Tuesday, September 29, 2015

Indoor Playground yang mengujakan budak-budak di Kidzoona AEON Equinne

Cerita bila para emak dah penat melayan anak kat rumah dan nak curi masa untuk berehat! 

Semalam petang aku g melepak rumah Kak Yah (biras) dan plan nak bawa budak- budak bermain di Kidzoona di AEON Taman Equinne. Kami pergi berdua saje bersama budak 4 orang.  Aku pun pertama kali menjejak kaki ke Kidzoona ni tapi rasanya rata2 penduduk sekitar Taman Equinne dah biasa dengan tempat ni.
 
Nah tepek sikit apa infomasi penting tentang Kidzoona nih :)

Kidzoona concept ni datang dari Jepun (sama la mcm AEON juga), setiap permainan yang ada dalam ni dipilih untuk memastikan kesihatan badan dan hati/ minda. Kesihatan badan tu berdasarkan permainan yang melibatkan movement kanak2 while kesihatan minda adalah dari segi mereka bersosial & berkomunikasi sesama mereka.Mak ayah pun kene saling berkomunikasi gak kat sini. You can easily make friends here while waiting for the kiddos playing.

Sila baca rules and regulations kat sini gak

Entrance Fee  : RM 17 weekend/ Public Holiday. RM 10 utk weekdays
Free untuk orang dewasa & bayi berusia 0 - 6 bulan!

Unlimited playtime pulak tu! Main la wahai budak sampai korang penat. Kidzoona buka jam 10 am dan tutup pada jam 10 malam (sama macam operating hours AEON)
Untuk penjimatan, disini dorang ada sediakn family package! Hanya RM120 utk 10 orang kanak-kanak. Dan kalau korang datang satu batallion 20 orang budak, harganya hanya RM200! 

Family package

Effective dari 1 September 2015, semua kanak- kanak diwajibkan memakai stokin. Mungkin atas sebab keselamatan kot. Kalau korang lupa nak bawak stokin, jangan risau sebab masih boleh beli di sini dengan harga RM3 sepasang. Free size dari baby sampai la ke budak beso!Nak jimat, pakai la socks siap2 dari rumah ye :)

Ok siap mendaftar, semua pun masuk la, budak-budak yang 4 orang kita bawak ni dah tak sabar2 nak berlari, siap pakaikan stokin, masukkan kasut dalam bekas yang disediakan.. Nahhhh.!berlari & bermain la korang sampai korang penat!!

Tempat letak kasut. 1 bakul untuk setiap family dengan nombor lagi. Comel kan
Sementara budak2 bermain, parents / baby sitter mesti boring kan. Ye la budak2 dah masuk dalam ni dorang macam lupa mak ayah tau! Maaaaiiiiinnnnnnnnnn saje!!! 
Parents jangan risau.. sebab kat sini ada free WIFI! so korang layanlah FB, IG, Blog etc untuk membunuh masa. Sambil tu jeling la juga kat anak-anak tu ye! :p

Free Wifi!

Ada 7 main section di Kidzoona Taman Equine ni, tepek sikit gambar lah. Basically lantai memang fully covered by the soft tile, jadi tak perlu risau keselamatan anak-anak. Apa yang aku perhatikan kat sini jadi tempat bersosial versi kanak-kanak. Korang akan tengok dorang bermain tahap maksimum dan bergaul dengan budak lain tak kira bangsa. Dan kat sini juga korang boleh didik anak-anak untuk bertolak ansur dengan orang lain. Ye la ada banyak scene aku tengok anak menangis kat mak/ ayah sebab berebut mainan. Mak ayah akan slow talk dengan anak untuk saling berkongsi mainan & bergilir-gilir main. Comel sangat okay! 


1. Bubble Castle tempat favorite  anak2 melompat

2. Ala2 water roller. Berguling la kanak2 kat sini

3. Section budak2 berangan jadi orang besar! Hospital, kedai ice cream, kedai sushi etc

4. Section lego kegemaran anak kecik dan anak beso!
5. Section yang memang dibiarkan lapang camni. Untuk anak kecik berlari2 sepuas hati dorang

6. Ha Bubble slide ni memang tak pernah kosong! Aku yang beso ni pun rasa macam nak try :p

7. Tempat feveret budak kecik ni. Dia ulang main lebih 30 kali kot! anak sape ntah :p
Kiranya kalau bawak anak-anak datang sini harus la budget masa paling maksimum. Sebab dorang akan liat nak ajak balik. Haritu kami spent masa lebih kurang 4 jam kat sini. Tu pun masing-masing tarik muka hehe.A good place to relax for mommy and to have fullest fun for kids! Thumbs up!

