Sunday, April 12, 2015

Percutian Singkat ke Pulau Langkawi Day 2 Part 2

 Assalamualaikum.. okay hari ni sambung cerita Langkawi aritu... ni dlm draft bersusun la entry2.. tapi disebabkan sifat malas tuan tanah.slow kemain entry nak kuar macam siput.. kesian siput juga yang disalahkan. :p

Okay so hari ke dua dlm entry last kita habis melawat dari BeLIEve tu terus la ke destinasi seterus nya.. jom la layansss

5. Langkawi Cable Car

Okay sbb kami kesuntukan masa, sampai2 nasib baik org tak ramai. Queue pun sekejap je. Terus dapat naik cable car and I just got to acknowledge that I didnt enjoy riding the cable car. At all. Nervous giler kot & tak sukaaa. Aku macam kejung kat situ tak bergerak walau 1 inch. Eeeee Benci nya. But  I manage to be on the top of both Gunung la kan. Of coz have to la kan. Bukan ada option bole turun balik pun hehehe.
Sampai gunung 1st kita turun dan posing sket2. Cantik view disini .Subhanallah. Walau pun otak dok fikir sat g macam mana la aku nk turun bawah ni... Actually ada skybridge kat atas tu tapi during that time still under renovation.Layan gambar sikit



Ok kami pun tak punya banyak masa. smpi di gunung ke dua lepak kejap kat situ and naik cable car utk turun semula. Part naik turun cable car ni tak suka. Then smpi semula di bawah jam 6.15. So kami plan nk buat parasailing pulak jom kita terus bergerak menuju ke pantai Chenang yeehaaa :).

6. Parasailing @ Pantai Chenang 

Parasailing ni kali kedua kami plan nk naik. 1st time naik masa visit to Langkawi kira2 3 tahun lepas dengan harga dat time harga RM 80 sebab weekend price. So kali ni sbb weekdays harga murah sikit RM 60/ pax. So kami dibawa ke port dorang dgn speed boat. Tp ada cerita y agak horror sikit dimana masa kami tgh tggu turn utk naik parasailing tu ada incident tourist parachute tersangkut kat pokok!! Ia berlaku di depan mata and terus rasa takutss sebab lepas sangkut kat pokok kira2 pada ketinggian 3-4 meter, few seconds after dat dengan bunyik couple tu jatuh ke tanah.. uishhh.. Mau serammmsss..So i decided not to go up lah,cuma Saufey naik parasailing sorang. Dat time dah senja (kalo mak tahu maghrib2 g naik menda alah ni mau kene bebel.. huhu ) so gmbr pun tak berapa cun..


Budak belakang tu steady aje!

Cantik kan!

Parasailing: Tali diikat di Parachute kita and speed boat p tarik dari bawah. Haha teruk betul explanation!

Persisiran Pantai Chenang

Sunset sudaaa

Siap Saufey berparasailing kami pun dihantar ke Pantai Chenang dgn speed boat dan dorang return la duit RM60 yang ktrg da bayar tadi. Perut pun dah lapar so kami plan to have our romantic dinner.. Romantic ke pasal badan da busuk jalan2 dari tadi.:p . Tp kita cerita di next entry okay!

See yah!

Saturday, April 4, 2015

Percutian Singkat Ke Pulau Langkawi Day 2 Part 1

Ok dah masuk hari ke dua kita ye.
So start dari mana ye

1. Breakfast di cafe hotel

Kami bangun awal pagi tu dan la ambil gmbr Sunrise dari verandah bilik. Since bilik adalah sea view so view Subhanallah sangat cantik. Siap2 ambil gambar kita lepak la Kat verandah menikmati suasana pagi. Ni antara gambar yand dapat kami rakam;

Subahnallah

Alhamdulillah

MasyaAllah
 Lepas tu siap2 utk breakfast. Xyah mandi dlu pasal dah plan nak terjun kolam pas makan. Muahaha. So food kat cafe hotel sedap. Pilihan pun banyak. Nora beri 4 bintang!ada banyak selection dari fresh juice, hot coffee n tea, salad, fresh fruits, bubur nasi, asparagus soup, kuay teow goreng, omellete etc. Kiranya kami amik heavy breakfast la pagi tu.

