Wednesday, May 18, 2016

Percutian Rehatkan Jiwa Di Bandung Day 2 Part 2

Ok part 2 terus cover story pasal Kawah Putih. Tapi sebelum ke sana Pak Edi belanja Cendol Elizabeth. Katanya the best in town, rugi kalau kakak tak rasa. hehe

Close up cendol Elizabeth. 

Ni gerai nya and ada few branches juga
Lpas melantak cendol, singgah kejap kat money changer, ada org dah tak cukup rupiah. Btw cendol makcik Elizabeth tadi sedappp sebab rasa gula melaka tu di bakar. enak sekali.

Btw reviw sikit tentang Money Changer ni: Pak Edi kata GOLDEN Money Changer offer the best rate.Cari dalam Googlemap "Golden Money Changer" nanti terus jumpa route ke sini, kat sekitar bandar Bandung juga

Tu dia signboard Golden Money Changer

Ada lebih dari 10 kaunter kat sini , kene amik nombor okay nak tukar duit

Plan asal nak ke Tangkuban Perahu sebab itu signature orang g Bandung, tapi Pak Edi kata "Kawah Putih lebih cantik kakak. harganya pun lebih murah". Kalau Tangkuban perahu entrance nya kira-kira RM60  per pax .Harga jadi mahal since dorang tukar syarikat pengurusan. Sebab kami dalam budget travel, amik yang murah dan cantik lah.

Ni info sikit pasal tempat ni tapi kalau nak tahu details bole baca kat sini---> Kawah Putih haha hamik ko aku kasik link wikipedia je terus hihi:

1.Ia adalah kawasan gunung berapi yang dah tak aktif
2. Pada musim hujan, kawasan kawah akan dipenuhi dengan air dan kabus putih, sebab itu terjadinya nama Kawah Putih
3. Semasa musim panas, tiada kabus putih terhasil sebaliknya kawah menjadi kering dan timbullah belerang (sulfur) di sini dan menjadikan warna menjadi kuning dan hijau
4. Bau sulfur sangat kuat jadi kene tahan hidung sikit la ye.
5. Entrance fee RP 30K

Perjalanan dari kota Bandung ke sini mengambil masal kira-kira dua setengah jam, Tiba di sini terus parking kereta dan menaiki kenderaan mereka bernana ontang-anting.

Pak Edi belikan tiket dulu

Tu dia ontang-anting tengah bersusun. Ia adalah van penumpang tau

Mari la kita beratur sebelum menaiki ontang anting 


Lebih kurang 10 minit, sampai sudah di Kawah Putih. Takde apa kat atas tu kecuali pemandangan yang cukup awesome ok! So kami bergambar kat sini lebih kurang 3 jam sampai la perut rasa lapar gileee baru ingat nak cari makan. Nah layan gambar lepas tu nak g makan :p


On our way up...
Ni model poyo nak posing 

Perghh ni kalau bawak model buat photoshoot baju best nyaa 
Tak pernah sunyi dari para tamu disini 


Close up tanah yang merekah dek kerana cuaca kering.. 



Nak juga pic budak nehh 

Ada toilet dan musolla juga kat sini

Gambar tanda dah sampai sini 

Masya Allah amazingg 

Ok da penat pergambar, sambung next entri kay, pasni nak makan makanan sunda di Saung Gawir!

TaTa






Thursday, April 21, 2016

Rindu kamu

Lamanya tak update citer kat sini.. 

.
busy sikit la lately
.
kerja office boleh tahan. kerap outstation
.
kerja SHEMADAM pun boleh tahan
.
Alhamdulillah
.
Blog jangan kecik hati ye . I left you out for a moment. Surely will come back to you.
.
TaTa 

Wednesday, February 10, 2016

Percutian Rehatkan Jiwa Di Bandung Day 2 Part 1

Alhamdulillah malam dapat tidur dengan nyenyak sekali lepas penat berjalan. Hari ke dua kami plan mcm ni:
1. Breakfast di Hotel
2. Tinjau Pasar Baharu kejap
3. Sightseeing di Kawah Putih (Since Tangkuban Perahu punya entrance mahai)
4. Sightseeing lagi di Foating Market (tak sempat) 
5. Night walk di Ater Hot Spring
6. Dinner kat Kg Daun  (tak sempat juga) 

