Showing posts with label leisure time. Show all posts
Showing posts with label leisure time. Show all posts

Wednesday, February 10, 2016

Percutian Rehatkan Jiwa Di Bandung Day 2 Part 1

Alhamdulillah malam dapat tidur dengan nyenyak sekali lepas penat berjalan. Hari ke dua kami plan mcm ni:
1. Breakfast di Hotel
2. Tinjau Pasar Baharu kejap
3. Sightseeing di Kawah Putih (Since Tangkuban Perahu punya entrance mahai)
4. Sightseeing lagi di Foating Market (tak sempat) 
5. Night walk di Ater Hot Spring
6. Dinner kat Kg Daun  (tak sempat juga) 

Biasalah masa plan tamak semua tempat nak pergi tapi ending mesti ada yang tak sempat hehe

Ok, Joms start the journey for our 2nd day! Kami sarapan di hotel aje pagi tu tapi Fathiah tak begitu berselera. Takpa nanti kat luar cari makanan yee.. Di hotel Zodiak Asia Afrika Bandung ni tak de begitu banyak pilihan makanan untuk sarapan, sesuai la dengan harganya kan! Cukup makan sekadar untuk alas perut.
Ruang makan yang cute

Puan Atie tengah pilih nak makan apa 

Lebih kurang mcm soto tapi pakai tetel lembu. Sedappp! walau pun rupa dia ala-ala aje hehe. Aku makan 2 mangkuk 

Lepas siap makan, kami jalan-jalan di sekitar Hotel dulu. Biasalah orang berjalan awal pagi kaki dah tak boleh duduk diam. Padahal kedai tak bukak pun lagi ! Kat tepi hotel ni ada la display duit lama untuk dijual. Aku tak tanya harga takut nanti terbeli hihi. Kagum sekejap tengok duit zaman dahulu kala, zaman kita tak lahir pun lagi huhu

Macam-macam jenis duit ada kat sini. Tak tanya plak kalau nak beli berapa harga huhu 

Boleh plak ada 1/2 dalam duit kertas, Comel 

Duit zaman penjajahan Jepun tu yang ada 2 bahasa dalam duit tu

Then kami berhasrat nak tinjau Pasar Baru sebentar, kami hanya berjalan kaki je dari hotel tak jauh. Kurang 10 minit berjalan, tiba di Pasar Baru. Ushar barang sebab semua orang kata tempat ni heaven for shopping. Tapi for me personally biasa aje sebab barang kat situ lebih kurang macam kat Jalan TAR atau Kenanga Wholesale di KL. Dan setakat pengalaman aku juga tawar menawar aku kurang menjadi. Tapi depends la ada sesetengah orang maybe terer kot dapat menawar. Orang kampung cam aku kalau tak dapat tawar, tanak beli dah hehe Ada banyak la telekung, blouse, casual wear, kain sarung, jubah etc semua ada kat sini. Sediakan uang nya saje mbak! Nah layan gambar.

Suasana pagi di sini, masing-masing sibuk mencari rezeki
Ni la rupa paras Pasar Baru. Tempat shopping souvenir paling best di Bandung
Pintu masuk Pasar Baru Trade Center

Antara kedai-kedai
Ha tu dia telekunggg.. banyak sangat kat sini 

Mcm biasa lah dorang akan buka untuk anda!

Menilik sulaman pada telekung. Standard la orang pompuan semua nk dibeleknya!

Kami tak berhasil sangat kat sini. Maklumlah aku memang duit dah habis beli lace semalam. Atie pulak beli telekung kat sini. Ok siap di Pasar Baru, tunggu Pak Edi fetch us up utuk menuju destinasi seterusnya iaitu Kawah Putih. Ayuhhh tunggu next entry kay!

TaTa!

Wednesday, December 2, 2015

Percutian Rehatkan Jiwa di Bandung Part 5

Hollaa! Jom sambung cerita lepas episod telan air liur 3 tong pasal budget dah lariii masa 1st day  :p

Dari D'FashionTextile, kami terus menuju ke Toko Tiga. Ramai warga blogger yang suggest tempat ni. Tapi since aku takde plan nak cari apa2 kat sini so niat hanya untuk windowing aje lah.Tak jauh pun dari D'Fashion  Textile, about 10 mins drive.

