Thursday, September 17, 2015

Percutian Rehatkan Jiwa di Bandung Part 2

Sementara baru balik x sampai sebulan lagi maka memory terhadap percutian masih segar lagi la tiap satu..Padahal dalam draft punya la beratur entry yang tak complete dan ada certain tu nk recall pun cm dah payah.. huhu.. Azam lepas siap cover story Bandung, nk cover story pasal Family Day bulan 5 aritu (ada 2 FD plak tu) lepas tu baru cover Dubai & Turkey (aku harap information  tak consider expired la sebab tournya last year October ;p )

Lets start it all, kali ni rasa nak tulis stail engineer la iaitu pakai point form (motippp??), tak nak jela2 Mak Limah. By the way,  I used to be an engineer tau before this haha tapi dek kerana otak aku yang bersifat non-technical, aku kene tendang buat management ahahaha. Ok abis takat tu je LOL.

Kuala Lumpur -Bandung, 4D3N 

1. Checklist barangan

a. Luggage :

- 2 Jeans, 4 tops, 4 non-iron shawl (Takyah bawak banyak. Boleh shop kat factory outlet sana :p)
-Toiletries, baju tidur, sejadah & Telekung
-Monopod or whatever gopro ke apa2 yang sewaktu dgn nya utk shoot gmbar sejuta keping! plus  Gadget charger ye.
-Duit Rupiah (ni kalau tak bawak mmg menangis tak berlagu laaa)
-Ubat2an  ie: panadol, minyak kapak, ubat diarheaa & Mineral water  2 botol besar, 2 botol kecil  Critical. Advisable utk bawa. Ubat2 & air mineral sebab some of us maybe perut tak berapa kebal dan mungkin akan ada masalah dgn mknn& minuman di sana. Maybe sesetengah orang tak de effect apa2.
-Universal power plug (wajib bawak, power socket kat Indonesia tak sama mcm kat sini)

Universal plug. Pin dia bulat. Sbb socket kat Indonesia bulat. (Gambar ihsan Google) 

-Travel weight scale for luggage ( aku tak bawa aritu tapi advisable utk bawa so that korang tak terlebih shopping or terkurang :p

Boleh tahu berat beg sebelum di airport lagi. Dapat mengelakkn masalah terlebih berat atau yang lebih sedih terkurang berat!! :p (Gambar ihsan Google)

b. Handbag/Handcarry beg

-Passport & Boarding pass
-Rayban (haruslah bawak kann.. kalo tertinggal sanggup beli kat tepi jalan RM10 tuuu :p )
-Duit RM sikit. Just in case u need it there :p 
-Simcard Indonesia (ni beli kat airport Indonesia aje. Kes aku lain sebab beli dari kawan yang baru balik dari Bandung jugak hehee )
-Segala related slip ie: Slip hotel booking

2.  Flight details:

KL-BDO. Departure at 650 am (gile awal pagi)
Flight duration: 2 hours
Arrival Time: 8.55 local time.

Ready at KLIA2:  4.30 am (approx, 2.5 hrs before departure time)
Luggage drop : 5 am
Boarding time: 6.15 am 

3. KLIA2 review. Ini adalah 1st time aku naik flight dari KLIA2 since ia dibuka. Kawan2 dok pesan jauh kene berjalan & kene datang awal. Tapi based on my experience aritu ok je,  takde lah jauh berjalan sampai tahap cramp kaki. Cuma kalau bawa warga emas atau anak2 kecil maybe kene buffer timing sikit. Much better dari LCCT in terms of facility, walkway, kedai shopping sgt bnyk utk cuci mata aje lah. Ada bnyk restaurant tapi nak cari yang ada logo Halal Jakim agak challenging.

Timing kami aritu berada di airport 2.5 hrs before was just nice. Tak kelam kabut and yet kami sempat breakfast (kul 5.30 am that time! ),chit chat kejap & solat subuh.  

Till then, lepas siap semua kami pun fly to Bandung on time (Alhmadulillah) dan tiba di sana dgn selamatnya.
Ha alhamdulillah selamat mendarat!

Ni la rupa Bandung Airport. Comel aje ala2 Airport Senai, JB.
Next entry kita nk cerita tentang important tips & advise sepanjang di Bandung. Tunggu ea!