Nah layan lagi gambar kat sini. Gambar semua ada part blur sebab semua budak bergerak dengan aktifnya!
Main lekat tengan!

Berangan jual ice cream!

Comel gambar ni!

What do u expect bila dorang jumpa bola banyak2 ni

Last pic, peace yo! :p
Till then. Korang g la bawak anak2 korang kat sini. Confirm dorang tak nak balik and minggu depan tu ajak bawak datang lagi hihi :p

TaTa

Monday, September 21, 2015

10 TIPS! - Percutian Rehatkan Jiwa di Bandung Part 3


Ini just tips yang kawan2 & blogger dok pesan before kami ke Bandung & based on our experience juga bila dah tiba di sana

1.  Makanan.Seeloknya makan di restaurant utk jaminan kebersihan yang lebih baik. Walaupun harganya mahal sikit.Elakkan makan street food, due to same reason juga.

2.Halal.  Makanan di Bandung boleh dikatakan semuanya HALAL, walau takde logo JAKIM. Menurut Pak Edi, ada 1 kawasan mcm China town yang ada jual makana non halal kat situ. Dan pengalaman aku hari tu di Stone Cafe,  pekerja beritahu ada kandungan yang non halal dalam food mereka ie. wain etc

3. Waktu. Bandung ialah 1 jam awal dari Malaysia. Sama macam Sabah & Sarawak.

4. Korang akan jumpa bnyk peminta sedekah, macam biasa kalau nk bagi, beri sorok2 else nnt geng dorang ramai2 akan kejar korang huhu. Kami tgk keadaan ni di Pasar Baharu

5. Cakap pasal Pasar Baharu, semua orang kata heaven utk shopping kat sini! Tapi maybe elok ke sana last day atau masa 1st day untuk survey je. Kene compare harga & kualiti dulu sebab rata2 barangan kat sini ala2 di Jalan TAR + KWC. Still kene pandai cari & tawar yee. Pengalaman hari tu, tawar menawar tak berapa jalan kat sini :p . Juga ada banyak pilihan bahan bersulam ie telekung, kain meter untuk sesiapa yang mencari lah :)
Ha ni la rupa Pasar Baru Trade Center

6. Factory Outlet - Ada baaaanyaaak sangat pilihan. One of my fav is DSE Factory Outlet. Kalau korang memang kaki shopping gi lah terjah FO dorang. Kami aritu terjah sikit aje sebab takde duit hhaa
Sempat bergambar lepas beli singlet kat sini!
7. Shopping lace? Di Bandung memang terbaik. Selain dari Surabaya, kat Bandung pun sakan juga lace diaaa. Paling murah & cantik yang kami jumpa ialah RM15 /meter! Murah sangat2 okay! Shopping lace 1 je tempat paling best iaitu D'Fashion Textile.

Teaser rupa paras D'Fashion Textile. Heaven sungguh kat sini

8. Resort di kaki bukit. Ada baanyaaak resort yang ada hill view kat sini. So korang kene google sikit la sebelum book. Antara yang kami sempat sightseeing aritu : Dulang Resort & Sari Ather Hot Spring. Mmg cantik & sejukkk. Nice!

9. Makanan wajib makan kat sana? Ni based on apa yang tekak aku berkenan la ea
  • Ayam Penyet Surabaya (ni superb! Nora kasik 18 juta bintang!) 
  • Es Kelapa Alpukat @ KartikaSari 2ndary outlet
  • Strawberry Chocolate
  • Es Cendol Elizabeth
  • Belgian Wafer @ Trans Studio Mall
  • Tauhu Susu Goreng
  • Air Tebu + Limau nipis @ Floating Market
  • Steak @ Stone Cafe 
  •  Bakso Malang, Gorpis (tapi ni kami tak sempat makan, x ckup waktu sebab makan Ayam penyet 2 kali! ) 
    Siap collage kan makanan yang thumbs up kat sini
10. Data Plan. Seeloknya gunakan local simcard je sepanjang di sana. Antara yang femes ialah "SIMPATI". Harga utk satu simcard ni cuma RP5)0K dengan 5GB Data. Memang cukup la sepanjang 4 hari di sana. Kalau tak cukup korang boleh je TOPUP. Aku aritu guna Data Plan Celcom tapi balik Malaysia terima bil yang sangat tak logic! Ini masih Open Case.Takpe letak tepi dulu. Yang penting nak gtau, gunalah local simcard sana aje :)
SimCard Indonesia. Senang pakai ni aje. Still boleh wassap, surf internet & voice call dengan riangnya!

