Showing posts with label resepi. Show all posts
Showing posts with label resepi. Show all posts

Wednesday, July 12, 2017

Resepi Senang Teriyaki Chicken

Sebab banyak sangat tengok channel Life Inspired, tu yang aku terpengaruh dengan masakan Teriyaki Chicken yang dimasak oleh  Seonkyoung Longest dalam rancangan Restaurant Express! Apalagi google la resepi dan aku jumpa resepi ni. Mcm biasa, modify la sikit ikut apa yang ada kat dapur

Bahan:
1 keping dada ayam
3 ketul drummet
1/4 cawan kicap soya cair
2 sudu makan cuka
1 sudu besar halia (dihiris halus)
2 sudu besar minyak bijan
1 sudu besar gula perang/ gula biasa pun boleh
sedikit minyak zaitun/ minyak masak pun boleh

Bahan utk hiasan mengada :
Bijan
Daun bawang (potong halus)

Caranya mudah sangat:
1. Dada ayam potong kiub
2. Campur semua bahan kat atas tu dan perap dalam 30 minit
3. Panaskan kuali leper. Masukkan ayam yang dah diperap tu, buat mcm grill.
4. Balik2 kan ayam smpi masak.
5. Untuk dihidang, taburkan bijan & daun bawang.

Tadaaa! siap dah ! Rasa dia sedap gileer ala2 chicken drummet yang beli kat dominos tu hehhe

tak sangka godeh2 kat dapur ada bijan :p




Monday, August 15, 2016

Jumpa Doktor Marsita (Klinik Pakar Wanita Medina) : Ubat Tak Dapat, Menda Lain Yang Dapat



Entry ni lebih kepada note untuk self future reference, Sebab bila jumpa Dr Masitah, terlalu banyak info yang diberi yang sangat menarik. Kalau aku tak tulis confirm 90% content aku akan lupa.

Kalau nak di ceritakan dari awal, Dr Marsita ni doktor ke 6 yang aku jumpa since beberapa tahun lepas. Tapi dengan Dr Marsita ni lain sikit sebab rawatan dia merangkumi Islamic dan conventional medical punya approach. Macam di gabungkn dua2 approach tu jadi aku rasa sangat seronok la juga.

Dr Masitah sangat mementingkan Islamic punya approach in terms of dietary & daily lifesyle. Aku share sikit kat sini (supaya aku tak lupa) dan aku percaya ianya boleh diamalkan oleh sesiapa sahaja kerana apa yang disarankan sebahagian besar nya adalah sunnah Rasulullah kita.

Nota doc kasik soh tampal kat dapur biar tak lupa apa nak makan

1. Bangun pagi at least kul 5 am dan tidur awal at least by 11 pm. Ni part paling aku sangat suka sebab time off aku is at 10! haha.

2. Dah bangun pagi tu buat solat sunat tahajjud/ hajat/ taubat. Dan amalkan untuk membaca surah Al Insyirah & Al-Fil. Sebab dua surah ni sapa yang amalkan akan terhindar dari penyakit

3.  Amalkan minum Olive Oil, Pomegranate juice dan madu di awal pagi masa perut kosong.

4. Amalkan minum air masak dan buah sebelum makan makanan berat. At least sejam atau setengah jam sebelum makan. Makan buah yang ada banyak juice ie watermelon, apple etc

5. Pilih madu yang betul2 pure baru dapat high impact. Mahal tak apa, yang penting asli. Kaji betul2 dari mana datang madu tu supaya kita tak tertipu dengan madu yang dah dicampur bahan-bahan lain. Dr Marsita share juga pengalaman dia masa g Farmasi di German.Kita tahu German ni antara negara pengeluar ubat-ubatan yang hebat. Rata-rata ubat ubat yang aku ambil untuk treatment kesuburan ni adalah dari sana. Tapi yang mengejutkan kat farmasi dorang takde pun ubat-ubat ni dijual. Tahu apa yang ada? Bermacam jenis maduu sebagai ubatan! haaa dia kasik makan menda yang baik2 utk local people mereka. Then, what happen to those medication yang dorang produce tu? Mereka jawab 'oh, that is for export..' huhu

6. Cari Olive Oil yang premium quality utk diminum tapi yang biasa tu pun boleh tapi rasa dia kureng sikit lah. Dr Masitah kata Olive oil khasiat nya kita dapat sekiranya kita ambil direct. Kalau yang guna utk masak, khasiat olive oil tu actually dah hilang. So gunalah olive oil letak dalam salad or minum directly. Ate yang guna utk masak spageti carbonara tu, cuma dapat rasa sedap saje, khasiat dah takde. Untuk treatment ni,  boleh beli yang premium as per doc suggestion (Palermo)

Olive oil ni harga RM80, beli kat klinik Medina

7.Makan 7 biji kurma dan susu kambing sehari. Tapi Doktor tak galakkan minum susu kambing yang dah diformula kan/ sachet/botol tu sebab kandungan susu kambing cuma 30% .70% lagi adalah creamer sahaja. Minum susu kambing fresh tu haa

8. Oh cakap pasal madu, kat klinik Dr Marsita ada jual madu dari Kirjistan. Madu tu warna putih dan sangat highly concentrated. Doc bagi rasa.. yummmy so honeyyy rasa dia . Harga satu botol (750g) ialah RM250. Mahal sebab penghasilan madu ni setahun hanya sekali. Jenuh pakcik yang kutip madu ni nk tunggu lebah produce setahun sekali. Tapi aku hari tu tak beli pun, nak kene kumpul duit dulu hehe

Ni madu yang ada kat sini. White Honey tu yang tengah tu 

9.Banyakkan makan ikan dan masak cara non oily ie steam. Guna banyak halia dan bawang putih

10. Tak bleh makan fast food ie McD, KFC etc.. ate aritu teringin pergi juga makan KFC tu pun tak ingat dah bila last time mkn KFC, Teringin sangat doc, ampunss

Ok cukup la kot 10, Next time kalau ada yang baru kiter story lagi kay. Despite tips dan sunnah yang kene amalkan ni, kita still undergo normal process like other doctors do. Only that the different approach by Doc Marsita, does impress me much.