2.Swimming di Infinity Pool


Ok lepas perut dah kembung dgn mknn, kite g lompat kolam pulak. Pandai sungguh kan hehe. Infinity pool sgt best facing laut. Sungguh ohsem!kebetulan Saufey dok nk try camera baru (ex -boss beri sempena dia berhenti kerja) yang kalis air. So ktrg lagi bnyk main kamera tu daripada swimming rasanya. Ahaksss.






So siap mandi naik bilik dan siap2 utk keluar bersiar2 di Pulau Langkawi. Weheeee

3. Dataran Lang 

Tempat wajib g kalau tiba di Langkawi. kami smpi tengahari rembang so mmg panas tahap tak leh bukak mata. Kami dtg time low season, and weekdays some more. so tmpt mmg lengang. posing la ikut mana pun xde sapa nk larang hehe  
Tu dia pakcik helang tu dok tunggu situ

4. Believe @ Langkawi Fair

Dari Dataran Lang ke Langkawi Mall tak jauh pun, btw Langkawi ni comel aje. pusing2 kat situ jugak. so nk berjalan mmg sgt mudah. tak perlu ON GPS pun sbb signboard dia sgt helpfull dan free map y ambil di airport tu sgt membantu. Tak perlu risau. Smpi di Langkawi Fair kami terus cari Believe ni. ia berada di Level 1. So entrance saja dah cantik, and fyi, Believe ni baru 2 bulan beroperasi so masih ada promo price 10% off and Like FB fanpage dorang to get additional 10% off.  

Ni la entrance Langkawi Fair . yehhaaa
Kat Entrance Langkawi Fair dah ada bunting ni. so lagi senang nk cari la
Ni la harga y cheq habaq kat ataih tadi :p


Ni pula normal price dia

Ha ni la entrance BELIEVE, sorry bukan 3D tapi 5D hokkay :P
Kat sini mmg purposely datang utk posing, so xde niat lain la ye. so layan la gmbr2 y super awesome nih :). Sepanjang kami meneroka tmpt ni sorang staff ikut kami. so dia la bagi tolong kami ambik gmbr. tapi maybe sbb kami dtg weekdays boleh la depa nk ikut setiap visitor. time peak maybe kene pandai2 amik gmbr sendiri kot. kot la.
 
in real tak mungkin la kan nk surfing camni

air apa la tu ye

Comey pic ni

Macam betul2 gayat aje

Macam umah aku zaman kecik2 dulu. atap tu nostalgic sgt

Mak Aiii !! 

Senyum pulak muka nk kene baham dek boyeee

i like this pic. masa posing rasa mcm xde menda sgt. bila tgk pic wow so real! cayalah 5D!

Dare kee :p

Merapu la dua2 orang ni

Gemok nya main congkak ngn mahsuri :p

oh you try to save her !

ni lah asal usul perkataan Lang Kawi tercipta, the Red brownish eagle. and i membebel sorang. Why this red brownish eagle not widely promoted as a symbol of Langkawi? patutnya semua sourvenier kat langkawi kene ada gmbr eagle ni. bru la org kenal. just like how synonim Gajah dgn thailand, Turquaz dengan Turki, Barong dgn Bali  ha hah. bebel ntah pape je kata Saufey :p

i love you too :p

Motif monyet tu :p
Spek feveret :p

 okeh lama jugak kami dlm Langkawi Fair tu. sedar2 tgk jam dah kul 4.30 pm. Terus bergerak ke Oriental Village yang semalam tutup tu. Mau naik cable car hikhik. Tapi dat story kita cover kat next entry la yeee . See yahh :)

Tuesday, March 17, 2015

Percutian singkat ke Langkawi Day 1

Assalamualaikum. Okay cheq nk sambung cerita pasal percutian singkat kami ke Pulau Langkawi . pada 14-16 Jan 2015 y lepas. Tempat y best dan dekat. So sgt seswai utk merehatkan diri dari stress dan hiruk pikuk kota. Ececehh..
Ok sampai saja di airport kami terus g cari kereta sewa. Maklumlah bercuti berdua and ala2 weekend getaway (walaupun pergi masa weekday) so segala apa tak book pun dari KL. Sampai Langkawi baru cari. Lagipun kami pi masa low season. So org tak ramai and harga semua murah. So dlm airport saja dah ada banyak kaunter utk kereta sewa. So pilih la mana nak. Harga lebih kurang sama je dengan yang ada kt luar2 tu. So nak senang sewa je la Kat airport.