See yah

TaTa


 

Tuesday, September 15, 2015

Percutian Rehatkan Jiwa di Bandung Part 1

Akhirnya cita-cita nak berkunjung ke Bandung tercapai jua. Ye la asyik dengar cerita orang aje teringin la nak sampai sana. Trip ke Bandung bukan la kami rancang awal. Ia hanya bermula dengan sembang kosong bersama kawan baik aku di mana memang dia pun jadi tempat aku meluahkan rasa kala dunia terasa begitu kejam terhadap diri. Aheeee saja je exaggerate cerita.

Ape pun niat ke Bandung memang semata-mata utk berehat sahaja. Bukan nk shopping ye.Masa sembang kat whatsapp bnyk list tempat yang kami gamble nak terjah aje tapi fikir semula dah la jalan berdua aje, perempuan pula tu,  elok ambil tempat yang tak jauh sangat dan tak pelik sangat. So kita decide to go for Bandung!

Ok Step pertama mcm biasa, booking ticket lah. Sekali lagi diingatkan bahawa trip ni bukan kami plan awal ye so kami kene bear on the ticket price la ye. Kalau nak tiket murah nu haa kau booking hari ni hujung tahun depan baru pergi ye.. That is not the story this time la ye hehe Kami ambil ticket AA dengan harga RM400++ inclusive luggage, insurance, seat etc. Tickets checked!

Step 2. Check passport expiry. Bear in mind juga bahawa 6 months before passport expiry kita dah tak dibenarkan travel ye. Teringat kes nak g Bali dulu, esok nk fly hari ni baru tahu pasal 6 months expiry tuh. Kelam kabut satu Malaya nk renew passport! but not for Bandung, passport masih valid. Passport Checked!

Step 3: Hotel Booking. Aku tetap selesa utk booking ticket thru Agoda. Senang, murah dan boleh baca review yang terhidang punya banyak kat situ. Rajin dengan tak je nak baca tiap satu. Kami pun lama juga nk decide hotel mana nk ambil. Review hotel dah banyak baca, blog pun sama tapi still tak boleh nk decide. Kawan office cadangkan hotel Zodiak Asia Afrika sebab tak mahal, convenient & dekat dengan Pasar Baharu. Ktrg baca review pun not bad dan terus book di Agoda. Harga RM79/night. Hotel checked!

Antara hotel yang kami review.. Harga below RM100/night  :)

Antara review hotel di Agoda

Step 4: Supir. Dilema juga masa kami nak decide  either jalan sendiri atau ambil supir di sana. Sebab tak nak over budget sangat. Fikir nak save duit sikit so elok jalan sendiri. Tapi aku ni jenis akan pissed off kalau berjalan then kene tipu (sah memang tak de sifat adventure dalam diri kau! ). Jadi just to be on the safe side kami book supir siap2 dari Malaysia and sampai di Bandung nnti see how nak ambil Supir utk 4 hari atau tak. Supir kami ambil Pak Edi (highly recommended by my friendss), sehari RM150  all in (kereta, tol,parking, minyak & service supir) . Supir checked!

Step 5: Tukar duit. Biasanya bila nak keluar dari Malaysia, last minute dekat tarikh nak fly baru g tukar duit. Ye la nak tukar awal2 buat ape kan? Tapi setelah nilai ringgit tak stabil, kami cepat2 tukar duit takut lambat karang harga makin jatuh. Untuk trip kali ni nilai pertukaran ialah RM300 utk RP 1 Juta. Ok la tapi kalau ikutkan awal tahun hari tu RM260 utk 1 Juta! Rugi Rugi. Tapi tak pa lah masih lagi boleh diterima nilai pertukaran yang kami dapat tu. So tukar duit checked!

Hrmm. dats all kot preparation. Sebelum fly baca2 lah blog and tanya kawan2 untuk mana port lepak yang best kat sana. Next entry kay!

TaTa! 





Percutian Ramai Ramai ke Pulau Tioman Part 4

Ok ni part paling kami tunggu- tunggu iaitu bersua muka dengan para penghuni laut di Pulau Tioman ni..

