Sunday, July 26, 2015

Mood Swing Raya yang panjang

Ini adalah entry yang penuh emosi.

Raya tahun ni adalah raya yang paling banyak kadar fake smile. Kemurungan since dari before raya. Tp masa raya kita berlakon semaksimum mungkin and after raya nampaknya semangat murung masih ada :p . Entry ni bukan nk meraih simpati sbb kita pun tahu org akan kata " ada hikmah nya, sabar lah". Kita pun kadang2 dah tak boleh nak digest phrase tu.

After 6 years of marriage kita dah tak fikir sangat tentang sabar  atau bukan lagi bercerita tentang hikmah disebaliknya or whatever. Cuma kami mengharapkan org sekeliling agar tidak begitu memberi tekanan kepada kami. Harap fikir lah dulu sebelum buat statement  sarcasm mcm " Kita kejarkan umur, nnt dah tua tak boleh pregnant" or " Patut anak kau dah 2 -3 orang sekarang". Tahu tak kadang2 kita jadi takut nk jumpa org atau bila jumpa org tu kita jadi saspen apa la makcik ni nak tanya soalan. Sebab kalau soalan tu berkait dgn anak, ianya tak memberi apa2 faedah pun selain dari buat kita runtun jiwa, rasa ngilu dalam hati dan takde nak buat menda apa kecuali masuk bilik dan cry me a river :D. Maka adalah baik soalan2 cepu emas tu disimpan dlm hati atau tanya kat orang lain. Dorang boleh beri jawapan bagi pihak.:)


Cuma kami org istimewa yang diuji Allah ni kini berada dalam fasa memikirkan apa yang kami nk buat sekiranya memang kami takkan dikurniakan anak. Orang perempuan memang akan pressure lebih sebab selain dari ketakutan tiada zuriat, mereka ada satu lagi ketakutan iaitu jika dimadukan atau diceraikan andai suami beralasan kerana kita tidak dapat beri zuriat. So lepas tu nk hidup mcm mana. Jadi para org perempuan kene kerja lebih sikit la kan. At least apa2 jadi mereka cukup persediaan..fuhh cakap pasal persediaan, sedia atau tidak kalau dah jadi mmg kami terpaksa juga lalui..

Juga disamping nk membina kekuatan diri dlm mengharungi hari mendatang, kami faham dan redha bahawa kami harus bekerja lebih kuat, beribadat lebih banyak, beramal jariah lebih lagi dalam menentukan keberhasilannya utk bekalan di hari tua dan di sana nanti. Sedar bahawa kami tiada talian hayat dari anak2 kelak & tiada ilmu atau amal y kami berikan kepada zuriat semasa di dunia. Jadi andai kami yang diuji Allah ini berusaha keras untuk redha dan menerima qada & qadar Allah, kami juga mengharapkan org sekeliling pun dapat menerima juga.

Doakan saja dari jauh, tak perlu tanya apa2 :)


p/s: Entry hanyalah menceritakan apa yang ada dlm fikiran puak2 kami, seiring dgn amalan & usaha serta doa yang tak putus.


Saturday, July 25, 2015

AMANDA... Koleksi Pakaian ke Pejabat yang pertama kami

AMANDA OFFICE WEAR

Assalamualaikum.

Alhamdulillah our 1st collection of Muslimah Office Wear has officially released since a month ago in Instagram @colourscottage.

AMANDA comes in 7 vibrant colours with below details: 

  • Fabric: Premium Cotton 
  • Size : M - XXXL
  • Extra body length from normal Office Shirt, designed to properly cover your back
  • Smart detailing at sleeve's end, wudhu' friendly
  • Full front button, nursing friendly 
  • 100% Money Back Guarantee if you were not satisfied 
  • Size is exchangeable up to one time only
  • Sophisticated, modest and comfort design.

PRICE??


RM 109/ pc. Postage RM 6 for Semenanjung & RM10 for Sabah & Sarawak.
AMANDA Black

AMANDA Soft Pink

AMANDA Royal Blue

AMANDA Dark Chocolate

AMANDA Dark Purple

AMANDA White

AMANDA Red


Do leave your comment below to place your order ya. Or simply Wassap us at 0122370326 for faster respond.

:)

[shemadamtips]


Percutian Ramai Ramai ke Pulau Tioman Part 2

Assalamualaikum

Lama dah tak update blog ni. Cerita Tioman hari tu pun tersadai di tepi jeti hikss. Jom la kita sambung cerita part 2 ek.