Sampai di kedai ni aku teruja dengan dekorasi interior nya. Cantik. So instead of shopping, kami lagi ralit bergamar! LOL

Toko Tiga ni la rupanya


Comel kan.. dengan desiran air kat tepi memang boleh layan gak la


The same pic, tambah 2 makhluk aje


Kerusi dari kayu apa tak tahu. tapi gabak2 size dia

Nampaknya kura2 lebih menarik dari bershopping!

Kalau korang mencari jeans, kat sini memang banyak pilihan. Harga pun boleh tahan mahal heheheh. Quality pulak personally pada aku biasa2 saje. Ada banyak juga pilihan tshirt2 berjenama untuk orang lelaki, beli l sehelai untuk Saufey kang kecik hati pulak yee :p. Kat level 2 ada pakaian untuk wanita. Aku round saje and alhamdulillah tak ada hasil :p

Tu dia orang lelaki suka kot.

Tshirt2 branded banyak la kat sini



Syurga jeans! Minta je size kat staff kat sini. Dorang akan carikan

Settled di Toko Tiga, kami nak berjimba di Trans Studio Mall (TSM)! Tengok kat blog cam best aje tapi Pak Edi macam tak welcome kami gi situ. Dia bimbang kami akan kecewa bila banding dengan USS dan Legoland ahaks. Dia suggest  macam ni "Tak apa kakak, kita ke sana tengok2 dulu kalau kakak berkenan baru bayar untuk masuk" hehehe pandai pun :)

Sebelum masuk TSM, kami solat dulu di Masjid Agung Trans Studio . Alang2 dah sampai sini jom la review sikit pasal Masjid ni yang mana dekorasi interior ala-ala Masjid Nabawi especially on tiang yang ada corak belang2 tu. Tengok gambar2 ni ha..


Rasa macam kat depan Masjid UIA :p 


View dari bahagian solat wanita


Lepas solat, terus cross jalan menuju TSM (masjid betul2 opposite TSM). Dari depan masjid kami boleh melihat roller coaster TSM dengan jelas.Yang menarik roller coaster ni akan bergerak secara reverse after it touch it maximum point. Gayat gak laa tgkk..  Ikut hati nak try tapi kawan aku si Fathiah ni tak nak pulak. Takut katanya, Takkan nak naik jerit sorang pulak kat roller coaster tu. Jadi lupakan lah niat tu ye!

View TSM dari depan Masjid Agung. dekat aje.

;
Roller Coaster tengok aje tak naik

Melangkah masuk je TSM perut lapar pula.. Jom la makan Belgian Wafel dulu sebab terpengaruh tengok wafel rupa macam ais krim! Comel aje kedai nya.and to tell you the truth,sedap sungguh  waffle diaaa. Lembut rotinya dan coklat mild hot dia tu nyaman sekali! Best okay.



Ni pilihan hati kami. Harga approx. RM6/pc

Sebab sedap makan sikit2 sayang nak abiskan

Yayy! abis! sedap hingga menjilat stick!


Then lepas makan kami pun berjalan-jalan kat TSM ni. Ianya standard mall dan bersambung dengan theme park! Nah layan gambar..





Lepas siap round kami decide takmo masuk dalam! hehe. Sbb perut da lapo kuikii
Kali ni Pak Edi suggest makan Nasi Padang di Simpang Raya Restaurant. Standard Nasi padang juga tak de la sedap gile macam kat Surabaya atau Batam yang aku pernah makan. Cukup untuk perut rasa kenyang dan yakin dengan tahap kebersihannya. Alhamdulillah.

Standard nasi padang. penuh meja tapi makan mana yang nak aje. kang tak pasal melambung bill!

Siap! perut kenyang dah!

Tak pasti reason apa dua2 orang posing cm tu

Lepas makan, perut dah kenyang, hati pun dah suka.. Mula la mood shopping kembali lagi! hehe Next entry la kay!

See yah

Tata



Tuesday, September 29, 2015

Indoor Playground yang mengujakan budak-budak di Kidzoona AEON Equinne

Cerita bila para emak dah penat melayan anak kat rumah dan nak curi masa untuk berehat! 

Semalam petang aku g melepak rumah Kak Yah (biras) dan plan nak bawa budak- budak bermain di Kidzoona di AEON Taman Equinne. Kami pergi berdua saje bersama budak 4 orang.  Aku pun pertama kali menjejak kaki ke Kidzoona ni tapi rasanya rata2 penduduk sekitar Taman Equinne dah biasa dengan tempat ni.
 
