untuk dijual. Aku tak tanya harga takut nanti terbeli hihi. Kagum sekejap tengok duit zaman dahulu kala, zaman kita tak lahir pun lagi huhu

Macam-macam jenis duit ada kat sini. Tak tanya plak kalau nak beli berapa harga huhu 

Boleh plak ada 1/2 dalam duit kertas, Comel 

Duit zaman penjajahan Jepun tu yang ada 2 bahasa dalam duit tu

Then kami berhasrat nak tinjau Pasar Baru sebentar, kami hanya berjalan kaki je dari hotel tak jauh. Kurang 10 minit berjalan, tiba di Pasar Baru. Ushar barang sebab semua orang kata tempat ni heaven for shopping. Tapi for me personally biasa aje sebab barang kat situ lebih kurang macam kat Jalan TAR atau Kenanga Wholesale di KL. Dan setakat pengalaman aku juga tawar menawar aku kurang menjadi. Tapi depends la ada sesetengah orang maybe terer kot dapat menawar. Orang kampung cam aku kalau tak dapat tawar, tanak beli dah hehe Ada banyak la telekung, blouse, casual wear, kain sarung, jubah etc semua ada kat sini. Sediakan uang nya saje mbak! Nah layan gambar.

Suasana pagi di sini, masing-masing sibuk mencari rezeki
Ni la rupa paras Pasar Baru. Tempat shopping souvenir paling best di Bandung
Pintu masuk Pasar Baru Trade Center

Antara kedai-kedai
Ha tu dia telekunggg.. banyak sangat kat sini 

Mcm biasa lah dorang akan buka untuk anda!

Menilik sulaman pada telekung. Standard la orang pompuan semua nk dibeleknya!

Kami tak berhasil sangat kat sini. Maklumlah aku memang duit dah habis beli lace semalam. Atie pulak beli telekung kat sini. Ok siap di Pasar Baru, tunggu Pak Edi fetch us up utuk menuju destinasi seterusnya iaitu Kawah Putih. Ayuhhh tunggu next entry kay!

TaTa!

No comments:

Post a Comment