Disebabkan delay ferry semalam, pakej snorkeling kami bertukar jadual jadi pagi ni. Kami bermula awal sebab tengahari karang dah nk kene check out. Alhamdulillah En Epeq banyak membantu kami dalam hal aktivity sepanjang 2 hari kat sini. Korang yang nk berlibur ke sini boleh la wassap dia. No contact dah ada dalam entry pertama aritu ye.

Pagi tu breakfast siap2 kat restaurant dan jam 830 am kami menunggu di tepi Jeti. Boat tiba dan nk tunggu apa lagi. Jom Snorkel!
Breakfast timeee!

Family photo dulu sebelum terjun laut!

Berjalan ke Jeti belakang resort

Ni ha jeti. Tunggu speed boat kat sini
Harus la pakai life jacket utk keselamatan yeee :)

Yeehaaa!
Ada 5 station dalam pakej snorkeling kami, kita layan gambar aje la yeee 

1. Batu malang
2. Pasir Panjang
3. Sayok
4. Taman Laut / Marine Park
5. Tak ingat nama tempat last station tapi sgt dekat dengan Jeti Berjaya Resort

Yay! Turun laut sudaaa












Pose lepas dating dgn ikan!
Lepas siap snorkeling kami pun dgn seronoknya balik bilik & prepare to check out. Selesai check out shuttle bus dah ready dan bawa kami kembali ke Jeti Kg Tekek. Jam 3.30 pm Feri pun tiba dan membawa kami kembali ke Jeti penumpang Mersing! Tamat lah percutian kami di Pulau Tioman utk edisi 2015! mana tahu ada edisi lain nanti! hehee

See yah

TaTa


Thursday, September 10, 2015

Percutian Ramai Ramai ke Pulau Tioman Part 3


Assalamualaikum.

Sambung cerita holiday ramai2 hari tu.

Lepas check in, kami pun rehat2 kejap dan solat jamak Zuhur dan Asar. Plan kami utk petang tu ialah nk berswimming kt pool , then solat maghrib +isya, then dinner ikan bakar. Lepas tu zzz :)

Before terjun pool, jom review sikit bilik and keadaan resort Berjaya ni.

Ni la rupa chalet...

Laluan dlm resort. Bersih :)

View dari beranda bilik. Nampak laut sudaa
Kasik can boss nk posing :p
Dlm bilik xde gmbr sgt. Standard room lah. :). Xde masalah apa2 la dlm bilik sepanjang stay kat sini 


Restoran tempat breakfast esok  :p

Ok dah siap solat kita p terjun kolam la (padahal kat umah ada pool punya la liat kau nk g berenang!). Bukan apa kalo terjun kolam ramai2 best sikit. So pool tak jauh dari bilik kami, betul2 berhadapan dengan restaurant mereka. Budak2 (plus mak budak) suka la main lompat2 kat sini. Actually plan asal kami dah terganggu dek kerana ferry delay pagi tadi. Dah petang br check in tak dapat la buat apa2 aktivity kt luar jadi terjun pool pun kalu dah ramai2 seronok tahap loncat2 juga. 
Ni budak eksaited nak mandi kolam

Pool standard la mesti ada minah saleh pakai separa baju :p
Pool buih buih
Budak ni lagi.. :p



View di waktu senja...
Lepak kejap...
Siap berkubang sambil berbual2 ditepi kolam renang ala2 cerita dalam drama, hari pun dah senja. So naik mandi, solat Maghrib and plan nk g makan. Tp nk mkn kat mana ye sbb area resort ni xde plak nmpk kedai deret2.. So aku pun wassap orang y kami booking Snorkeling package tu iaitu En Epeq. Setel part makan mana sbb Epeq akan ambil ktrg naik 4w drive dan hantar ke Kedai makan tersebut. Charge dia kenakan RM50. So boleh la. bukan ada pilihan lain pun.

Itu la dia nak cerita kalo kat Tioman ni sepanjang pengalaman aku kat sini la ye, kat sini takde kereta sewa macam kat Langkawi dan tiada juga pasar2 nightlife mcm kat typical tempat laut ni. Kalau nak ke mana2 kene guna kenderaan dorang. Tapi still jgn risau sebab mereka akan hantar & tunggu kita.

Malam tu seperti dijanjikan kitorang beramai2 naik 4wd Epeq menuju ke kedai makan. Masing2 perut dah lapar & berniat nak mkn bnyk2. Kami makan malam ni Shahirah Ikan Bakar.

