Tuesday, March 7, 2017

HARI KELUARGA LEGASI MISRAN 2017 DI DESA BALQIS LINGGI

InsyaAllah acara tahunan keluarga besar kami Legasi Misran iaitu Hari Keluarga akan berlangsung pada 28-29 April 2017. Ada lebih kurang 2 bulan dari sekarang. Aku mcam biasa selaku AJK Penginapan, jawatan tetap sejak berkurun, buat la survey area mana yang nak gi. Atas permintaan mak, dia tak nak kawasan yang dalam Johor, dah bosan katanya. Ok baik mak! LOL

Antara tempat yang kami consider adalah kat Melaka, sebab logistic dan masa serta kos yang rasanya kami boleh manage. Antara tempat yang short listed aritu: 


Tempat ni cantik sangat2 ala2 mansion, interior cantik, ada pantai, ada swimming pool. Budget satu malam untuk 50 orang lebih kurang RM8K. Short listed. 

Rasa mcm orang kaya kejap dok sini


Tempat ni pun cun juga, tapi takde pantai. Cuma ada swimming pool dan kawasan nya agak limited. Kami yang ramai 50 orang ni nak bersukaneka bagai rasa mcm agak sukar. Lagipun agak strict, ikut pada normal hotel/ resort punya standard. Kami drop kan from list. 

Next time la ye kami p sini

Tempat ni kami dah ushar dari last year tau tapi bila nak book mesti da penuh. Haissh kalau nak mesti kene book cepat. Lagipun kalau tak silap bilik yang available tak dapat nk tampung kami semua pada date tersebut. Pun kami drop ia dari list.   

Budak2 mesti tak senang duduk jengah tingkap ada pool weiii 

4. Desa Balqis, di Linggi Melaka.

Resort ni ada pantai, ada swimming pool dan ada kawasan lapang yang luas. Bercirikan ala-ala kampung, bila vote dlm WA grup, semua orang vote tempat ni. So, harap2 indah rupa dari khabar la ye. 

Gambar macam ni mau tak tergoda smua orang :P

Pergh memang tak sabar nak p kalau mcm ni

Step seterusnya, kami PM aje lah dorang kat FB Desa Balqis, senang kan? Pastu mereka follow up di email. Dlm masa sehari setel dah booking bilik, makan, siap dengan ada sediakan peralatan sukaneka. Itu sudah bagus. Memang mencarik tempat yang ada siapkan food, jadi tak perlu susah2 nak masak. Sebab nya aku la antara orang yang malas nak masak2 time bercuti haha 

Untuk pengangkutan, kami decide nak naik bus. Kire 1st time la ni satu kuarga nak berjalan naik bus. Mesti happening! 

Nanti kita share kan budget details untuk organize Family Day kat sini. InsyaAllah affordable. 

TaTa! 

~~HajarAswad~~ 

No comments:

Post a Comment