Sunday, July 26, 2015

Mood Swing Raya yang panjang

Ini adalah entry yang penuh emosi.

Raya tahun ni adalah raya yang paling banyak kadar fake smile. Kemurungan since dari before raya. Tp masa raya kita berlakon semaksimum mungkin and after raya nampaknya semangat murung masih ada :p . Entry ni bukan nk meraih simpati sbb kita pun tahu org akan kata " ada hikmah nya, sabar lah". Kita pun kadang2 dah tak boleh nak digest phrase tu.

After 6 years of marriage kita dah tak fikir sangat tentang sabar  atau bukan lagi bercerita tentang hikmah disebaliknya or whatever. Cuma kami mengharapkan org sekeliling agar tidak begitu memberi tekanan kepada kami. Harap fikir lah dulu sebelum buat statement  sarcasm mcm " Kita kejarkan umur, nnt dah tua tak boleh pregnant" or " Patut anak kau dah 2 -3 orang sekarang". Tahu tak kadang2 kita jadi takut nk jumpa org atau bila jumpa org tu kita jadi saspen apa la makcik ni nak tanya soalan. Sebab kalau soalan tu berkait dgn anak, ianya tak memberi apa2 faedah pun selain dari buat kita runtun jiwa, rasa ngilu dalam hati dan takde nak buat menda apa kecuali masuk bilik dan cry me a river :D. Maka adalah baik soalan2 cepu emas tu disimpan dlm hati atau tanya kat orang lain. Dorang boleh beri jawapan bagi pihak.:)


Cuma kami org istimewa yang diuji Allah ni kini berada dalam fasa memikirkan apa yang kami nk buat sekiranya memang kami takkan dikurniakan anak. Orang perempuan memang akan pressure lebih sebab selain dari ketakutan tiada zuriat, mereka ada satu lagi ketakutan iaitu jika dimadukan atau diceraikan andai suami beralasan kerana kita tidak dapat beri zuriat. So lepas tu nk hidup mcm mana. Jadi para org perempuan kene kerja lebih sikit la kan. At least apa2 jadi mereka cukup persediaan..fuhh cakap pasal persediaan, sedia atau tidak kalau dah jadi mmg kami terpaksa juga lalui..

Juga disamping nk membina kekuatan diri dlm mengharungi hari mendatang, kami faham dan redha bahawa kami harus bekerja lebih kuat, beribadat lebih banyak, beramal jariah lebih lagi dalam menentukan keberhasilannya utk bekalan di hari tua dan di sana nanti. Sedar bahawa kami tiada talian hayat dari anak2 kelak & tiada ilmu atau amal y kami berikan kepada zuriat semasa di dunia. Jadi andai kami yang diuji Allah ini berusaha keras untuk redha dan menerima qada & qadar Allah, kami juga mengharapkan org sekeliling pun dapat menerima juga.

Doakan saja dari jauh, tak perlu tanya apa2 :)


p/s: Entry hanyalah menceritakan apa yang ada dlm fikiran puak2 kami, seiring dgn amalan & usaha serta doa yang tak putus.


2 comments:

  1. be strong aja..insyaallah ada rezki nanti....usaha...doa n tawakal...easier said than done...i know......keep faith insyaallah...akk aku 10y baru dpt ank...aku doakan yg terbaik tuk ko....amin...

    ReplyDelete