Ni dia kedai ikan bakar.. seafood bakar pun ada


Ruang tempat makan

Alhamdulillah sgt2 sbb mknn kat gerai ni sangat2 lah sedapnyaa. Mmg tukang masak memasak dgn ikhlas & penuh kasih sayang. Harga pun murah ajeee! Ktrg sgt berpuashati dan mknn tak terbazir sgt. Semua licin! Setel!
Errr.. penuh meja..

Ok perut dah kenyang . apa lagi mau buat,. nk jalan2 berpeleseran pun xde nightlife or night market kat sini.. Mmg sesuai utk zzz kroh krohh krohh la ni.

Bye! See ya. Esok ada date ngn para ikan dan terumbu karang! :)


Monday, September 7, 2015

Siapa Kata Lelaki Tak Suka Bunga

 Ok ni entry pasal aku takde idea nak kasik hadiah apa utk birthday  husband haritu. Ni baru 6 tahun kahwen aku dah blur apa la nak kasik kat dia. Then dapat idea nak kasik a bouquet of roses lah. Though mcm pelik sebab orang lelaki suka ke bunga? tapi aku yakin bahawa apa yang aku kasik dia mesti suka! haha #confidentsangatkaujah!
Aku start la survey kedai2 online yang buat flower delivery ni. Bnyk rupanya kat instagram kedai2 cmni. Ak PM satu ig shop ni and harga yang dia quot utk 40 kuntum roses, 20 ferrero roche,dan balloon happy birthday ialah RM480! Omg. Mak terkejut nokk. Apa ke mahainya. Must be orang kaya la yang beli dari ig shop ni (sbb melambak gile testimony delivery dia! Huhu)
Then aku teringat ada satu kedai bunga kat Petaling Street yang harga quite affordable. Petang lepas abis kerja aku terus bergegas ke kedai tu (situ adalah area super jammed okay) . Ni kedai tu.Lokasi adalah berhampiran dengan stesen Putra Pasar Seni, berdepan dengan kedai buku Popular. Kalau naik tren lagi senang la tapi kalau naik kereta doa bnyk2 sikit moga ada parking tepi2 tu. Aku aritu alhamdulillah ada parking :) 
Tu dia Kedai nya. ada beberapa kedai bunga kat area ni tapi ak suka yang ni sbb bnyk pilihan
Ruang dalam kedai. Ada jual segala pasu, span bunga,ribbon etc
Ni antara fresh flower yang ada. Carnation.Cantiksss
Ni pulak roses, 12 stalks dlm setiap ikat, harga RM20 (tak termasuk GST)
Ni bunga aku panggil pom pom. haha tatau itu nama betul ke tak. Gebu sangat aku suka gilerr
Utk pengetahuan, kat kedai ni korang boleh beli fresh flower dgn harga yang sgt murah. Dlu masa aku kahwen, aku borong bunga kat sini. Dorang ada la sket2 set bunga yang telah siap digubah. Aku beli utk husband red roses bouquet. 12 stalks for RM40 aje! Yay. Aku seronok sbb aku kira aku telah menjadi isteri yang bijak berbelanja haha (tang2 ni dan2 nk bijak berbelanja).
Kalo kat aeon jusco 5 stalks is bout /RM 45. So I got my best price already.

Ha ni lah jambangan bunga yang dorang dah ready made tu.. so pilih aje lah

Balik dari kedai aku sorok2 bawak masuk rumah. Bajet malam tu kul 12 tepat nk surprise kasik bunga malangnya tuhan menentukan segala2nya, aku tido x sedar kan diri mlm tu! LoL! Jadi plan bertukar, aku surprise kan dia pagi2 sebelum g kerja hehe. And... just to tell u the truth laki aku muka terharu kot dapat bunga. Hahha nak gelak. Dalam hati ada taman sungguh! And he shot the flowers ala2 cm dlm studio. Nasib baik tak buat flatlay! Hehe

Ni la dia bouquet yang hubby dok amik gambar :p
So korang para bini2 kalo dah blur xtau nak kasik present apa kat laki korang, boleh la consider belikan bunga.and tgk cmane muka dorang eksaited tapi at the same time nak bajet macho! Hahaa

Ok tu je cerita. Babai!