See yah! TaTa





Tuesday, June 14, 2016

Resipi Cendawan Kukur Masak Lemak Cili Api yang Mudah Gile

Ok ni adalah kisah dimana teringat zaman kecik-kecik dulu mak ada masak cendawan kukur ni. Pastu minggu lepas berjalan di Pasar pagi Seksyen 13 terjumpa pulak gerai jual cendawan kukur yang cantik2 bukan main. Kite pun terus beli sepiring harga RM 5.

Ni la rupa cendawan kukur tuu 


Sampai rumah minta resepi kat kakak ipar and wow resepi dia sangat la mudahya. Tahap amatur macam kita ni pun boleh siap dalam masa 10 minit aje!


Meh tengok apa yang cepat sangat tu

Bahan: 
Cendawan kukur 1 piring kecik
Sedikit Petai (optional)
3 biji bawang kecik
2 biji bawang putih
Sedikit ikan bilis
4 cili padi merah (kalau korang kuat pedas lagi tambah la kuantiti ni ye)
1 sudu teh serbuk kunyit
3 sudu besar santan kotak
air sikit
garam secukup rasa

Cara-mudah-giler 
1. Tumbuk kasar bawang kecik, bawang putih, cili & ikan bilis. Tumis kan
2. Masukkan cendawan kukur & serbuk kunyit dan kacau rata lebih kurang 5 minit
3. Masukkan santan pekat sehingga mendidih
4. Tambah sedikit air untuk tekstur yang lebih menarik. Masukkan petai & perasakan dengan garam. Siap!

Ni rupa dia dalam periuk

Ok Siap sudah! 
 ;
Senang kan. Makan dengan nasik panas cukup dah!

Ok See yaa

TaTa

Monday, September 21, 2015

Resepi Express Home Made Roasted Chicken ala Nandos

Ni cerita malam tadi bila mana tengah buat kerja tetiba perut bagi signal lapar secara bertubi-tubi! Jadi terus aku selongkar peti ais tengok apa bahan yang ada. Sekali glance dapat ilham nak masak roasted chicken. Dijamin cara penyediaan kurang dari 30 mins  :)

Yummyy ni la rupa dia!

Bahan-bahan untuk  Roasted Chicken:

Ayam 2  bahagian
Rempah Ready Made utk perapan ayam (beli kat Yummies Bakery)
Olive Oil

Cara:
Super senang. Gaul ayam bersama perapan ready made. Campur dengan sedikit Olive oil & biar selama 5 minit. hehehe. Kejap giler perap. Kata express kan :)
Panaskan Magic Pan (Pemanggang Ajaib) dan boleh la panggang ayam tadi. Guna api sederhana lebih kurang 10-15 min. Lepas tu 5 min lagi guna api kecil.
Cucuk guna garfu utk pastikan ayam sudah betul-betul masak ye. Manual jer

Boleh juga kalau nak guna resepi Kak Lina utk buat bahan perapan ni (aku dah pernah guna & memang sedap)  Cuma mlm tadi sebab nak ekspress, guna la ready made herbs! :p 


Sgt suka guna magic pan sebab tak bersepah mcm guna oven. Sesuai utk famili kecil macam kami. Magic Pan HIG beli kat Langkawi harga RM 59.90 

Sementara ayam dok tengah panggang tu aku ada lah masa nak buat coleslaw sikit. Ni mmg super senang.

Bahan yang ada kat umah:

*Kubis 2 helai
*Suku bahagian telur masin (Sebab telur biasa takde, plus telur masin ni baki lunch siang tadi)
Cili besar hijau 1
Secubit garam
3 sudu besar mayonis
Sedikit perahan limau nipis
Sedikit serbuk kari 

Cara:
Gaul semua bahan diatas. Haha. Senang nyaaaa!!!
Lepas tu korang perasakan ikut anak tekak masing2. Nice!
Btw bahan yang ada * tu actually kalau korang ada bahan2 lain ie: daun salad, carrot, sosej, telur rebus, kentang rebus.. semua boleh je nk tambah. Aku? Sbb itu je yang dlm stok bahan masak ! Haha

Ni la rupa gaulan tu. Mangkuk ni sangat epik MIL kasik. Semua rumah anak menantu ada mangkuk ni :)
Bila ayam dah masak,boleh la angkat dan letak sos Nandos diatasnya! Sebenarnya itu je resepi tang ala Nandos tu :p. Jangan marah tau bukan nak tipu tapi trust me Nandos tu rasa dia 80% datang dari sos dia tu (ni pandangan peribadi aku aje, bukan fakta). Jadi buat la roasted chicken resepi mana sekalipun, letak sos Nandos confirm you will get the taste! Cuma takde la bendera Nandos terpacak atas ayam hehehe

Sos Nandos korang boleh beli di pasaraya ie AEON/Jusco. Dr yang mild sampai la Extra Hot, ikut la takat level mana yang lidah korang boleh pergi. Harga RM9.90 satu botol kalau tak silap.

Siap! Mari la membaham! Personally aku rasa sedap! Kalo korang buat sure lagi sedap sebab aku yang x pandai masak ni pun boleh buat LOL! 

Itu je cerita.

TaTa