Tuesday, March 17, 2015

Percutian singkat ke Langkawi Day 1

Assalamualaikum. Okay cheq nk sambung cerita pasal percutian singkat kami ke Pulau Langkawi . pada 14-16 Jan 2015 y lepas. Tempat y best dan dekat. So sgt seswai utk merehatkan diri dari stress dan hiruk pikuk kota. Ececehh..
Ok sampai saja di airport kami terus g cari kereta sewa. Maklumlah bercuti berdua and ala2 weekend getaway (walaupun pergi masa weekday) so segala apa tak book pun dari KL. Sampai Langkawi baru cari. Lagipun kami pi masa low season. So org tak ramai and harga semua murah. So dlm airport saja dah ada banyak kaunter utk kereta sewa. So pilih la mana nak. Harga lebih kurang sama je dengan yang ada kt luar2 tu. So nak senang sewa je la Kat airport.

Kami sewa Mitsubishi SUV (sebab teringin nk naik SUV). Sebelum tu lupa diri nk g sewa Mercedes Compressor 3 hari RM800.Aishh pe dia membaziaq tak tau hala. isk3. So kita kembali ke alam realiti lah. Sewa SUV tu utk 3 hari,dapat kereta pada jam 11 am dan return pada jam 8 malam. Tahu berapa harga nya? hehe RM300 je you! Murah la kan. Tapi aku sebagai watak y mesti akan tawar punya kalo beli barang, mencuba nasib la juga kot2 dpt harga RM200 ka.. hee tapi x dapat la jekk bak kata orang Johor. Muahaha

So ni la kereta kami sepanjang 3 hari di sini.

Ok terus dari airport, kereta dah tersedia kami pun tak plan nak check in lagi sbb jam baru kul 11 lebih. Ok map free dah ambik Kat airport so kita pun tgk la map ala2 main treasure hunt weheheee. Ni la part Ajaaswad paling suka! So dari airport kami menuju ke destinasi :

1. Oriental Village

Dari airport nak ke Oriental Village ni dalam 10km ja. Sebelum tu kami isi minyak dlu maklumlah nama pun keta sewa minyak nya cukup2 je ada. Tapi jgn risau sebab di Langkawi ada banyak stesen minyak! Kami berhenti di Petronas yang cun gila tepi Jeti siap ada bnyk yatch! Cantik view nya.

Then terus menuju Oriental Village, parking free ye so masuk area tu ala2 mcm tourist market la. So kami lapaq terus cari lunch Kat sini. Ni ha restoran nya. Makan berdua total spend :RM45


Nama Restoran: Oriental Cafe. Dekat ngn area tasik kat tengah2 Oriental Village ni

Posing la dulu sebelum melantak. haha. tak perlu kot Ajaaswad :p

Perut dah kenyang, hati pun senang! :)

Perut dah kenyang kita pun round2 Tempat tu and posing sket2 la. Then terus menuju ke Cable Car station (ia berada di tempat yang sama) tapii..... Ok kita citer kat point No 2 ni eh

2. Langkawi Cable Car

..... Sambungan titik tadi muahaha. Malang nya cable car station tutup! rasa mcm nak pantun pulak!

Pergi ke langkawi nak naik cable car,
Cable car tutup!!! Wawawawaa :( 

Sebab cable car under scheduled maintenance. Haruslah terima hakikat demi keselamatan kita semua ye. Mujur sehari saje. So dtg lah semula esok ya. So Insyaallah cerita psl cable car kita cerita kat entry esok na hehe
.

3. Check in di Dayang Bay Service Apartment & Resort

Ok apa mau tunggu lagi, kita check in la sbb jam pun da kul 1.30.Ok dari sini ke hotel kami ambil masa 30 min. Sbb hotel kami di Pekan Kuah.Badan pun dah letih kan. Mcm la travel flight berejam hehe. Sampai saja di lounge resort tu diaaa punya lah nyamannn. Kami tergoda dgn interior lounge dan angin laut y menyapa muka rasa best sgt. Cakap bnyk pun tak guna meh layan gmbaq!

View from lounge area



Lepak di sofa purple yang empuk ni di lounge area

From Lounge just few step away boleh terjun pool hehe

Infinite pool mmg terbaik! cantik menggoda jiwa!

View from swimming pool facing the lounge

Ok dah habis layan gmbar lounge kita cerita sket la pasal resort ni ya. Seswai ngn nama nya iaitu Dayang Bay Service Apartment & Resort ianya adalah service apartment y ala2 resort. Ianya masih baru dan dijaga rapi. Staff sgt helpful dan peramah. I like especially budak y jaga kat Pool bar even bila kami tanya tentang satu menu kat pool bar tu dia tak pasti and jawab " hrmm kami tak pasti la ni menu apa sebab tak pernah ada orang order menu ni" haha i claassify kan answer tu sebagai comel, TQ adik sbb sgt peramah ajak bersembang. Thumbs up!! Kami sempat la lepak kejap kat pool bar sbb check in kul 3 pm.

