Wednesday, July 19, 2017

Baju Kemeja Muslimah MELVINA Ruffle

Berikutan dari sambutan yang sangat baik untuk AMANDA Basic shirt kami, SHEMADAM mengeluarkan satu lagi kemeja formal baru dengan ada penambahbaikan yang pasti buat korang suka! kami beri nama MELVINA Ruffle sebab ada detailing ruffle kat hujung lengan. Dan nama MELVINA tu sempena nama kucing kesayangan ladyboss! ;p

Antara new upgrading untuk MELVINA ialah:

  • Mandarin collar - ia adalah collar pendek tak seperti normal kemeja. Bila pendek, akan bantu korang tak rasa panas bila dah digayakan dengan tudung. Nak lilit banyak kali tudung pun baju tetap masih rasa selesa di bahagian leher tu 
  • Loose cutting - Kami upgrade dengan melonggarkan potongan bahagian badan. Jadi ada ruang untuk korang yang mungkin ada spare tyre sikit :p 

MELVINA ada 4 warna, dengan body length 30", labuh  cukup cantik separas paha dan tutup punggung. Jadi korang tak perlu risau, tetap maintain sebagai pakaian formal dan pada masa yang sama masih menutup bentuk tubuh. 

Jom tengok koleksi MELVINA Ruffle


Dark Brown

Emerald Green 

Grey 

White

4 colours

Size dari M - XXXL, boleh fit dari size 36-46. Boleh refer pada sizing chart ni ya 

Sizing chart (dalam inch)

Harga ialah RM 139 / pc. Setiap pembelian akan disertakan dengan voucher RM20 untuk pembelian seterusnya tau 

Kalau korang ada nak tnya apa2 or nak place order boleh komen dia ruangan komen ni ya 

TaTa 

--shemadamtips--

Tuesday, July 18, 2017

5 Rahsia Ajaibnya Fabrik Cotton (Kapas)

Fabrik cotton ataupun kapas memang selalu jadi pilihan kami di SheMadam dalam menghasilkan baju kemeja untuk pelanggan setia kami. Ini kerana teksturnya yang tebal dan tak jarang serta selesa dipakai. Tahu tak bahawa fabrik cotton ni fabrik kegemaran Rasulullah juga.

Hadith Anas Bin Malik r.a diriwayatkan dari Qatadah r.a katanya: Kami bertanya kepada Anas Bin Malik r.a "Pakaian apakah yang paling digemari oleh Rasulullah S.AW?" Beliau menjawab : Hibarah iaitu sejenis pakaian yang diperbuat daripada kapas.

Mesti ada rahsia apa yang hebat dan ajaibnya fabrik ni kan. Meh jom baca sharing ni ya :



1. Selesa & Sejuk 
Tekstur fabrik cotton ni lembut dan sejuk akan pasti buat anda rasa sejuk dan selesa sepanjang hari. Ia juga berbentuk tetap (structured) dan cantik terletak pada badan bila digayakan. 
Dalam industri fesyen untuk professional wear, syarat utamanya adalah menggunakan fabrik cotton. 


2. Anti Alahan 
Kajian Sains menunjukkan fabrik cotton ni bersifat hypoallergenic iaitu anti alahan. Sangat disyorkan kepada mereka yang sakit asma atau kulit sensitif. Ini kerana fabrik cotton tak mudah dilekati hama, bakteria jahat & habuk. 


3. Agen Penebat 
Fabrik cotton adalah agen penebat terbaik kerana gentian kapas yang terdapat dalam fabrik membolehkan udara terperangkap diantaranya dan kulit kita. Sebab tu ia sesuai dipakai tak kira pada musim panas mahupun musim sejuk 


4. Boleh Bernafas
Fabrik cotton membantu menghantar lembapan dari badan & menyerap cecair (peluh) dari kulit. Sebab tu kalau nak bersenam atau berzumba, kene pakai pakaian dari fabrik cotton jadi kita akan tetap rasa kering dan selesa. Cer pakai blouse satin, confirm lencun! :p


5. Daya Tahan Tinggi 
Perasan kan kat hospital semua guna fabrik cotton dari baju pesakit, sarung cadar & batal sehingga ke kain pembalut bayi. Gentian kapas dalam fabrik cotton sangat kuat dan tahan suhu tinggi semasa process penyahkuman dilakukan. Semasa process ini, fabrik akan direndam dalam air pada suhu tinggi, tetapi fabrik tetap tak rosak, luntur atau pun koyak. Fabrik tetap elok. 


Subhanallah banyak sungguh keajaiban disebalik fabrik cotton ni ya. Cirinya sangat sesuai untuk dijadikan pakaian yang selesa, tahan lasak & shariah compliant. 

