Wednesday, May 3, 2017

Percutian Musim Bunga - Sakura Jepun 2017

*ini ialah blog backdated. By the time saya publish entry ni alhamdulilah kami dah selamat tibe di Malaysia*

Lama tak posting pasal aktiviti jalan-jalan. Last aritu update pasal Bandung, tu pun tak sempat habis kan.. adehh

Untuk percutian kali ni,ia adalah 1st time ke luar negara untuk tahun 2017. Tahun lepas bulan Januari ke Tokyo jugak tapi masa tu musim sejuk. Sampai sana berazam nak ke Jepun lagi tapi nak musim Bunga pulak lah. Alhamdulillah ada rezeki insyaAllah sampai.

Flight kami insyaAllah jam 10 pm 1 April 2017. Kali ni saspen sikit sebab membawak ahli keluarga seramai 9 orang. FIL, MIL, mak,kirenya lengkaplah ada warga emas, ada org dewasa dan ada 2 kanak2. Jadi haruslas buat preparation yang agak rapi sikit lah. Last time pergi berdua, dah sampai Tokyo baru gugel nak p mana :pMacam biasa, carik la source dari blogger lain yang dah g sana. 

Ni anta rujukan aku:

https://nurulharnanikasmari.blogspot.my/2016/04/travel2016-japan-musim-bunga-sakura.htmlhttps://diaryofmuhammad.com/pengalaman-kami-ke-jepun-musim-bunga-2015/

Brief angan2 macam ni: 

Kyoto Day 2- Day 5

1. Jalan-jalan kat Arashiyama , nak makan kat restaurant halal yang sedap giler kat Minokichi Hankyu Hotel
View yang sangat mempesonakan

2 Nak g Kiyomizu - Dera temple, antara spot terbaik untuk menikmati musim sakura. Last time g sini masa winter pun dah terasa kagumm!  Dan berangan nak berhanami juga kat sini!

Refer:  http://travel.rakuten.com/campaign/ranking/hanami/kyoto/

Harap dapat tengok view ni 

Tokyo Day 5-Day 8

1. Mount Fuji. Most people minta bermalam kat sini tapi jadual kami pack dan tak cukup hari nak tdo sini. So gamble nak day trip! Hopefully berjaya amik gambar beramai2 dengan background Gunung Fuji itu!

Refer:

http://www.wowjepun.com/gunung-fuji-bahagian-satu.htmlhttp://www.wowjepun.com/gunung-fuji-bahagian-dua.html

Cantiknyaaa 

2. Shibuya Crossing :Ni antara gambar wajib ada bila kat Tokyo, takde apapun cuma orang ramai giler dok melintas jalan kat crossing Shibuya tu! Lepas tu nak p makan grilled beef yang femes iaitu Gyumon BBQ. Refer : 
https://diaryofmuhammad.com/percutian-ke-jepun-magic-dari-allah-hari-pertama-part-2/

Tengok masyarakat Jepun melintas jalan

3. Ueno Night Market - ni nak jalan acah2 orang Tokyo g Pasar malam, sambil nak makan Kebab Turki dengan kepedasan maksima tuh! Sedap n chill-chill aje kat sini.

4. Matsumoto Castle - Ni dicadangkan oleh blogger antara spot untuk tengok sakura juga! Rasa kalau malam lagi cun lah 

5. Tsukiji Market - ni plan aku ngn saufey aje, sebab kene p awal like kul 2 am camtu! Dengan harapan aku boleh bangun la.. Bukan ada apa pun cuma nak tengok orang menyiang ikan salmon! haha. Nak angkut budak2 mcm agak mustahil juga la.

Nak tengok ikan nii 
6. Nak g Odaiba tengok robot besar tu! tatau la cukup hari ke takk niiii
Macam best aje kan 

Osaka Day 9 - Day 11

1. Osaka Castle Garden -sakura sightseeing sebab kt dlm group FB Road to Japan ada orang share pic kat sini lawa gilerr! 
Subhanallah cantik nyaa 

2. Nak window shopping at Rinku dan nak makan kat  Matsuri restaurant
Nama pun g jepun, memang window shopping aje lah 

Selain dari prepare iterinary, aku siap baca link ni pasal takut and x pernah jalan bawak budak2 walaupun kali ni budak yang ikut tu ada mak2 dia, tetap aku rasa cam saspen jugak haha

https://diaryofmuhammad.com/5-tips-urus-anak-kecil-supaya-tak-meragam-semasa-travel/

Antara Tips yang blogger ni share ialah:

1. Travel sehari 1 tempat jer2. Bawak bekalan makanan n minum utk budak dan mak budak3. Spare kan satu hari utk cool down after travel yang pnjg, hari 1st baru smpi jalan kat tmpt dekat2 aje, takat minimarket, pasar mlm ok la. bg dorang rehat dulu.. kalau aku berdua ngn sopi, hari pertama tu da mcm2 tempat nk diteroka haha. Ok change mindset plss

Lepas siap itinerary, harap2 percutian berjalan dengan baik dan gembira la. InsyaAllah 

Till then, 

TaTa