Wednesday, July 12, 2017

Hari Keluarga di Desa Balqis, Linggi Melaka part 2

Hari Keluarga Legasi Misran kami dah setel sebenarnya pada bulan April 2017. Ni ha baru terhegeh-hegeh nak up story kat sini..

Aku merangkap AJK Penginapan kerja mudah aje, lepas dah buat desktop study kat blog2 untuk cari tempat terbaik (refer post ni), geng kami dah sebulat suara pilih Desa Balqis untuk lokasi Family Day edisi 2017.

Gambar ihsan Google :p 

Kali ni kami bergerak satu bas dari Johor, seronok kemain naik bus maklumlah Legasi Misran ni keahlian dekat 50 orang. Cukup satu bus sebab ada beberapa orang yang tak dapat join. Bus ni ada 43 seater. Kalau sesiapa nak booking boleh call brader ni ya: En Azali 010-709 6005. Kami berpuashati dengan bus yang dorang sediakan, driver pun best peramah. Siap jadi pembantu cameraman lagi!

Ni ha rupa bas kami, siap aircond cun, ada tv pasang cd tak boring org dlm bus. Nak karok pun boleh tapi kami tak karok la kang kene marah ngn mak :p. Sebelum naik bus, semua maklumat penumpang kene bagi pada En  Azali ( nama, ic ni, alamat ) untuk rekod dorang.

Kadar sewa bas ni untuk 2 hari ialah RM2200. Kira okay lah kan termasuk kos tol, minyak dan semua org boleh tidur/ rehat dalam bas tak perlu letih memandu..


Nampak kan semua gumbiraa ramai-ramai naik bas...



 Lepas tu pakat tido semua..



Sempat ada orang ni berangan jadi driver bas! 
Lebih kurang 3 jam perjalanan, sampai la akhirnya di Desa Balqis. Ni entrance dia jangan laju sangat karang terlepas simpang ni. 


Ni ruang menunggu sementara nak setelkan hal2 check in 

Dalam setengah jam camtu setel dah urusan ngn Adik receptionist ni. Bagus servis dia 

Kami book 4 buah rumah dan semua bilik dalam rumah tu complete ada aircond & 1 extra bed. Aku personally suka dengan konsep Desa Balqis ni sebab memang sangat ala kampung, rumah papan, cantik ukiran seninya dan well-maintained.

Pakej yang kitorang ambil untuk 2D1N Family Day Legasi Misran ni ialah:

1. 4 buah rumah
2. Mineral water & 1 tong air semasa sukaneka
3. BBQ Dinner
4. Breakfast (harga dah termasuk dengan bilik)
5. Lunch untuk Day 2 selepas check out
6. PA system

Total semua sekali perbelanjaan untuk Family Day seramai 48 orang ialah lebih kurang RM7K termasuk harga sewa bas. Share sorang sikit kutip tiap bulan hehe

Ni list rumah kitorang:  
1. Rumah Pak Long - RM950  dan ada 4 bilik.

ni alang2 buat shoot utk baju SHEMADAM :p

2. Rumah Pak Ngah - Harga RM1000 dan ada 5 bilik.

Ni rumah paling besar kat sini. Beranda sangat luas boleh buat tempat lepak

Sempat posing dulu 

Setiap rumah ada signboard macam yang ni -->Pak Ngah. Cantik kan 

3. Rumah Mama - RM480 dan ada 2 bilik.
4. Rumah Pak Andak - RM580 dan ada 2 bilik.

Rumah yang lain2 tu tak dan plak nak posing, tapi semua mmg cantik2 lah. Tapi dah nama pun rumah papan,  bile korang melangkah dalam rumah tu confirm la ada bunyik2 papan tu. Macam aku dah biasa sebab rumah kat kampung memang rupa itu :p


Sementara nak tunggu dapat kunci untuk check in, kami berkumpul kat anjung dan kanopi yang disediakan untuk lunch yang kami bawak dari rumah (port luck)



Lepas dah siap makan dan check in barang, kami ready untuk sukaneka. Tapi kita sambung kat next entry la yer

TaTa

See Yah


No comments:

Post a Comment