#shemadamtips



Wednesday, July 12, 2017

Resepi Senang Teriyaki Chicken

Sebab banyak sangat tengok channel Life Inspired, tu yang aku terpengaruh dengan masakan Teriyaki Chicken yang dimasak oleh  Seonkyoung Longest dalam rancangan Restaurant Express! Apalagi google la resepi dan aku jumpa resepi ni. Mcm biasa, modify la sikit ikut apa yang ada kat dapur

Bahan:
1 keping dada ayam
3 ketul drummet
1/4 cawan kicap soya cair
2 sudu makan cuka
1 sudu besar halia (dihiris halus)
2 sudu besar minyak bijan
1 sudu besar gula perang/ gula biasa pun boleh
sedikit minyak zaitun/ minyak masak pun boleh

Bahan utk hiasan mengada :
Bijan
Daun bawang (potong halus)

Caranya mudah sangat:
1. Dada ayam potong kiub
2. Campur semua bahan kat atas tu dan perap dalam 30 minit
3. Panaskan kuali leper. Masukkan ayam yang dah diperap tu, buat mcm grill.
4. Balik2 kan ayam smpi masak.
5. Untuk dihidang, taburkan bijan & daun bawang.

Tadaaa! siap dah ! Rasa dia sedap gileer ala2 chicken drummet yang beli kat dominos tu hehhe

tak sangka godeh2 kat dapur ada bijan :p




Hari Keluarga di Desa Balqis, Linggi Melaka part 2

Hari Keluarga Legasi Misran kami dah setel sebenarnya pada bulan April 2017. Ni ha baru terhegeh-hegeh nak up story kat sini..

Aku merangkap AJK Penginapan kerja mudah aje, lepas dah buat desktop study kat blog2 untuk cari tempat terbaik (refer post ni), geng kami dah sebulat suara pilih Desa Balqis untuk lokasi Family Day edisi 2017.

Gambar ihsan Google :p 

Kali ni kami bergerak satu bas dari Johor, seronok kemain naik bus maklumlah Legasi Misran ni keahlian dekat 50 orang. Cukup satu bus sebab ada beberapa orang yang tak dapat join. Bus ni ada 43 seater. Kalau sesiapa nak booking boleh call brader ni ya: En Azali 010-709 6005. Kami berpuashati dengan bus yang dorang sediakan, driver pun best peramah. Siap jadi pembantu cameraman lagi!

Ni ha rupa bas kami, siap aircond cun, ada tv pasang cd tak boring org dlm bus. Nak karok pun boleh tapi kami tak karok la kang kene marah ngn mak :p. Sebelum naik bus, semua maklumat penumpang kene bagi pada En  Azali ( nama, ic ni, alamat ) untuk rekod dorang.

Kadar sewa bas ni untuk 2 hari ialah RM2200. Kira okay lah kan termasuk kos tol, minyak dan semua org boleh tidur/ rehat dalam bas tak perlu letih memandu..


Nampak kan semua gumbiraa ramai-ramai naik bas...



 Lepas tu pakat tido semua..



Sempat ada orang ni berangan jadi driver bas! 
Lebih kurang 3 jam perjalanan, sampai la akhirnya di Desa Balqis. Ni entrance dia jangan laju sangat karang terlepas simpang ni. 


Ni ruang menunggu sementara nak setelkan hal2 check in 

Dalam setengah jam camtu setel dah urusan ngn Adik receptionist ni. Bagus servis dia 

Kami book 4 buah rumah dan semua bilik dalam rumah tu complete ada aircond & 1 extra bed. Aku personally suka dengan konsep Desa Balqis ni sebab memang sangat ala kampung, rumah papan, cantik ukiran seninya dan well-maintained.

Pakej yang kitorang ambil untuk 2D1N Family Day Legasi Misran ni ialah:

1. 4 buah rumah
2. Mineral water & 1 tong air semasa sukaneka
3. BBQ Dinner
4. Breakfast (harga dah termasuk dengan bilik)
5. Lunch untuk Day 2 selepas check out
6. PA system

Total semua sekali perbelanjaan untuk Family Day seramai 48 orang ialah lebih kurang RM7K termasuk harga sewa bas. Share sorang sikit kutip tiap bulan hehe

Ni list rumah kitorang:  
1. Rumah Pak Long - RM950  dan ada 4 bilik.

ni alang2 buat shoot utk baju SHEMADAM :p

2. Rumah Pak Ngah - Harga RM1000 dan ada 5 bilik.

Ni rumah paling besar kat sini. Beranda sangat luas boleh buat tempat lepak

Sempat posing dulu 

Setiap rumah ada signboard macam yang ni -->Pak Ngah. Cantik kan 

3. Rumah Mama - RM480 dan ada 2 bilik.
4. Rumah Pak Andak - RM580 dan ada 2 bilik.

Rumah yang lain2 tu tak dan plak nak posing, tapi semua mmg cantik2 lah. Tapi dah nama pun rumah papan,  bile korang melangkah dalam rumah tu confirm la ada bunyik2 papan tu. Macam aku dah biasa sebab rumah kat kampung memang rupa itu :p


Sementara nak tunggu dapat kunci untuk check in, kami berkumpul kat anjung dan kanopi yang disediakan untuk lunch yang kami bawak dari rumah (port luck)



Lepas dah siap makan dan check in barang, kami ready untuk sukaneka. Tapi kita sambung kat next entry la yer

TaTa

See Yah