Tu je kot antara tips penting! Esok sambung cerita iterinary pulak.

See ya

TaTa! 

 

Resepi Express Home Made Roasted Chicken ala Nandos

Ni cerita malam tadi bila mana tengah buat kerja tetiba perut bagi signal lapar secara bertubi-tubi! Jadi terus aku selongkar peti ais tengok apa bahan yang ada. Sekali glance dapat ilham nak masak roasted chicken. Dijamin cara penyediaan kurang dari 30 mins  :)

Yummyy ni la rupa dia!

Bahan-bahan untuk  Roasted Chicken:

Ayam 2  bahagian
Rempah Ready Made utk perapan ayam (beli kat Yummies Bakery)
Olive Oil

Cara:
Super senang. Gaul ayam bersama perapan ready made. Campur dengan sedikit Olive oil & biar selama 5 minit. hehehe. Kejap giler perap. Kata express kan :)
Panaskan Magic Pan (Pemanggang Ajaib) dan boleh la panggang ayam tadi. Guna api sederhana lebih kurang 10-15 min. Lepas tu 5 min lagi guna api kecil.
Cucuk guna garfu utk pastikan ayam sudah betul-betul masak ye. Manual jer

Boleh juga kalau nak guna resepi Kak Lina utk buat bahan perapan ni (aku dah pernah guna & memang sedap)  Cuma mlm tadi sebab nak ekspress, guna la ready made herbs! :p 


Sgt suka guna magic pan sebab tak bersepah mcm guna oven. Sesuai utk famili kecil macam kami. Magic Pan HIG beli kat Langkawi harga RM 59.90 

Sementara ayam dok tengah panggang tu aku ada lah masa nak buat coleslaw sikit. Ni mmg super senang.

Bahan yang ada kat umah:

*Kubis 2 helai
*Suku bahagian telur masin (Sebab telur biasa takde, plus telur masin ni baki lunch siang tadi)
Cili besar hijau 1
Secubit garam
3 sudu besar mayonis
Sedikit perahan limau nipis
Sedikit serbuk kari 

Cara:
Gaul semua bahan diatas. Haha. Senang nyaaaa!!!
Lepas tu korang perasakan ikut anak tekak masing2. Nice!
Btw bahan yang ada * tu actually kalau korang ada bahan2 lain ie: daun salad, carrot, sosej, telur rebus, kentang rebus.. semua boleh je nk tambah. Aku? Sbb itu je yang dlm stok bahan masak ! Haha

Ni la rupa gaulan tu. Mangkuk ni sangat epik MIL kasik. Semua rumah anak menantu ada mangkuk ni :)
Bila ayam dah masak,boleh la angkat dan letak sos Nandos diatasnya! Sebenarnya itu je resepi tang ala Nandos tu :p. Jangan marah tau bukan nak tipu tapi trust me Nandos tu rasa dia 80% datang dari sos dia tu (ni pandangan peribadi aku aje, bukan fakta). Jadi buat la roasted chicken resepi mana sekalipun, letak sos Nandos confirm you will get the taste! Cuma takde la bendera Nandos terpacak atas ayam hehehe

Sos Nandos korang boleh beli di pasaraya ie AEON/Jusco. Dr yang mild sampai la Extra Hot, ikut la takat level mana yang lidah korang boleh pergi. Harga RM9.90 satu botol kalau tak silap.

Siap! Mari la membaham! Personally aku rasa sedap! Kalo korang buat sure lagi sedap sebab aku yang x pandai masak ni pun boleh buat LOL! 

Itu je cerita.

TaTa

   

Thursday, September 17, 2015

Percutian Rehatkan Jiwa di Bandung Part 2

Sementara baru balik x sampai sebulan lagi maka memory terhadap percutian masih segar lagi la tiap satu..Padahal dalam draft punya la beratur entry yang tak complete dan ada certain tu nk recall pun cm dah payah.. huhu.. Azam lepas siap cover story Bandung, nk cover story pasal Family Day bulan 5 aritu (ada 2 FD plak tu) lepas tu baru cover Dubai & Turkey (aku harap information  tak consider expired la sebab tournya last year October ;p )

Lets start it all, kali ni rasa nak tulis stail engineer la iaitu pakai point form (motippp??), tak nak jela2 Mak Limah. By the way,  I used to be an engineer tau before this haha tapi dek kerana otak aku yang bersifat non-technical, aku kene tendang buat management ahahaha. Ok abis takat tu je LOL.

