Sunday, November 15, 2015

Terbaik! Women Only Salon di Capello by Nina

Ingat tak zaman dolu-dolu di mana kalau nak potong rambut kita mesti selamba masuk kedai Cina & dengan barber tu kengkadang lelaki dan seat bercampur dengan orang lelaki. Dan kedai gunting tu pulak tepi jalan and ramai je orang lalu lalang tengok, Takde yang awkward pun dgn situasi mendedahkan rambut pada saat tu Siap potong rambut kita pun pakai tudung semula! hehe

Tapi sekarang alhamdulillah keadaan dah banyak berubah. Terima kasih kepada para peniaga muslim yang peka terhadap peluang perniagaan di atas permasalahan tersebut. Zaman la, kalau geng2 muslimah nak cari salon rambut mesti akan cari yang ada sediakan muslimah room. Aku pernah cuba beberapa tempat; contoh kat UIA ada satu (tak ingat nama salon), Satu lagi yang best dan aku suka ialah Salon Chinta kat Wangsa Maju milik pelakon Fasha Sandha. Tapi tu masa duduk rumah lama lah. Salon Hairven kat Alamanda Putrajaya pun ok juga tapi pada aku harga dia mahai sikit (agaknya sebab kos sewa dalam Alamanda)

Sekarang ni aku jumpa kat Bandar Baru Bangi yang lagi special sebab salon hanya untuk perempuan Okay!! No man allowed in fact pekerja semua orang perempuan dalam tu,Salon terletak di level 2, lagi la memang takde orang lelaki nak lalu lalang depan tuh! Terima kasih kat kawan aku si Yazmin yang gtau pasal salon Capello by Nina ni :)

Details sikit pasal Capello by Nina selain ia milik Hakak Dafi aka wifey Jovian Mandagie aka anak Ismail Sabri :)

Address: No 47A, Jalan Medan Pusat 2D, Persiaran Bangi, Bandar Baru Bangi, 43650 Bangi Selangor.
Phone for appointment : 03 8920 1216
Instagram : @capellobynina

Landmark: Betul2 atas butik Hajra, bertentangan dgn Butik Fareeda.

Sampai sudah.. parking space pun ada banyak kat situ
Ni antara ruang kat dalam salon. 
Facilities: Washroom, Surau, Kids mini playground

Service : Semua ada lah yang berkaitan dgn rambut dari pada cut, wash, rebonding dan pelbagai treatment. Juga ada facial service (tapi kene call for appointment dulu ye). Nak buat manicure / padicure pun ada kat sini.
Zoom sikit eh tepi tu list of service yang ada kat sini :)


Price list untuk hair thingy

Aku asalnya nak potong rambut aje tapi terpengaruh dgn staff kat situ gi pulak add in buat scalp treatment. Total masa siap untuk wash, scalp treatment & cut ialah lebih kurang 1 jam setengah. Staff sangat helpful, comel2 je semua & lembut aje bercakap. Dia punya barber plak expert. Kejap je potong rambut, tak ambil masa lama untuk sama levelkan kiri & kanan!

Sementara menuggu rambut tengah steam, dorang serve drink. Comel gak la, Tapi masa tu aku takde rasa nak minum air bergula, so just minta warm water saje. Sihat sangatttt LOL



Siap semua and hati pun dah seronok dengan rambut yang baru,sebelum balik tumpang solat kat surau dorang.Surau bersih & wangi.Staff ON kan aircond (Good!). Size surau just nice muat la untuk 3-4 orang dalam satu2 masa.

Kat sini ada playground mini utk mak2 yang bawak anak2 kecik. Lempor kan saja dorang dalam tu sure tak menggelibas nangis nak balik masa mak tengah perm rambut ahaks! Plus ada ruang lepak kat bahagian hadapan kat situ. Cuma satu, aku tak perasan plak if ada free WIFI kat situ. Rasa macam takde. Nanti kalau korang pergi, boleh la tanya kan yeee..

Ok Till then,

See Yah

TaTa


No comments:

Post a Comment