Biasalah masa plan tamak semua tempat nak pergi tapi ending mesti ada yang tak sempat hehe

Ok, Joms start the journey for our 2nd day! Kami sarapan di hotel aje pagi tu tapi Fathiah tak begitu berselera. Takpa nanti kat luar cari makanan yee.. Di hotel Zodiak Asia Afrika Bandung ni tak de begitu banyak pilihan makanan untuk sarapan, sesuai la dengan harganya kan! Cukup makan sekadar untuk alas perut.
Ruang makan yang cute

Puan Atie tengah pilih nak makan apa 

Lebih kurang mcm soto tapi pakai tetel lembu. Sedappp! walau pun rupa dia ala-ala aje hehe. Aku makan 2 mangkuk 

Lepas siap makan, kami jalan-jalan di sekitar Hotel dulu. Biasalah orang berjalan awal pagi kaki dah tak boleh duduk diam. Padahal kedai tak bukak pun lagi ! Kat tepi hotel ni ada la display duit lama untuk dijual. Aku tak tanya harga takut nanti terbeli hihi. Kagum sekejap tengok duit zaman dahulu kala, zaman kita tak lahir pun lagi huhu

Macam-macam jenis duit ada kat sini. Tak tanya plak kalau nak beli berapa harga huhu 

Boleh plak ada 1/2 dalam duit kertas, Comel 

Duit zaman penjajahan Jepun tu yang ada 2 bahasa dalam duit tu

Then kami berhasrat nak tinjau Pasar Baru sebentar, kami hanya berjalan kaki je dari hotel tak jauh. Kurang 10 minit berjalan, tiba di Pasar Baru. Ushar barang sebab semua orang kata tempat ni heaven for shopping. Tapi for me personally biasa aje sebab barang kat situ lebih kurang macam kat Jalan TAR atau Kenanga Wholesale di KL. Dan setakat pengalaman aku juga tawar menawar aku kurang menjadi. Tapi depends la ada sesetengah orang maybe terer kot dapat menawar. Orang kampung cam aku kalau tak dapat tawar, tanak beli dah hehe Ada banyak la telekung, blouse, casual wear, kain sarung, jubah etc semua ada kat sini. Sediakan uang nya saje mbak! Nah layan gambar.

Suasana pagi di sini, masing-masing sibuk mencari rezeki
Ni la rupa paras Pasar Baru. Tempat shopping souvenir paling best di Bandung
Pintu masuk Pasar Baru Trade Center

Antara kedai-kedai
Ha tu dia telekunggg.. banyak sangat kat sini 

Mcm biasa lah dorang akan buka untuk anda!

Menilik sulaman pada telekung. Standard la orang pompuan semua nk dibeleknya!

Kami tak berhasil sangat kat sini. Maklumlah aku memang duit dah habis beli lace semalam. Atie pulak beli telekung kat sini. Ok siap di Pasar Baru, tunggu Pak Edi fetch us up utuk menuju destinasi seterusnya iaitu Kawah Putih. Ayuhhh tunggu next entry kay!

TaTa!

Friday, January 29, 2016

Japan... how sweet you are!

It is bout 7 days ago we were in Japan. Now we missed them already!

Maybe 5 things I love about Japan:

1. Good People
2. Innovative Tech
3. Super Clean
4. Yummy Food
5. Magnificent Scenery

Beautiful scenery that should be missed! 

Yesterday also I have done my so called financial realignment , and "Japan Spring Fund" has officially established! Now saving only got RM500! :D

See how Japan has driving me for another new fund! Less spending here in Malaysia for the sake of taking photo with cherry blossom background! Tazabarnyaaaa! By the way it takes bout 2 years I think for the fund to get full. Long way to go.

Less spending means less shopping, bring packed food from homey for your lunch @ office & save your salary 1st before you spend the balance! Gigih nak berjalan though in this current tough economy time.

During our visit in Japan, we bumped into a couple from Malaysia, which did a lot of travelling by using saving money from his second job. You know what was his second job? Work at Guardian after office hour! Tabik spring la kat u bro! So he has inspired me to do what ever it takes just to travel the world. Ecewwahh :).