Kami sewa Mitsubishi SUV (sebab teringin nk naik SUV). Sebelum tu lupa diri nk g sewa Mercedes Compressor 3 hari RM800.Aishh pe dia membaziaq tak tau hala. isk3. So kita kembali ke alam realiti lah. Sewa SUV tu utk 3 hari,dapat kereta pada jam 11 am dan return pada jam 8 malam. Tahu berapa harga nya? hehe RM300 je you! Murah la kan. Tapi aku sebagai watak y mesti akan tawar punya kalo beli barang, mencuba nasib la juga kot2 dpt harga RM200 ka.. hee tapi x dapat la jekk bak kata orang Johor. Muahaha

So ni la kereta kami sepanjang 3 hari di sini.

Ok terus dari airport, kereta dah tersedia kami pun tak plan nak check in lagi sbb jam baru kul 11 lebih. Ok map free dah ambik Kat airport so kita pun tgk la map ala2 main treasure hunt weheheee. Ni la part Ajaaswad paling suka! So dari airport kami menuju ke destinasi :

1. Oriental Village

Dari airport nak ke Oriental Village ni dalam 10km ja. Sebelum tu kami isi minyak dlu maklumlah nama pun keta sewa minyak nya cukup2 je ada. Tapi jgn risau sebab di Langkawi ada banyak stesen minyak! Kami berhenti di Petronas yang cun gila tepi Jeti siap ada bnyk yatch! Cantik view nya.

Then terus menuju Oriental Village, parking free ye so masuk area tu ala2 mcm tourist market la. So kami lapaq terus cari lunch Kat sini. Ni ha restoran nya. Makan berdua total spend :RM45


Nama Restoran: Oriental Cafe. Dekat ngn area tasik kat tengah2 Oriental Village ni

Posing la dulu sebelum melantak. haha. tak perlu kot Ajaaswad :p

Perut dah kenyang, hati pun senang! :)

Perut dah kenyang kita pun round2 Tempat tu and posing sket2 la. Then terus menuju ke Cable Car station (ia berada di tempat yang sama) tapii..... Ok kita citer kat point No 2 ni eh

2. Langkawi Cable Car

..... Sambungan titik tadi muahaha. Malang nya cable car station tutup! rasa mcm nak pantun pulak!

Pergi ke langkawi nak naik cable car,
Cable car tutup!!! Wawawawaa :( 

Sebab cable car under scheduled maintenance. Haruslah terima hakikat demi keselamatan kita semua ye. Mujur sehari saje. So dtg lah semula esok ya. So Insyaallah cerita psl cable car kita cerita kat entry esok na hehe
.

3. Check in di Dayang Bay Service Apartment & Resort

Ok apa mau tunggu lagi, kita check in la sbb jam pun da kul 1.30.Ok dari sini ke hotel kami ambil masa 30 min. Sbb hotel kami di Pekan Kuah.Badan pun dah letih kan. Mcm la travel flight berejam hehe. Sampai saja di lounge resort tu diaaa punya lah nyamannn. Kami tergoda dgn interior lounge dan angin laut y menyapa muka rasa best sgt. Cakap bnyk pun tak guna meh layan gmbaq!

View from lounge area



Lepak di sofa purple yang empuk ni di lounge area

From Lounge just few step away boleh terjun pool hehe

Infinite pool mmg terbaik! cantik menggoda jiwa!

View from swimming pool facing the lounge

Ok dah habis layan gmbar lounge kita cerita sket la pasal resort ni ya. Seswai ngn nama nya iaitu Dayang Bay Service Apartment & Resort ianya adalah service apartment y ala2 resort. Ianya masih baru dan dijaga rapi. Staff sgt helpful dan peramah. I like especially budak y jaga kat Pool bar even bila kami tanya tentang satu menu kat pool bar tu dia tak pasti and jawab " hrmm kami tak pasti la ni menu apa sebab tak pernah ada orang order menu ni" haha i claassify kan answer tu sebagai comel, TQ adik sbb sgt peramah ajak bersembang. Thumbs up!! Kami sempat la lepak kejap kat pool bar sbb check in kul 3 pm.