Kami ambil bilik sea view saje gedik konon pagi2 nk tgk sunrise. Macam biasa kami beli online di agoda so sgt senang kan. Bilik besar seswai utk 2 family. Sbb ada katil queen kat bilik n ada 1 sofabed kat hall. Bathroom pun ada 2. Tv pun 2 u ollss. So tgk la gmbr ni kalo korang x caya! hehee

Magnificent view facing the sea!

Queen size bed room, Just nice for two of us!

Living hall. With sofabed. so bole la tido sini kalau mau

Living Hall lagi

In the bedroom.

4. Berjalan2 di Pantai Chenang

Lepas dah check in kita lepak2 la dlm bilik amik2 gmbr sket. Then petang lepas solat asar kami kuar merambu di Pantai Chenang. Sama nk survey pakej2 utk aktiviti esok hari kan. Kan sepanjang pekan pantai Chenang ni ada banyakkkk sgt kedai2 y jual pakej2 aktiviti di Pulau Langkawi. So korang pilih la nk activity mcm mana. Dari yang leisure kepada y extreme. Dari y basah kepada y kering. Dari yang atas darat, atas laut, atas udara dan dalam laut. Ha pilih la ikut sedap rasa. Tapi aku recap kan sikit la apa yang best , tapi x semua kami beli la kan sebab ada certain tu kami dah pernah buat kat tmpat lain sebelum ni. Ok ni dia:

1. Island Hoping RM240 per boat
2. Mangrove Tour RM 90/pax
3. Skytrex RM 55/pax
4. Watersport :
-Parasailing RM 60/pax  - dulu kami buat parasailing waktu high season harga RM80/pax
-Banana boat RM25/ pax
-Yatch Sailing (x ingat harga)
-Jet Ski (x ingat harga)
-Kayaking (x ingat harga) huhu
5. Helicopters ride RM530/heli
6. Sunset Dinner Cruise RM 220/pax
7.Private Boat Sunset Dinner RM1000++.Mahal giler bapak
7. Believe @ Langkawi Fair RM 20/pax
8. Langkawi Cable Car RM 20/pax
9.5D Cinema @Oriental Village RM15/pax.
...and ada mcm2 lagi aktivity

Kene round2 la kat Pantai Chenang tu carik apa y best. Tapi based on experience kami aritu tawar menawar kat situ agak kurang berhasil sgt. Maybe sebab harga mmg dah murah hehe. Dan ada bnyk je aktiviti y percuma so kene pandai cari la ye. Hee.
So dah habis survey so kami pun decide la nk amik pakej apa utk esok n lusa. Setakat petang tu kami decide nk g:

1- Naik cable car
2- BELIEVE @ Langkawi Mall sbb jakun tgk gmbr 3D dorang
3 - Parasailing. 

Lain2 tu ikut kesesuaian masa nnt. Sbb kami kene allocate masa utk shopping pinggan mangkuk jugak. Itu xpasti berapa lama masa nya hehe.

5.Dinner di Restoran Janggus ( ikan bakar best!)

Lepas da siap survey pakej perut pun dah lapaq. So kami cari ikan bakar Hj Ramli sbb bnyk blogger suggest. Tapi mcm x jumpa pulak pasal xde la jalan smpi habis kan. Jumpa Restoran Janggus ikan bakar ni kami terus singgah. Sebab kami datang sebelum ni kami ingat lagi kami makan Kat restoran ni dan jatuh cinta ngn ikan bakar dia. So x dapat rasa ikan bakar Hj Ramli dapat merasa kembali ikan bakar Janggus pun kira baik la kan. So apa tggu lagi meh kita order. Mungkin sbb perut lapar giler maka nafsu nak mengorder pun menggila. Order ikan jenahak bakar, sotong goreng tepung, kailan ikan masin , sup sayur ngn nasi putih. Ha makan la korang dua orang dgn mknn penuh atas meja. Pastu mmg x elok la sbb mana mungkin habis. Hrmmm. So kami pun tapau la dgn harapan mlm nnt ktrg makan huhuu . So jgn buat mcm kami. Order ikut keperluan jgn membazir ye kawan2 :) 

Ni my botak yang paling saya sayang hikhk. mana gmbr ikan bakar nya ntah :p
Perlu caption kee :p

Ha kan da penuh mejaaa LOL

Siap makan kami jalan2 la beli barang sket2 kat kedai2 di area Pantai Chenang. Sket tak sikit penuh juga la tangan kami. Ntah apa y dibeli. Kat sini pun jadik haisshh..

Meh recall apa y kita beli utk panduan korang: 
-Kain Batik RM15
-Tshirt long sleeve muslimah RM30
-Seluar ala2 palazo RM20
-Seluar kotak2 Saufey ala2 Zul Ariffin haha RM 20.
-Swimming suit muslimah siap cap ( boleh plak tertinggal swimming suit kat umah) RM150. Tapi mmg plan nk kene beli baru sbb yang sedia ada dah koyak coz dah pakai more than 10 years, zaman masa umur 20 tahun, kat UIA dulu ( fuhh panjang justification nk beli y baru ni hehee) 

Siap shopping kami balik hotel semula. Smpi hotel dlm jam 11pm cmtu.mata pun da tak boleh bukak kita pun shut down la ek. Esok kita sambung citerw utk 2nd day pulak okayyss. Babaiiii!