Takpa, insyaAllah dalam minggu ni husband akan g melawat kawasan tengok la apa jadi, And in the mean time aku kene siapkan surat perjanjian so that nanti terus get mutual agreement saje. Biasalah source utama untuk segala benda ialah En GOOGLE! heheh. Taip je "Contoh surat perjanjian rumah sewa" kang keluar berjuta sample, Dari yang simple sampai la yang complicated tahap kau pun tak faham bahasa lawyaarr sangat,
Aku rujuk source kat sini : blogger Abam ni dan kat blog syoksihat pun ada
Aku punya draft lebih kurang macam ni lah kot, simple one yang penting jelas dekat part tanggungjawab penyewa and tuan rumah tu,..
*************PERJANJIAN SEWA RUMAH****************
PERJANJIAN ini dibuat pada tarikh ______________________________________________
di antara __________________________________(No.K/P_________________________) yang beralamat di _______________________________________________________ (Kemudian ini dinamakan “Penyewa”)
DAN
Saya __________________________________________(No. K/P________________________) Yang beralamat di ________________________________________________________ (Kemudian ini dinamakan “Tuan Punya Rumah”)
BAHAWASANYA saya _____________________________bersetuju untuk menyewakan rumah beralamat ____________________________________________________________ kepada penyewa dengan harga sewa rumah sebanyak RM______________sebulan. Bayaran bulanan dibuat pada _________________ haribulan pada setiap bulan ke dalam akaun bank _________________________ (no akaun) ________________________ atau secara tunai kepada Tuan Punya Rumah.
Bersama ini juga disertakan syarat-syarat tambahan sewaan rumah:
1. Bayaran deposit sewaan rumah sebanyak ___________ bulan berjumlah_______________
BAHAWANYA, saya (penyewa) ______________________________ memahami segala syarat-syarat seperti yang dinyatakan di atas dan saya bersetuju untuk menyewa rumah yang beralamat seperti di atas.
2. Bayaran deposit bil air sebanyak RM ____________
3. Bayaran deposit bil elektrik sebanyak RM _______________
PENYEWA BERSETUJU DENGAN TUAN RUMAH mengenai perkara-perkara berikut:
1. Untuk membayar sewa pada hari dan cara yang dipersetujui.
2. Untuk membayar semua bayaran yang ditetapkan bagi
penggunaan telefon, air dan elektrik di Rumah Tersebut sepanjang tempoh sewaan.
3. Untuk menjaga Rumah Berkenaan, peralatan dan
kelengkapannya seperti yang tersenarai dalan Inventori bersama-sama barangan
tambahan lain dalam keadaan yang baik dan elok (kelusuhan dan kehausan biasa
dikecualikan) dan mengganti atau membaiki apa juga barangan tersebut dan
mana-mana bahagian Rumah Tersebut dan peralatan dan kelengkapan Tuan Rumah yang
rosak.
4. Tidak melakukan atau dibenarkan melakukan apa-apa
perubahan atau tambahan kepada Rumah Tersebut atau keatas peralatan,
kelengkapan hiasan Tuan Rumah tanpa terlebih dahulu memperolehi kebenaran daripada
Tuan Rumah.
5. Jika ingin menggantung bingkai gambar, dinding hendaklah
dibuat lubang menggunakan drill penebuk dan dimasukkan ‘wallplug’.
6. Penyewa tidak dibenarkan memasang kunci tambahan tanpa
kebenaran bertulis daripada Tuan Rumah. Tuan Rumah akan diberikan pendua kesemua
kunci yang dipasang atas tanggungan penyewa, sebelum ia dipasang
7. Memberi kebenaran kepada Tuan Rumah dan wakilnya yang
dilantik setelah memberi notis pada setiap masa yang dipersetujui secara
bersama bagi membolehkan memasuki dan memeriksa keadaan Rumah Tersebut.
8. Untuk menggunakan Rumah Tersebut bagi tujuan sebagaimana
yang tertera didalam Seksyen 10 dalam Jadual dan tidak menggunakannya atau memberi kebenaran untuk apa
jua tujuan lain yang selamat kecuali yang spesifik yang telah dinyatakan dan
tidak menggunakannya atau memberi kebenaran atau menyebabkan apa-apa kerosakan
berlaku di Rumah Tersebut atau mana-mana bahagiannya yang boleh membawa kemudaratan
atau mengganggu Tuan Rumah atau Penyewa atau
penghuni rumah-rumah bersebelahan.
9. Tidak membenarkan atau menyewakan semula, atau keluar
daripada hak milik yang sah itu atau menyebabkan Rumah Tersebut digunakan untuk
ape juga tujuan lain tanpa terlebih dahulu mendapatkan kebenaran daripada Tuan
Rumah.
10.Tidak membenarkan atau memberi kebenaran bagi apa juga
perkara yang melanggar undang-undang, undang-undang kecil atau peraturan
kerajaan atau mana-mana pihak berkuasa lain yang melibatkan Rumah Berkenaan atau
yang boleh menyebabkan polisi insuran yang melindunginya daripada kerugian atau
kemusnahan akibat kebakaran menjadi tidak sah atau menyebabkan premiumnya
bertambah.
11.Penyewa hendaklah menyerahkan Rumah Tersebut kepada Tuan
Rumah dalam keadaan baik, bersih dan sedia disewakan kepada orang lain serta membersihkan
semua sampah dengan teratur dan sempurna. Penyewa juga hendaklah mengeluarkan
semua peralatan, kelengkapan atau apa
juga barangan miliknya yang telah dipasang atau akan
membaiki apa juga kerosakan akibat daripada pemasangan atau pembukaan peralatan,
kelengkapan atau barangan yang dipasang.
12.Tidak menyimpan atau membawa ke Rumah Tersebut apa-apa
senjata, senjata api atau alat letupan atau bahan letupan atau apa-apa barangan
yang mudah terbakar atau membahaya atau barangan yang salah di sisi undang-undang.
13.Tidak menggunakan Rumah Tersebut untuk kegiatan haram,
menyalahi undang-undang atau tidak bermoral, sama ada perniagaan mahupun perdagangan,
dan perjudian dalam apa juga bentuk sekalipun.
14.Penyewa hendaklah membenarkan sesiapa sahaja yang ingin
melihat Rumah Tersebut dengan tujuan menyewanya dua bulan sebelum tamat perjanjian,
dengan memberi notis kepada tuan rumah kecuali penyewa ingin terus menyewanya
dengan memberi notis kepada Tuan Rumah.
Tandatangan Penyewa: Tandatangan Tuan Punya Rumah: .............................................. ............................................
Nama:.................................... Nama:....................................
No K/P:................................. No K/P:.................................
Tarikh: _________________ Tarikh: __________________
***********TAMAT****************
Okay tinggal nak makeup sikit, add cover and harap-harap semuanya berjalan dengan baik :). Lepas dapat mutual agreement then kene stamp HASIL dulu baru la surat perjanjian ni boleh digunapakai dari segi undang-undang.
Till then
See yah
No comments:
Post a Comment