Kami ambil bilik sea view saje gedik konon pagi2 nk tgk sunrise. Macam biasa kami beli online di agoda so sgt senang kan. Bilik besar seswai utk 2 family. Sbb ada katil queen kat bilik n ada 1 sofabed kat hall. Bathroom pun ada 2. Tv pun 2 u ollss. So tgk la gmbr ni kalo korang x caya! hehee

Magnificent view facing the sea!

Queen size bed room, Just nice for two of us!

Living hall. With sofabed. so bole la tido sini kalau mau

Living Hall lagi

In the bedroom.

4. Berjalan2 di Pantai Chenang

Lepas dah check in kita lepak2 la dlm bilik amik2 gmbr sket. Then petang lepas solat asar kami kuar merambu di Pantai Chenang. Sama nk survey pakej2 utk aktiviti esok hari kan. Kan sepanjang pekan pantai Chenang ni ada banyakkkk sgt kedai2 y jual pakej2 aktiviti di Pulau Langkawi. So korang pilih la nk activity mcm mana. Dari yang leisure kepada y extreme. Dari y basah kepada y kering. Dari yang atas darat, atas laut, atas udara dan dalam laut. Ha pilih la ikut sedap rasa. Tapi aku recap kan sikit la apa yang best , tapi x semua kami beli la kan sebab ada certain tu kami dah pernah buat kat tmpat lain sebelum ni. Ok ni dia:

1. Island Hoping RM240 per boat
2. Mangrove Tour RM 90/pax
3. Skytrex RM 55/pax
4. Watersport :
-Parasailing RM 60/pax  - dulu kami buat parasailing waktu high season harga RM80/pax
-Banana boat RM25/ pax
-Yatch Sailing (x ingat harga)
-Jet Ski (x ingat harga)
-Kayaking (x ingat harga) huhu
5. Helicopters ride RM530/heli
6. Sunset Dinner Cruise RM 220/pax
7.Private Boat Sunset Dinner RM1000++.Mahal giler bapak
7. Believe @ Langkawi Fair RM 20/pax
8. Langkawi Cable Car RM 20/pax
9.5D Cinema @Oriental Village RM15/pax.
...and ada mcm2 lagi aktivity

Kene round2 la kat Pantai Chenang tu carik apa y best. Tapi based on experience kami aritu tawar menawar kat situ agak kurang berhasil sgt. Maybe sebab harga mmg dah murah hehe. Dan ada bnyk je aktiviti y percuma so kene pandai cari la ye. Hee.
So dah habis survey so kami pun decide la nk amik pakej apa utk esok n lusa. Setakat petang tu kami decide nk g:

1- Naik cable car
2- BELIEVE @ Langkawi Mall sbb jakun tgk gmbr 3D dorang
3 - Parasailing. 

Lain2 tu ikut kesesuaian masa nnt. Sbb kami kene allocate masa utk shopping pinggan mangkuk jugak. Itu xpasti berapa lama masa nya hehe.

5.Dinner di Restoran Janggus ( ikan bakar best!)

Lepas da siap survey pakej perut pun dah lapaq. So kami cari ikan bakar Hj Ramli sbb bnyk blogger suggest. Tapi mcm x jumpa pulak pasal xde la jalan smpi habis kan. Jumpa Restoran Janggus ikan bakar ni kami terus singgah. Sebab kami datang sebelum ni kami ingat lagi kami makan Kat restoran ni dan jatuh cinta ngn ikan bakar dia. So x dapat rasa ikan bakar Hj Ramli dapat merasa kembali ikan bakar Janggus pun kira baik la kan. So apa tggu lagi meh kita order. Mungkin sbb perut lapar giler maka nafsu nak mengorder pun menggila. Order ikan jenahak bakar, sotong goreng tepung, kailan ikan masin , sup sayur ngn nasi putih. Ha makan la korang dua orang dgn mknn penuh atas meja. Pastu mmg x elok la sbb mana mungkin habis. Hrmmm. So kami pun tapau la dgn harapan mlm nnt ktrg makan huhuu . So jgn buat mcm kami. Order ikut keperluan jgn membazir ye kawan2 :) 

Ni my botak yang paling saya sayang hikhk. mana gmbr ikan bakar nya ntah :p
Perlu caption kee :p

Ha kan da penuh mejaaa LOL

Siap makan kami jalan2 la beli barang sket2 kat kedai2 di area Pantai Chenang. Sket tak sikit penuh juga la tangan kami. Ntah apa y dibeli. Kat sini pun jadik haisshh..