Kami bertolak dari KL selepas subuh kira2 jam 645 am. Mengikut GPS, dr KL ke Jeti Mersing mengambil masa 4 jam melalui PLUS highway, exit Ayer Hitam dan menuju ke Mersing melalui jalan biasa. Fuhh jauh juga. Kami dari KL bertiga sementara ahli rombongan yang lain bergerak dari Pontian. Perjalanan dari Pontian hanya kira-kira 1 jam 30 mins saja utk sampai ke sini.

Haa tu dia 4 jam perjalanan okay!

Kami tiba di Jeti pada jam 1030 am. Mujur geng dari Pontian dah sampai dulu, jadi minta dorang collect ferry tiket kat kaunter siap2. Tiba kat kawasan jeti ada brader2 dtg tolong tunjukkan kat mana nak parking kereta and brader tu akan hantar semula ke Jeti.Parking rate ialah RM10 kalau tak silap.

Ok ni la dia Jeti nk ke Pulau Tioman. Kecil saje kawasan nya. Ktrg trus la berkumpul disini dan menanti feri tiba. Sempat la posing2  dgn mode nk bercuti!

Ni entrance utk masuk ke feri
Ruang menunggu, Ni masa takde orang
Ha ni la rupa tempat menuggu masa penuh dgn manusia :p

Sambil menunggu ferry kita selfie wefiee bagai la ek :p
Ni la Tiket feri! yay!

Dan ini pulak boarding pass. Mcm naik flight hehe

Siap ber posing2, kami terima announcement kata feri delay dari jam 11 am ke jam 1155 am. Ok graf gembira dah turun sikit. Dekat sejam tu delay.. Kami pun sabar menanti. Sembang punya sembang, plus gossip segala bagai, tetiba ada lagi announcement kata feri delay dari jam 1155 am kepada 1215 pm.Hrmm.. Tp takpa lah finally feri tiba jam 1215 dan bergerak kira-kira jam 1230 pm.



Gembira dlm feri :p
Life jacket ada utk keselamatan penumpang :)
Perjalanan ke Pulau Tioman mengambil masa kira 2 jam 30 mins bergantung kepada lokasi hotel yang kita book. Feri akan berhenti di setiap kampung, antaranya:

1. Kampung Paya
2. Kampung Genting
3. Kampung Tekek
4. Kampung Salang
5. Kampung Jugra
6. Kampung Air Batang

Hotel Berjaya terletak di Kampung Lalang iaitu di hentian ke 3 ( Kampung Tekek). Jgn risau sbb staff feri akan beritahu penumpang bila feri akan berhenti dan nama hentian tersebut. Ala2 naik bus mini lah :). Kami menaiki feri Bestari 2 yang diuruskan oleh syarikat Bluewater. Rasa mcm tak perasan kalo ada syarikat lain. Cuma ada beberapa jenis feri lah dgn nama berbeza2 antaranya Gemilang, Wawasan etc.

Ok kami tiba di Jeti Kampung Tekek pada jam 3.15 pm (perjalanan 2 jam 45 mins) sbb feri lama berhenti di Kampung Paya (part ni pun agak kurang memuaskan hati juga sebab feri ambil penumpang berlebihan kat sini). Dari Jeti nak ke Berjaya Resort ada disediakan shuttle bus. Kalo korang stay di chalet lain, bole guna service kereta sewa dorang kat sini. Ada bnyk kereta menunggu penumpang kat area jeti ni. Beritahu je nk duduk chalet mana..

Kami sampai di Jeti Kg Tekek! Akhirnya! Geng yang lain tgh kutip beg
Disambut dgn sesekolah ikan (a school of fish)!. Ok Jakun!


Shuttle bus Berjaya Resort akan tiba di jeti pada setiap 20 mins. So kalo tgk dah penuh tunggu la the next one okay. Hari tu ktrg ramai2 g mkn dulu kat jeti (sbb masing2 dah lapar),  siap mkn dlm ms 20 mins, shuttle pun smpi. Perjalanan dr jeti ke resort hanya lah kira2 10 mins aje. Tak jauh mana la kan.. Tp kalo jalan kaki parah juga hahha


So ni la gmbr ktrg naik shuttle tu  hehehe. Mak mcm biasala, malu bila tgk anak2 sakan bergambar
Sampai resort terus check in dan ktrg terus dihantar ke bilik masing2. Ok masing2 dah penat dan solat+ rehatkan badan kejap.

Nanti kita sambung citer lagi okay! :)

See yah

TATA

p/s: overall utk ferry service ni kami kasik rate 4/10 lah.. tapi kita xde pilihan lain so kesabaran perlu tinggi la sikit and jgn expect too high. Apa pun Alhamdulillah selamat tiba di Pulau Tioman.