Kuala Lumpur -Bandung, 4D3N 

1. Checklist barangan

a. Luggage :

- 2 Jeans, 4 tops, 4 non-iron shawl (Takyah bawak banyak. Boleh shop kat factory outlet sana :p)
-Toiletries, baju tidur, sejadah & Telekung
-Monopod or whatever gopro ke apa2 yang sewaktu dgn nya utk shoot gmbar sejuta keping! plus  Gadget charger ye.
-Duit Rupiah (ni kalau tak bawak mmg menangis tak berlagu laaa)
-Ubat2an  ie: panadol, minyak kapak, ubat diarheaa & Mineral water  2 botol besar, 2 botol kecil  Critical. Advisable utk bawa. Ubat2 & air mineral sebab some of us maybe perut tak berapa kebal dan mungkin akan ada masalah dgn mknn& minuman di sana. Maybe sesetengah orang tak de effect apa2.
-Universal power plug (wajib bawak, power socket kat Indonesia tak sama mcm kat sini)

Universal plug. Pin dia bulat. Sbb socket kat Indonesia bulat. (Gambar ihsan Google) 

-Travel weight scale for luggage ( aku tak bawa aritu tapi advisable utk bawa so that korang tak terlebih shopping or terkurang :p

Boleh tahu berat beg sebelum di airport lagi. Dapat mengelakkn masalah terlebih berat atau yang lebih sedih terkurang berat!! :p (Gambar ihsan Google)

b. Handbag/Handcarry beg

-Passport & Boarding pass
-Rayban (haruslah bawak kann.. kalo tertinggal sanggup beli kat tepi jalan RM10 tuuu :p )
-Duit RM sikit. Just in case u need it there :p 
-Simcard Indonesia (ni beli kat airport Indonesia aje. Kes aku lain sebab beli dari kawan yang baru balik dari Bandung jugak hehee )
-Segala related slip ie: Slip hotel booking

2.  Flight details:

KL-BDO. Departure at 650 am (gile awal pagi)
Flight duration: 2 hours
Arrival Time: 8.55 local time.

Ready at KLIA2:  4.30 am (approx, 2.5 hrs before departure time)
Luggage drop : 5 am
Boarding time: 6.15 am 

3. KLIA2 review. Ini adalah 1st time aku naik flight dari KLIA2 since ia dibuka. Kawan2 dok pesan jauh kene berjalan & kene datang awal. Tapi based on my experience aritu ok je,  takde lah jauh berjalan sampai tahap cramp kaki. Cuma kalau bawa warga emas atau anak2 kecil maybe kene buffer timing sikit. Much better dari LCCT in terms of facility, walkway, kedai shopping sgt bnyk utk cuci mata aje lah. Ada bnyk restaurant tapi nak cari yang ada logo Halal Jakim agak challenging.

Timing kami aritu berada di airport 2.5 hrs before was just nice. Tak kelam kabut and yet kami sempat breakfast (kul 5.30 am that time! ),chit chat kejap & solat subuh.  

Till then, lepas siap semua kami pun fly to Bandung on time (Alhmadulillah) dan tiba di sana dgn selamatnya.
Ha alhamdulillah selamat mendarat!

Ni la rupa Bandung Airport. Comel aje ala2 Airport Senai, JB.
Next entry kita nk cerita tentang important tips & advise sepanjang di Bandung. Tunggu ea!

See yah

TaTa


 

Tuesday, September 15, 2015

Percutian Rehatkan Jiwa di Bandung Part 1

Akhirnya cita-cita nak berkunjung ke Bandung tercapai jua. Ye la asyik dengar cerita orang aje teringin la nak sampai sana. Trip ke Bandung bukan la kami rancang awal. Ia hanya bermula dengan sembang kosong bersama kawan baik aku di mana memang dia pun jadi tempat aku meluahkan rasa kala dunia terasa begitu kejam terhadap diri. Aheeee saja je exaggerate cerita.

Ape pun niat ke Bandung memang semata-mata utk berehat sahaja. Bukan nk shopping ye.Masa sembang kat whatsapp bnyk list tempat yang kami gamble nak terjah aje tapi fikir semula dah la jalan berdua aje, perempuan pula tu,  elok ambil tempat yang tak jauh sangat dan tak pelik sangat. So kita decide to go for Bandung!

Ok Step pertama mcm biasa, booking ticket lah. Sekali lagi diingatkan bahawa trip ni bukan kami plan awal ye so kami kene bear on the ticket price la ye. Kalau nak tiket murah nu haa kau booking hari ni hujung tahun depan baru pergi ye.. That is not the story this time la ye hehe Kami ambil ticket AA dengan harga RM400++ inclusive luggage, insurance, seat etc. Tickets checked!

