1. Photographer
2. Studio Rental
3. Model
4. Make up Artist
5. Pakar Logistic
Dari list tu, aku pun mulakan survey utk photographer. Bila survey banyak org buat pakej photographer + studio rental. So mcm ok juga kan. Walau pun aku sebenarnya ada seamless paper besar gabak kat rumah tapi lupa masa beli paper tu tak ingat kata rumah agam aku ni kenit aje. Jenuh la melintang salah, membujur pun salah. Tak muat! Ni la masalahnya bila perasaan tu rasa mcm rumah besarrrr.By the way, korang tahu ke seamless paper tu apa? ala backdrop paper yg selalu studio pakai tu. Ni ha contohnya.. (gambar ni pun aku google jugak! )
Lebar dia tu yang mencabar nak pasang kat umah aku. Penuh hall dengan dia saje |
1. Serindit Photo - ni memang gempak la segala butik2 hebat pakai dia. Pakej RM170/hr weekend, junior photographer
2. TheWhitehouseStudio - Harga RM130/hr + color editing
3. Ciptakarya -Harga RM150/hr
4. Commastudio - RM 150/hr
5. BF Studio - RM 100/hr
6. Azrianna - RM250/hr
Habis survey aku decide amik no 2 tu. Whitehouse Studio. Lokasi atas Bella Ammara Sek 7 Shah Alam. Aku amik studio tu sebab dorang la yang paling mesra bajet tabung aku dan kualiti gambar pun cantik. Survey2 ni aku buat thru instagram dorang aje. Pastu wassap la sorang2 tokei2 tu.
Ok siap part Studio + Photographer. Skang ni kene fikir sapa nk jadi model gantian. Sebab official model aku tengah pregnant. Takkan sebab model pregnant aku pulak kene jual baju mommy2 plak kan. hihi. So Alhamdulillah aku dapat la model gantian aku. Deal harga dengan dia and set date. Ok done.
Part makeup artist & logistik ni aku memang tak perlu risau sangat. Aku ada seorang kawan yang memang dari awal dulu dok mekap model Colours Cottage. So aku set masa dengan Ikin & dia pun setuju.
Ni gambar 1st time photoshoot. Ikin yang makeup Lya ni. Lepas Lya bersalin harap2 boleh kembali menjadi model kami hihi |
Ni 2nd shoot. Ikin juga yang makeup lah |
Ok part logistik adalah adik aku si Imah & suami aku Saufey lah sapa lagi tukang angkat2 apa yang patut. Saufey selain bahagian logistik, dia juga merangkap design / fashion controller. Semua barang yang aku jual memang perlukan approval dia. Kalau dia tak berkenan means aku tak boleh jual. Tak kenan tu in the sense of tak patuh syariah lah bukan sebab lain pun. Ok baik boss :).
Okeh nampaknya segala checklist dah ready, sebelum photoshoot kene la siapkan barang2 yang nak di shoot tu. Iron siap2 dan list kan sequence outfit mana nk shoot. Matching kan siap2.Ni 1st time kami shoot dalam studio jadi mmg kene plan properly so that masa tak lari. Kerana setiap detik berjalan tu duit tabung pun mengalir jugak yer.
Ok la next entry la kita cover citer photoshoot tu ek :)
[shemadamtips]
No comments:
Post a Comment