Meet our friend Shahmir & his wifey Balqis! A very kindhearted couple!

Pray that Allah would grant my wish.. despite of my other wishes yang panjang berjela :)

Till then

TaTa  

Wednesday, January 27, 2016

Percutian Rehatkan Jiwa di Bandung Part 6

Lepas habis cerita makan nasik padang, kami pun nak start la ala2 lumrah orang ke Bandung mesti nak hop on hop off factory outlet kat sini! Ibarat kuar masuk kedai shopping aje lah. Tapi kami tak pula begitu sebab niat asal memang untuk berehat, duit pun bawak cukup2 aje (memang takde bajet utk shopping pun aheeee! )

Tapi Pak Edi bawak jugalah kami ke salah satu FO kat sini iaitu DSE Factory Outlet which aku jatuh hati la juga.. aisehhh.. trust me tak de duit pun nk shopping tapi dah niat dalam hati " kalau nanti datang lagi nak beli banyak2 kat sini lah" Tu dia belum pun balik mesia dah fikir nak datang sini lagi! Bukan apa kat DSE ni ada banyak pilihan baju dan kualiti nya bagus serta point penting harga dia reasonable. Aku beli la gak baju sehelai harga dia baru RM 10! Kualiti fabric terbaik I tell youu. Baju for baby & kids pun cantik2. Teringat la kat anak sedara yang berderet tu.. kang kalau belikan sorang aje, mampuih merajuk yang lain2. So untuk berlaku adil tak yah la beli apa2 hehe
Muka depan kedai :)

Nampak tipikal tapi barang-barang dalam tu best2 :0 


Siap shopping mini2 kat DSE, kami bergerak ke tempat shopping yang menjadi bualan hangat semua pelancong Malaysia di sini iaitu Rumah Mode. Tak de bayangan pun macam mana rupa Rumah Mode tetapi setiba saja di perkarangannya teruss automatik terbayang suasana di Bali!!! Rumah Mode is so Bali!! Teringat masa holiday kat sana few years back. Siap ada bunyi2 Bali tu lagi, Cantik dekorasi, penuh artistik & cukup berseni dari dalam kedai hinggalah ke kamar kecil nya.







Tapi i tell you harga barang dia subhanallah mahal gilerr . Pastu aku tengok orang2 Indonesia kaya selamba shopping penuh tangan! Ok for me, memang saje dtg jauh2 utk tengok you all shopping la kan! hehe.. pastu keluar kedai main selfie! :p

Lepas posing2 berdua, kami sempat la beli sikit roti kat sini habuan makan dalam bilik nanti. Siap terus kami berangkat ke hotel la. Mata pun dah berat jerr..

Ni ha kedai bakery Eaton. Boleh la nk beli kudap kudapan 

Deko nya pun cantik. Sesuai untuk melepak jugak

Hotel kami pilih ialah Zodiak Asia Afrika Bandung. Tu dia nama abis international! Hotel ni dekat dengan Pasar Baharu, dekat dengan town Bandung la kiranya. Hotel kecil, harga berpatutan dan cukup la utk tdo je pun kan. Kami pun dah penat gile siap mandi & terus zzz

Ok habis cerita hari pertama! Esok sambung Day 2 kay!

TaTa!



Tuesday, January 26, 2016

Contoh Surat Perjanjian Rumah Sewa

Ni cerita bila rumah dah disewakan hampir 2 tahun tapi baru sekarang terhegeh-hegeh buat surat perjanjian. Itu pun pasal lately ni penyewa agak tenggelam timbul, nak hubungi pun susah. Number asyik bertukar dan sekarang bila call semua tak dapat atau unreachable. Sebelum ni penyewa takde masalah pun nak settlekan payment, baru happen like past 5 months.. payment kadang lambat, and aku kene call untuk minta duit sewa, Tu yang malas sangat2. Jadi, kita sebagai tuan rumah kenalah ambil tindakan untuk melindungi hak kita. Janganlah jadi macam aku ni ha, sebab baik sangka plus malas nak buat kerja lebih sikit (dengan membuat surat perjanjian haritu), sekarang ni dah susah.