Step 2. Check passport expiry. Bear in mind juga bahawa 6 months before passport expiry kita dah tak dibenarkan travel ye. Teringat kes nak g Bali dulu, esok nk fly hari ni baru tahu pasal 6 months expiry tuh. Kelam kabut satu Malaya nk renew passport! but not for Bandung, passport masih valid. Passport Checked!

Step 3: Hotel Booking. Aku tetap selesa utk booking ticket thru Agoda. Senang, murah dan boleh baca review yang terhidang punya banyak kat situ. Rajin dengan tak je nak baca tiap satu. Kami pun lama juga nk decide hotel mana nk ambil. Review hotel dah banyak baca, blog pun sama tapi still tak boleh nk decide. Kawan office cadangkan hotel Zodiak Asia Afrika sebab tak mahal, convenient & dekat dengan Pasar Baharu. Ktrg baca review pun not bad dan terus book di Agoda. Harga RM79/night. Hotel checked!

Antara hotel yang kami review.. Harga below RM100/night  :)

Antara review hotel di Agoda

Step 4: Supir. Dilema juga masa kami nak decide  either jalan sendiri atau ambil supir di sana. Sebab tak nak over budget sangat. Fikir nak save duit sikit so elok jalan sendiri. Tapi aku ni jenis akan pissed off kalau berjalan then kene tipu (sah memang tak de sifat adventure dalam diri kau! ). Jadi just to be on the safe side kami book supir siap2 dari Malaysia and sampai di Bandung nnti see how nak ambil Supir utk 4 hari atau tak. Supir kami ambil Pak Edi (highly recommended by my friendss), sehari RM150  all in (kereta, tol,parking, minyak & service supir) . Supir checked!

Step 5: Tukar duit. Biasanya bila nak keluar dari Malaysia, last minute dekat tarikh nak fly baru g tukar duit. Ye la nak tukar awal2 buat ape kan? Tapi setelah nilai ringgit tak stabil, kami cepat2 tukar duit takut lambat karang harga makin jatuh. Untuk trip kali ni nilai pertukaran ialah RM300 utk RP 1 Juta. Ok la tapi kalau ikutkan awal tahun hari tu RM260 utk 1 Juta! Rugi Rugi. Tapi tak pa lah masih lagi boleh diterima nilai pertukaran yang kami dapat tu. So tukar duit checked!

Hrmm. dats all kot preparation. Sebelum fly baca2 lah blog and tanya kawan2 untuk mana port lepak yang best kat sana. Next entry kay!

TaTa! 





Percutian Ramai Ramai ke Pulau Tioman Part 4

Ok ni part paling kami tunggu- tunggu iaitu bersua muka dengan para penghuni laut di Pulau Tioman ni..

Disebabkan delay ferry semalam, pakej snorkeling kami bertukar jadual jadi pagi ni. Kami bermula awal sebab tengahari karang dah nk kene check out. Alhamdulillah En Epeq banyak membantu kami dalam hal aktivity sepanjang 2 hari kat sini. Korang yang nk berlibur ke sini boleh la wassap dia. No contact dah ada dalam entry pertama aritu ye.

Pagi tu breakfast siap2 kat restaurant dan jam 830 am kami menunggu di tepi Jeti. Boat tiba dan nk tunggu apa lagi. Jom Snorkel!
Breakfast timeee!

Family photo dulu sebelum terjun laut!

Berjalan ke Jeti belakang resort

Ni ha jeti. Tunggu speed boat kat sini
Harus la pakai life jacket utk keselamatan yeee :)

Yeehaaa!
Ada 5 station dalam pakej snorkeling kami, kita layan gambar aje la yeee 

1. Batu malang
2. Pasir Panjang
3. Sayok
4. Taman Laut / Marine Park
5. Tak ingat nama tempat last station tapi sgt dekat dengan Jeti Berjaya Resort

Yay! Turun laut sudaaa












Pose lepas dating dgn ikan!
Lepas siap snorkeling kami pun dgn seronoknya balik bilik & prepare to check out. Selesai check out shuttle bus dah ready dan bawa kami kembali ke Jeti Kg Tekek. Jam 3.30 pm Feri pun tiba dan membawa kami kembali ke Jeti penumpang Mersing! Tamat lah percutian kami di Pulau Tioman utk edisi 2015! mana tahu ada edisi lain nanti! hehee

See yah

TaTa