Monday, November 30, 2015

Percutian Rehatkan Jiwa di Bandung Part 4

Yayy!! akhirnya kita kembali kepada cerita Bandung! Part 4 ialah baru masuk hari pertama kami di sana. LOL

Ringkasan iterinary hari pertama lebih kurang macam ni:

1.Landed di Airport
2.Breakfast di Kartika Sari
3. Shopping lace di D'Fashion Textile
4. Window shopping Jeans di Toko Tiga
5. Berjimba di Trans Studio Mall
6. Makan Nasi Padang di Simpang Raya Restaurant
7. Shopping mini2 di DSE Factory Outlet
8. Tengok orang kaya shopping di Rumah Mode
9.Check in Hotel Zodiak Asia Afrika
10. Tido!

Eh, abis dah cerita sehari! :)

Jom ke sesi elaboration! :p

Setibanya di airport muka kami happy, Alhamdulillah selamat. Sementara menunggu Pak Edi kami melepak di Coffee house berhampiran. Minum sikit sekadar nak membasahkan tekak & to kill the time while waiting. 10 mins later, Pak Edi pun tiba. Good 1st impression of Pak Edi. Senyum dan ramah orang nya. InsyaAllah tak rasa takut untuk 4 hari di sini.
Bukti muka gembira yang tak dapat disorok lagi

Keluar dari kawasan airport ada deretan kedai utk melepak.

Kami pilih lepak kejap kat sini. Eat & Go Senang je nama kedai

Siap perkenalkan diri, Pak Edi cadangkan untuk kami sarapan dulu. Sepanjang perjalanan ke tempat breakfast, kami plan sama-sama apa agenda hari pertama, maklumlah kami tak plan iterinary pun dari Malaysia cuma ada list of places we wanted to go aje. Done planning for Day 1 & so excited to go bout it. Tibe di Kartika Sari untuk breakfast & Pak Edi tunjukkan tempat makan di tingkat 2. Kami ajak dia breakfast sekali tapi dia menolak pula.
Posing dulu!


Macam payah nak sebut nama kedai ni.
Double tripple thumbs up for this Es Kelapa Alpukat. What a truly welcoming drink in Bandung! Good sign after all la kan. Sedap gile.. Alpukat (Avokado) dan santan nya blend well, rasa segar sgt, Manis & lemak tu sangat compliment each other. Utk food aku try Mee kocok . Ok not so bad, Aheee.
Sedap giler Es Kelapa Alpukat niiiii! siap tapau bawak minum dalam kereta. Harga RM 5 lebih kurang. 

Kat Level 1 di Kartika Sari ni ada jual pelbagai kuih muih tradisional yang comel2, pelbagai kerepek dan kek. Tapi Pak Edi tak nasihatkan kami untuk beli disini. Dia dah pernah beli kat sini dan tak berapa umpph katanya. So selamat la duit kami.
Amik gambar aje lah

Kuih kat Indonesia mmg semua comel2. Rajin dorang mendeko kuih



Siap makan, perut dah kenyang, hati pun senang kan. Next destination ialah shopping di D'Fashion Textile. Kat sini sangat lah heavennnnnnnn shopping lace.Ala2 Jakel Mall (tapi Jakel Mall lagi gempak in term of space la) tapi I tell you the price.... Thousand timessss cheaperr! Memang getting crazy with the price. I was like buying thousand pieces here! Jom tengok gambar mana yang sempat aku snap gambar yeee

Muka depan kedai

Tu dia bersusun lace yang cantik2 sangat!

Dan yang paling best harga nya murahhh

Kakak ni tengah rambang mata nak pilih lace!and staff setia melayan kami :) 

Lace paling murah (dan of course cantikkksss) yang aku jump ialah RM15/ meter. Aku beli beberapa meter habuan untuk sourvenier kakak2 aku. Ianya adalah border lace yang tak dipotong lagi jadi sangat la jimat beli 1 meter pun dah dapat banyak sebab boleh potong ikut border line tu.


Ni lace yang harge RM15/meter tu. Cun kan


Selain dari lace, sequine fabric dia pun sangat menggoda jiwa. Kalau kat Msia sequine semeter boleh cecah RM80-100 memang menangis la nak beli. Kat sini boleh dapat sekitar RM35/meter. Lagi best dapat type border sequine yang boleh potong2 tu. Seronok hati Mak Limah oiii!

Kalau nak kahwin memang heaven beli kat sini. Selain dari lace, kat level2 lain ada pelbagai jenis fabric bermeter lagi. Tapi kami tak survey pun sebab kat tempat Lace saje dekat 4 jam! :p

Stail shopping kt Indonesia, mesti hidang refreshment sementara pening nak pilih lace :p

Dah siap , time kat kaunter bayar terasa pening pula tiba-tiba :p
Habislah sebahagian besar budget shopping kat sini. Siap bayar dan baru kepala otak ligat kira2 duit dah banyak keluar. Baru beberapa jam di Bandung tu katanya!Takpe lah kalau tak cukup duit boleh guna debit card (Syaitan berbisik jahat! )

Sementara aku pujuk hati bajet dah lari di hari pertama, jom la kita break dulu. Jumpa di next entry kay!

TaTa!


2 comments:

  1. Salam
    ....
    Jom gi bandung!! Habiskan masa terbaik tuan/puan disini Kami bisa hantarkan untuk berpusing pusing dengan harga jimat dan service bintang 5 tuan/puan bisa bersenang senang menikmati cantik nya kota bandung. Sila hubungi IRDI TOUR BANDUNG berkenaan promosi percutian di Bandung,atau melayari

    Blog : htt:keretamurahpelancongan.blogspot.com
    Contact Person : +6281322167717
    Whatsapp : +6281214741600 / +6281220477335
    Email : irditour.bandung@yahoo.com

    Dijamin Irdi bagi harga sangat murah dan berpatutan serta layanan yang sangat baik Facebook Irdi tour Bandung amat mengalu-alukan kedatangan Tuan / Puan.

    Waalaikumussalam.

    ReplyDelete
  2. transport holiday promo
    jom tempah sewa transport murah :)
    4 Hari 3 malam
    450 RM saja atau 75 RM/ pax
    minimum 6 pax

    contact admin segera
    +6285318490001

    Limited stock nii..
    siapa cepat dia yang dapat
    Driver, Petrol, Tol, parking sudah included
    Pemakaian area bandung saja ya

    Primera trans Bandung
    facebook : Primera Trans Bandung
    Ig : asupkeun naon poho deui
    whatsapp : +6285318490001

    ReplyDelete