Ok part 2 terus cover story pasal Kawah Putih. Tapi sebelum ke sana Pak Edi belanja Cendol Elizabeth. Katanya the best in town, rugi kalau kakak tak rasa. hehe
|
Close up cendol Elizabeth. |
|
Ni gerai nya and ada few branches juga |
Lpas melantak cendol, singgah kejap kat money changer, ada org dah tak cukup rupiah. Btw cendol makcik Elizabeth tadi sedappp sebab rasa gula melaka tu di bakar. enak sekali.
Btw reviw sikit tentang Money Changer ni: Pak Edi kata GOLDEN Money Changer offer the best rate.Cari dalam Googlemap "Golden Money Changer" nanti terus jumpa route ke sini, kat sekitar bandar Bandung juga
|
Tu dia signboard Golden Money Changer |
|
Ada lebih dari 10 kaunter kat sini , kene amik nombor okay nak tukar duit |
Plan asal nak ke Tangkuban Perahu sebab itu signature orang g Bandung, tapi Pak Edi kata "Kawah Putih lebih cantik kakak. harganya pun lebih murah". Kalau Tangkuban perahu entrance nya kira-kira RM60 per pax .Harga jadi mahal since dorang tukar syarikat pengurusan. Sebab kami dalam budget travel, amik yang murah dan cantik lah.
Ni info sikit pasal tempat ni tapi kalau nak tahu details bole baca kat sini--->
Kawah Putih haha hamik ko aku kasik link wikipedia je terus hihi:
1.Ia adalah kawasan gunung berapi yang dah tak aktif
2. Pada musim hujan, kawasan kawah akan dipenuhi dengan air dan kabus putih, sebab itu terjadinya nama Kawah Putih
3. Semasa musim panas, tiada kabus putih terhasil sebaliknya kawah menjadi kering dan timbullah belerang (sulfur) di sini dan menjadikan warna menjadi kuning dan hijau
4. Bau sulfur sangat kuat jadi kene tahan hidung sikit la ye.
5. Entrance fee RP 30K
Perjalanan dari kota Bandung ke sini mengambil masal kira-kira dua setengah jam, Tiba di sini terus parking kereta dan menaiki kenderaan mereka bernana ontang-anting.
|
Pak Edi belikan tiket dulu |
|
Tu dia ontang-anting tengah bersusun. Ia adalah van penumpang tau |
|
Mari la kita beratur sebelum menaiki ontang anting |
Lebih kurang 10 minit, sampai sudah di Kawah Putih. Takde apa kat atas tu kecuali pemandangan yang cukup awesome ok! So kami bergambar kat sini lebih kurang 3 jam sampai la perut rasa lapar gileee baru ingat nak cari makan. Nah layan gambar lepas tu nak g makan :p
|
On our way up... |
|
Ni model poyo nak posing |
|
Perghh ni kalau bawak model buat photoshoot baju best nyaa |
|
Tak pernah sunyi dari para tamu disini |
|
Close up tanah yang merekah dek kerana cuaca kering.. |
|
Nak juga pic budak nehh |
|
Ada toilet dan musolla juga kat sini |
|
Gambar tanda dah sampai sini |
|
Masya Allah amazingg |
Ok da penat pergambar, sambung next entri kay, pasni nak makan makanan sunda di Saung Gawir!
TaTa