Takpa, insyaAllah dalam minggu ni husband akan g melawat kawasan tengok la apa jadi, And in the mean time aku kene siapkan surat perjanjian so that nanti terus get mutual agreement saje. Biasalah source utama untuk segala benda ialah En GOOGLE! heheh. Taip je "Contoh surat perjanjian rumah sewa" kang keluar berjuta sample, Dari yang simple sampai la yang complicated tahap kau pun tak faham bahasa lawyaarr sangat,

Aku rujuk source kat sini : blogger Abam ni dan kat blog syoksihat pun ada

Aku punya draft lebih kurang macam ni lah kot, simple one yang penting jelas dekat part tanggungjawab penyewa and tuan rumah tu,..


*************PERJANJIAN SEWA RUMAH**************** 


PERJANJIAN ini dibuat pada tarikh ______________________________________________ 
di antara __________________________________(No.K/P_________________________) yang beralamat di _______________________________________________________ (Kemudian ini dinamakan “Penyewa”) 
DAN 
Saya __________________________________________(No. K/P________________________) Yang beralamat di ________________________________________________________ (Kemudian ini dinamakan “Tuan Punya Rumah”) 
BAHAWASANYA saya _____________________________bersetuju untuk menyewakan rumah beralamat ____________________________________________________________ kepada penyewa dengan harga sewa rumah sebanyak RM______________sebulan. Bayaran bulanan dibuat pada _________________ haribulan pada setiap bulan ke dalam akaun bank _________________________ (no akaun) ________________________ atau secara tunai kepada Tuan Punya Rumah. 
Bersama ini juga disertakan syarat-syarat tambahan sewaan rumah: 
1. Bayaran deposit sewaan rumah sebanyak ___________ bulan berjumlah_______________ 
BAHAWANYA, saya (penyewa) ______________________________ memahami segala syarat-syarat seperti yang dinyatakan di atas dan saya bersetuju untuk menyewa rumah yang beralamat seperti di atas. 


2. Bayaran deposit bil air sebanyak RM ____________ 
3. Bayaran deposit bil elektrik sebanyak RM _______________ 

 PENYEWA BERSETUJU DENGAN TUAN RUMAH mengenai perkara-perkara berikut:

1. Untuk membayar sewa pada hari dan cara yang dipersetujui.
2. Untuk membayar semua bayaran yang ditetapkan bagi penggunaan telefon, air dan elektrik di Rumah Tersebut sepanjang tempoh sewaan.
3. Untuk menjaga Rumah Berkenaan, peralatan dan kelengkapannya seperti yang tersenarai dalan Inventori bersama-sama barangan tambahan lain dalam keadaan yang baik dan elok (kelusuhan dan kehausan biasa dikecualikan) dan mengganti atau membaiki apa juga barangan tersebut dan mana-mana bahagian Rumah Tersebut dan peralatan dan kelengkapan Tuan Rumah yang rosak.
4. Tidak melakukan atau dibenarkan melakukan apa-apa perubahan atau tambahan kepada Rumah Tersebut atau keatas peralatan, kelengkapan hiasan Tuan Rumah tanpa terlebih dahulu memperolehi kebenaran daripada Tuan Rumah.
5. Jika ingin menggantung bingkai gambar, dinding hendaklah dibuat lubang menggunakan drill penebuk dan dimasukkan ‘wallplug’.
6. Penyewa tidak dibenarkan memasang kunci tambahan tanpa kebenaran bertulis daripada Tuan Rumah. Tuan Rumah akan diberikan pendua kesemua kunci yang dipasang atas tanggungan penyewa, sebelum ia dipasang
7. Memberi kebenaran kepada Tuan Rumah dan wakilnya yang dilantik setelah memberi notis pada setiap masa yang dipersetujui secara bersama bagi membolehkan memasuki dan memeriksa keadaan Rumah Tersebut.
8. Untuk menggunakan Rumah Tersebut bagi tujuan sebagaimana yang tertera didalam Seksyen 10 dalam Jadual dan tidak menggunakannya atau memberi kebenaran untuk apa jua tujuan lain yang selamat kecuali yang spesifik yang telah dinyatakan dan tidak menggunakannya atau memberi kebenaran atau menyebabkan apa-apa kerosakan berlaku di Rumah Tersebut atau mana-mana bahagiannya yang boleh membawa kemudaratan atau mengganggu Tuan Rumah atau Penyewa atau
penghuni rumah-rumah bersebelahan. 
9. Tidak membenarkan atau menyewakan semula, atau keluar daripada hak milik yang sah itu atau menyebabkan Rumah Tersebut digunakan untuk ape juga tujuan lain tanpa terlebih dahulu mendapatkan kebenaran daripada Tuan Rumah.
10.Tidak membenarkan atau memberi kebenaran bagi apa juga perkara yang melanggar undang-undang, undang-undang kecil atau peraturan kerajaan atau mana-mana pihak berkuasa lain yang melibatkan Rumah Berkenaan atau yang boleh menyebabkan polisi insuran yang melindunginya daripada kerugian atau kemusnahan akibat kebakaran menjadi tidak sah atau menyebabkan premiumnya bertambah.
11.Penyewa hendaklah menyerahkan Rumah Tersebut kepada Tuan Rumah dalam keadaan baik, bersih dan sedia disewakan kepada orang lain serta membersihkan semua sampah dengan teratur dan sempurna. Penyewa juga hendaklah mengeluarkan semua peralatan, kelengkapan atau apa
juga barangan miliknya yang telah dipasang atau akan membaiki apa juga kerosakan akibat daripada pemasangan atau pembukaan peralatan, kelengkapan atau barangan yang dipasang.
12.Tidak menyimpan atau membawa ke Rumah Tersebut apa-apa senjata, senjata api atau alat letupan atau bahan letupan atau apa-apa barangan yang mudah terbakar atau membahaya atau barangan yang salah di sisi undang-undang.
13.Tidak menggunakan Rumah Tersebut untuk kegiatan haram, menyalahi undang-undang atau tidak bermoral, sama ada perniagaan mahupun perdagangan, dan perjudian dalam apa juga bentuk sekalipun.
14.Penyewa hendaklah membenarkan sesiapa sahaja yang ingin melihat Rumah Tersebut dengan tujuan menyewanya dua bulan sebelum tamat perjanjian, dengan memberi notis kepada tuan rumah kecuali penyewa ingin terus menyewanya dengan memberi notis kepada Tuan Rumah.


Tandatangan Penyewa:                                                                                  Tandatangan Tuan Punya Rumah: ..............................................                                                                              ............................................ 
Nama:....................................                                                                            Nama:.................................... 
No K/P:.................................                                                                            No K/P:................................. 
Tarikh: _________________                                                                     Tarikh: __________________ 

***********TAMAT****************

Okay tinggal nak makeup sikit, add cover and harap-harap semuanya berjalan dengan baik :). Lepas dapat mutual agreement then kene stamp HASIL dulu baru la surat perjanjian ni boleh digunapakai dari segi undang-undang.

Till then

See yah

Friday, January 22, 2016

Hi Blog! I Miss You

Dah lama tak update blog. 
.
Baru abis cuti kerja bersusun nak kene buat. Entry pun punya lah banyak yang pending. Sapa nak tolong clear kan the air ni??

Baru balik dari Japan! Nanti kita share the tips & iterinary okay! 

Plus before g Japan, kami sempat 2D1N di Lotus Desaru dengan family husband. A good place to get together with your family & the price is just worth it. Nanti kita share okay !

Oh tak lupa juga cerita Bandung pun x habis lagi, we make it short & informative okay!Nanti kita update entry okay! 

Hrmm apa lagi ye.. Colours Cottage will launch  new Muslimah Office Wear for 2016! Now production  in final stage. Lepas tu kita buat photoshoot. Insya Allah kalau semuanya success, sebelum hujung February kita launch okay!

Selain dari itu, kerja pejabat berjalan seperti biasa and tahun ni kene banyak outstation! Ni la yang paling tak suka tapi nak buat macam mana. Dah nama pun pekerja, layankan sajeee :p Semoga semua nya teratur dan tak ada yang tercicir. 

Fertility treatment masih berjalan juga di LPPKN. Ni tak berapa nak rajin tapi just for the sake of completing the treatment course. Semoga ada rezeki zuriat yang soleh & solehah untuk saya & suami !

Till then. 

See yah