Ok ni episod terakhir utk cerita di Pulau Langkawi. sobsobsob
4. Helicopter Ride for 5 mins
Actually
ni Saufey yang teringin sangat.. kita sebagai isteri mithali lagi solehah
haruslah menyokong keteringinan suami ye dak.. Tapi cukup la seumur hidup
sekali.Takutsss. Mujur masa kami naik ni sebelum kes chopper meletup di Semenyih tu.. kalu tak mungkin tak naik kot. huhu
Tapi sebenarnya seronok (walaupun seriau) and that was the most memorable thing we had in Langkawi
lah untuk edisi kali ni. Cakap bnyk pun tak guna meh layan gambar sikit la naa..
|
Ha tu dia Helikopter dah sedia. Pada masa ni kapten ada duduk kat tepi (xde dlm gmbr btw) tengah baca buku cerita. Style! |
|
Ha ni la Kapten kita. Tengok muka eksaited co-pilot :p |
|
View dari tempat duduk hadapan. Just about to take off |
|
Okeh dah take off.. Kejakunan berganda |
|
kata Kedah, haruslan ada sawah padi kan |
|
Tang ni dia buat corner baring la pulak |
|
Tu dia muka takut ke eksaited. Tak pasti |
Kita kasik info sikit la ye utk panduan korang. Tempat nak naik helicopter ni berhampiran dgn
airport..Kiranya kalau kita menghala ke airport akan nampak signboard
besar gabak tulis "Helicopter Ride" ni. Harga mengikut minit/ heli.Satu heli boleh muat 4 orang termasuk kapten . So if let say nak naik sorang pun still kene bayar per heli lah. Harga paling
rendah ialah untuk 5 minit. Pastu ada 10 dan paling lama 30 minit kalau tak silap. Untuk 30 minit tu pusing satu Langkawi kot (Ke satu kedah :p). Kami amik pakej 5 minit tu hanya pusing kawasan Pantai Chenang, itu pun da jakun tahap kartun! Siriyes naik
Heli is so damn takut ok. Rasa mcm kalu apa2 jadi memang innalillah! huhuu..
Ok setelah menarik lafas lega turun dari helicopter rasa
perut pun mcm dah mula minta diisi so aku paksa Saufey cari Laksa y dicanang oleh warga bloggers iaitu LAKSA POWER! Jomss
5. Layan Laksa Power di tepi Airport
Ok
Laksa Power ni mmg dah dekat sgt dengan airport okay. Betul2 tepi airport runway ,kiranya sambil mkn laksa sambil tgk kapal terbang turun naik and the other side pula angin laut menyapa muka..
haishh heaven sungguh! Kat area tu ada bnyk gerai2 lain, kiranya nk makan mcm2 ada selain dari laksa. Pilih je nak gerai yang mana.
|
Ha ni diaaa lah |
Petang tu kami makan Laksa sorang 1 pastu order lagi char Kuew Teow share berdua. Yummy Yummy! (Eh perasaan mcm share dua tapi bila tengok gambar, ohhmmggg..
kitorang order sorang satu sebenarnya. So petang tu kami masing2 makan laksa
semangkuk n char kuew teow sepinggan :p. Isk Isk Isk )
|
Laksa timeeee! |
|
Ha ni la view dari tempat makan. Kewl kan?
|
|
Laksa dia mmg original Kedah punya. sedap sungguh. Rasa mcm nk makan 2 mangkuk tapi perut pulak tak bagi space :p . RM5/ mangkuk. Air tu rasa dia lebih kepada asal ada aje hehe | |
|
Char Kuay Teow boleh tahan sedap.RM5 / plate. Tu kantoi ada 2 pinggan :p |
6. Melawat Kedai Coklat Chocoffee
Lepas perut kenyang, kita ada masa lagi sebelum nk ke airport. Kami berhenti solat Asar di masjid tak jauh dari airport ni dan untuk membunuh masa (kill the time), singgah kejap di kedai coklat bernama Chocoffee. Terletak berhadapan dgn masjid tadi. Saja meronda :)
|
Sebenarnya tertarik nk g sini sbb ada tulis "FREE TASTING!" Sangat bersikap free-loader :p |
|
Ruang dalam |
|
Siriyes mmg coklat ni pedas. Ade eh chilli choc?? ish baru tahu ni :p |
Sempat la lepak kejap kat cafe dia sambil kami sembang-sembang berdua. Dah perginya pun berdua, dgn siapa lagi nk sembang kan. :)
7. Ke airport utk pulang ke tempat asal :)
Ok dlm jam 730pm kami masuk ke Airport, dan pulang kan rental car di airport juga. Overall, percutian seronok dan pasti akan kembali lagi. Kalau pergi ramai2 tentu lebih meriah (karangan sangat ayat tu).
Ok till then! See yah!
TATA
No comments:
Post a Comment