Ok ni entry pasal aku takde idea nak kasik hadiah apa utk birthday husband haritu. Ni baru 6 tahun kahwen aku dah blur apa la nak kasik kat dia. Then dapat idea nak kasik a bouquet of roses lah. Though mcm pelik sebab orang lelaki suka ke bunga? tapi aku yakin bahawa apa yang aku kasik dia mesti suka! haha #confidentsangatkaujah!
Aku start la survey kedai2 online yang buat flower delivery ni. Bnyk rupanya kat instagram kedai2 cmni. Ak PM satu ig shop ni and harga yang dia quot utk 40 kuntum roses, 20 ferrero roche,dan balloon happy birthday ialah RM480! Omg. Mak terkejut nokk. Apa ke mahainya. Must be orang kaya la yang beli dari ig shop ni (sbb melambak gile testimony delivery dia! Huhu)
Then aku teringat ada satu kedai bunga kat Petaling Street yang harga quite affordable. Petang lepas abis kerja aku terus bergegas ke kedai tu (situ adalah area super jammed okay) . Ni kedai tu.Lokasi adalah berhampiran dengan stesen Putra Pasar Seni, berdepan dengan kedai buku Popular. Kalau naik tren lagi senang la tapi kalau naik kereta doa bnyk2 sikit moga ada parking tepi2 tu. Aku aritu alhamdulillah ada parking :)
|
Tu dia Kedai nya. ada beberapa kedai bunga kat area ni tapi ak suka yang ni sbb bnyk pilihan |
|
Ruang dalam kedai. Ada jual segala pasu, span bunga,ribbon etc | |
|
Ni antara fresh flower yang ada. Carnation.Cantiksss |
|
Ni pulak roses, 12 stalks dlm setiap ikat, harga RM20 (tak termasuk GST) |
|
Ni bunga aku panggil pom pom. haha tatau itu nama betul ke tak. Gebu sangat aku suka gilerr |
Utk pengetahuan, kat kedai ni korang boleh beli fresh flower dgn harga yang sgt murah. Dlu masa aku kahwen, aku borong bunga kat sini. Dorang ada la sket2 set bunga yang telah siap digubah. Aku beli utk husband red roses bouquet. 12 stalks for RM40 aje! Yay. Aku seronok sbb aku kira aku telah menjadi isteri yang bijak berbelanja haha (tang2 ni dan2 nk bijak berbelanja).
Kalo kat aeon jusco 5 stalks is bout /RM 45. So I got my best price already.
|
Ha ni lah jambangan bunga yang dorang dah ready made tu.. so pilih aje lah |
Balik dari kedai aku sorok2 bawak masuk rumah. Bajet malam tu kul 12 tepat nk surprise kasik bunga malangnya tuhan menentukan segala2nya, aku tido x sedar kan diri mlm tu! LoL! Jadi plan bertukar, aku surprise kan dia pagi2 sebelum g kerja hehe. And... just to tell u the truth laki aku muka terharu kot dapat bunga. Hahha nak gelak. Dalam hati ada taman sungguh! And he shot the flowers ala2 cm dlm studio. Nasib baik tak buat flatlay! Hehe
|
Ni la dia bouquet yang hubby dok amik gambar :p |
So korang para bini2 kalo dah blur xtau nak kasik present apa kat laki korang, boleh la consider belikan bunga.and tgk cmane muka dorang eksaited tapi at the same time nak bajet macho! Hahaa
Ok tu je cerita. Babai!
No comments:
Post a Comment