Tuesday, July 18, 2017

5 Rahsia Ajaibnya Fabrik Cotton (Kapas)

Fabrik cotton ataupun kapas memang selalu jadi pilihan kami di SheMadam dalam menghasilkan baju kemeja untuk pelanggan setia kami. Ini kerana teksturnya yang tebal dan tak jarang serta selesa dipakai. Tahu tak bahawa fabrik cotton ni fabrik kegemaran Rasulullah juga.

Hadith Anas Bin Malik r.a diriwayatkan dari Qatadah r.a katanya: Kami bertanya kepada Anas Bin Malik r.a "Pakaian apakah yang paling digemari oleh Rasulullah S.AW?" Beliau menjawab : Hibarah iaitu sejenis pakaian yang diperbuat daripada kapas.

Mesti ada rahsia apa yang hebat dan ajaibnya fabrik ni kan. Meh jom baca sharing ni ya :



1. Selesa & Sejuk 
Tekstur fabrik cotton ni lembut dan sejuk akan pasti buat anda rasa sejuk dan selesa sepanjang hari. Ia juga berbentuk tetap (structured) dan cantik terletak pada badan bila digayakan. 
Dalam industri fesyen untuk professional wear, syarat utamanya adalah menggunakan fabrik cotton. 


2. Anti Alahan 
Kajian Sains menunjukkan fabrik cotton ni bersifat hypoallergenic iaitu anti alahan. Sangat disyorkan kepada mereka yang sakit asma atau kulit sensitif. Ini kerana fabrik cotton tak mudah dilekati hama, bakteria jahat & habuk. 


3. Agen Penebat 
Fabrik cotton adalah agen penebat terbaik kerana gentian kapas yang terdapat dalam fabrik membolehkan udara terperangkap diantaranya dan kulit kita. Sebab tu ia sesuai dipakai tak kira pada musim panas mahupun musim sejuk 


4. Boleh Bernafas
Fabrik cotton membantu menghantar lembapan dari badan & menyerap cecair (peluh) dari kulit. Sebab tu kalau nak bersenam atau berzumba, kene pakai pakaian dari fabrik cotton jadi kita akan tetap rasa kering dan selesa. Cer pakai blouse satin, confirm lencun! :p


5. Daya Tahan Tinggi 
Perasan kan kat hospital semua guna fabrik cotton dari baju pesakit, sarung cadar & batal sehingga ke kain pembalut bayi. Gentian kapas dalam fabrik cotton sangat kuat dan tahan suhu tinggi semasa process penyahkuman dilakukan. Semasa process ini, fabrik akan direndam dalam air pada suhu tinggi, tetapi fabrik tetap tak rosak, luntur atau pun koyak. Fabrik tetap elok. 


Subhanallah banyak sungguh keajaiban disebalik fabrik cotton ni ya. Cirinya sangat sesuai untuk dijadikan pakaian yang selesa, tahan lasak & shariah compliant. 

#shemadamtips



No comments:

Post a Comment