Nah tepek sikit apa infomasi penting tentang Kidzoona nih :)

Kidzoona concept ni datang dari Jepun (sama la mcm AEON juga), setiap permainan yang ada dalam ni dipilih untuk memastikan kesihatan badan dan hati/ minda. Kesihatan badan tu berdasarkan permainan yang melibatkan movement kanak2 while kesihatan minda adalah dari segi mereka bersosial & berkomunikasi sesama mereka.Mak ayah pun kene saling berkomunikasi gak kat sini. You can easily make friends here while waiting for the kiddos playing.

Sila baca rules and regulations kat sini gak

Entrance Fee  : RM 17 weekend/ Public Holiday. RM 10 utk weekdays
Free untuk orang dewasa & bayi berusia 0 - 6 bulan!

Unlimited playtime pulak tu! Main la wahai budak sampai korang penat. Kidzoona buka jam 10 am dan tutup pada jam 10 malam (sama macam operating hours AEON)
Untuk penjimatan, disini dorang ada sediakn family package! Hanya RM120 utk 10 orang kanak-kanak. Dan kalau korang datang satu batallion 20 orang budak, harganya hanya RM200! 

Family package

Effective dari 1 September 2015, semua kanak- kanak diwajibkan memakai stokin. Mungkin atas sebab keselamatan kot. Kalau korang lupa nak bawak stokin, jangan risau sebab masih boleh beli di sini dengan harga RM3 sepasang. Free size dari baby sampai la ke budak beso!Nak jimat, pakai la socks siap2 dari rumah ye :)

Ok siap mendaftar, semua pun masuk la, budak-budak yang 4 orang kita bawak ni dah tak sabar2 nak berlari, siap pakaikan stokin, masukkan kasut dalam bekas yang disediakan.. Nahhhh.!berlari & bermain la korang sampai korang penat!!

Tempat letak kasut. 1 bakul untuk setiap family dengan nombor lagi. Comel kan
Sementara budak2 bermain, parents / baby sitter mesti boring kan. Ye la budak2 dah masuk dalam ni dorang macam lupa mak ayah tau! Maaaaiiiiinnnnnnnnnn saje!!! 
Parents jangan risau.. sebab kat sini ada free WIFI! so korang layanlah FB, IG, Blog etc untuk membunuh masa. Sambil tu jeling la juga kat anak-anak tu ye! :p

Free Wifi!

Ada 7 main section di Kidzoona Taman Equine ni, tepek sikit gambar lah. Basically lantai memang fully covered by the soft tile, jadi tak perlu risau keselamatan anak-anak. Apa yang aku perhatikan kat sini jadi tempat bersosial versi kanak-kanak. Korang akan tengok dorang bermain tahap maksimum dan bergaul dengan budak lain tak kira bangsa. Dan kat sini juga korang boleh didik anak-anak untuk bertolak ansur dengan orang lain. Ye la ada banyak scene aku tengok anak menangis kat mak/ ayah sebab berebut mainan. Mak ayah akan slow talk dengan anak untuk saling berkongsi mainan & bergilir-gilir main. Comel sangat okay! 


1. Bubble Castle tempat favorite  anak2 melompat

2. Ala2 water roller. Berguling la kanak2 kat sini

3. Section budak2 berangan jadi orang besar! Hospital, kedai ice cream, kedai sushi etc

4. Section lego kegemaran anak kecik dan anak beso!
5. Section yang memang dibiarkan lapang camni. Untuk anak kecik berlari2 sepuas hati dorang

6. Ha Bubble slide ni memang tak pernah kosong! Aku yang beso ni pun rasa macam nak try :p

7. Tempat feveret budak kecik ni. Dia ulang main lebih 30 kali kot! anak sape ntah :p
Kiranya kalau bawak anak-anak datang sini harus la budget masa paling maksimum. Sebab dorang akan liat nak ajak balik. Haritu kami spent masa lebih kurang 4 jam kat sini. Tu pun masing-masing tarik muka hehe.A good place to relax for mommy and to have fullest fun for kids! Thumbs up!

Nah layan lagi gambar kat sini. Gambar semua ada part blur sebab semua budak bergerak dengan aktifnya!
Main lekat tengan!

Berangan jual ice cream!

Comel gambar ni!

What do u expect bila dorang jumpa bola banyak2 ni

Last pic, peace yo! :p
Till then. Korang g la bawak anak2 korang kat sini. Confirm dorang tak nak balik and minggu depan tu ajak bawak datang lagi hihi :p

TaTa