Meh recall apa y kita beli utk panduan korang: 
-Kain Batik RM15
-Tshirt long sleeve muslimah RM30
-Seluar ala2 palazo RM20
-Seluar kotak2 Saufey ala2 Zul Ariffin haha RM 20.
-Swimming suit muslimah siap cap ( boleh plak tertinggal swimming suit kat umah) RM150. Tapi mmg plan nk kene beli baru sbb yang sedia ada dah koyak coz dah pakai more than 10 years, zaman masa umur 20 tahun, kat UIA dulu ( fuhh panjang justification nk beli y baru ni hehee) 

Siap shopping kami balik hotel semula. Smpi hotel dlm jam 11pm cmtu.mata pun da tak boleh bukak kita pun shut down la ek. Esok kita sambung citerw utk 2nd day pulak okayyss. Babaiiii!

Saturday, January 24, 2015

Percutian Singkat ke Pulau Langkawi

Assalamualaikum.

Ini merupakan percutian pertama kitorang utk tahun 2015 iaitu pada 14-16 Jan 2015. Hari Rabu-Jumaat. Hadiah dari Mr Saufey sempena 5th Anniversary + sempena dia bertukar kerjaya. Terima kasih Boss, kasik ai cuti hehe.


'Beg Sebelum' .. Tak tahula mcm mana rupa 'Beg Selepas'

So ni serba sedikit perjalanan kitorang Dari KL ke Pulau Langkawi. wink wink!!    

740 am 
Kami request taxi melalui apps Easy Taxi dr rumah .Sapa yang takde app tu lagi Kat hp tolong la download kat Google Play ye. Senang giler nak naik taxi. Katakan selamat tinggal kepada zaman tunggu taxi berejam2 panas2 tepi jalan okay. Ni rupa apps tu okay

Ha cari kat Google Play. Free Download. Super Easy


Muka gembira nk jalan. Mr. S tunggu apps Easy Taxi search the nearest available taxi :)

750 am 
Taxi boarding to ERL Bandar Tasik Selatan (BTS). Kami risau gak sbb kami kuar hari Rabu pagi. So  Heavy traffic la sekali ngn orang p kerja..

810 am 
Arrive at BTS. Nk beli tiket ERL  Transit to KLIA.
820 am 
Boarding KLIA Transit. From BTS to KLIA RM26/person. Fuh boleh tahan mahai. Rasa kalo kami pakai Easy Taxi smp airport lebih kurang aje harganya. Tp xpelah at least dapat avoid traffic jam dan dapat bajet masa dgn baik.

850 am. 
Tiba di KLIA. Ok sebab dah buat web check in so kami terima sms boarding pass . So senang dah la. Smpi klia terus check in luggage.

9.05 am 
Boarding time. So sbb kami timing just nice terus masuk ruang menunggu. Sempat la jugak mkn mihun sket. Beli tapau Kat stesen BTS tadi. Hehe jimat sket. Then masuk flight and just tunjuk screenshort sms boarding pass pada staff bertugas. Sbb local flight tunjuk ic sekali la ye. Jgn buat lawak p bawak passport pulak na :p 

Motif gambo?? muahahaa

935 am 
Flight take off. So about 45 mins flight. Dlm flight cam biasa la kalo MAS dpt la kacang masin 1 peket ngn secawan juice. Ak amik apple juice la my favoritaa hehe.
1020 am 
Flight landed di LIA (Langkawi International Airport) . Terus collect luggage dan bermula lah percutian kami di bumi Langkawi. Sat g kita ceghita na. Ha dan2 smpi kedah ja mula la tukaq slang. Depa kata kami kedah celup! Ha Mmg la kami asai oghang joho! Hahaa

Ok till we meet again. Cheq tak sabaq nk sambung ceghita wehh :)