Thursday, April 30, 2015

Carbonara Ekspress tanpa guna Prego

Sebenarnya niat hati tak nak masak sebab barang dapur tak ada dan plan nak ajak Saufey lunch kat luar.. Tapi sejak2 musim GST ni aku rasa macam terkesan jugak la ekonomi rumah tangga, Fikir semula daripada buang duit makan kat luar baik la aku masak sendiri.. Geledah dapur apa bahan yang ada aku pun start google resepi! Gen Y sekang masak resepi kat Google aje. Kalau ada org tanya " Eh sedap la benda ni, Macam mana kau buat? "

Gen Y akan jawab " Oh itu resepi Google, nnt aku share link resepi tu okay! "

Haaa kerlass kan. takde dah resepi tulis atas kertas dah :p

So balik kepada cerita lunch hari ni dapat resepi Carbonara tanpa prego dari sorang blogger  Nurmimy (Terima kasih kak!)  Aku tertarik pasal aku memang tak suka prego tu.. So dari resepi dia buat jadi resepi utk 2 orang makan and adjust ikut apa yang ada kt dapur. Nin dia: 

Bahan: 
3 garlic (cincang halus)
1 holland union (cincang halus)
3/4 tin susu cair
1 cawan air masak
1/4 capsicum (potong kasar)
3 cendawan Cina (potong nipis) -->ni *Kak Ijan soh tambah 
10 ekor udang (buang kulit kecuali kulit ekor)
5 chicken ball (sebab ayam dah habis)
1 sudu besar black pepper (kalau nk pedas letak la lebih sikit)
2 sudu besar parsley flakes 
2 sudu besar tepung gandum
Olive oil
Spagetti utk 2 orang punya

Nota Kaki: Kak Ijan  ialah officemate merangkap 'kakak' saya

Cara: 
1. Amik gambar bahan2 dulu hahaha sebab nk masuk dlm blog kan. Jenuh la Gen Y kat dapur pun bwk handphone!

Ni la dia bahan2 nya. Cendawan tak nak bergambar sebab dorang tengah berendam katanya :p
2. Rebus spageti, letak sedikit garam. 
3. Panaskan periuk. Tuang olive oil utk menumis. Tumiskan garlic dulu. Lepas tu masukkan holand union tadi. 
4. Bila dah kekuningan, masukkan udang dan chicken ball. Tumis hingga agak2 dah masak
5. Masukkan tepung gandum 1 sudu demi 1 sudu dan gaul bersama barang2 dalam periuk tadi
6.Masukkan susu cair dan air masak sikit. Lepas tu masukkan cendawan cina. Biarkan sampai mendidih
7. Bila dah mendidih, masukkan black pepper & parsley flakes. 
8. Perasakan dgn garam, nak sedap letak sedikit pati ikan bilis (haha resepi mengelat) 
9. Last sekali masukkan capsicum, Kacau2 lebih kurang & tutup api..
# Resepi asal kene letak cheese tapi cheese takde, So buat tak tahu jer lah 

Yay siap!

Bila dah ready nk makan, gaulkan spagetti dengan kuah carbonara tadi.  Apa tunggu lagi marilah membaham bersama-sama :)

Siriyes sedap. Org tak pandai masak mcm aku pun boleh buat hihi

Saufey komen: "Sedap, kalau ada orang datang boleh la masak ni!:

 Yayyyy., kalau dia komen mcm ni maksudnya masakan aku  dapat  penilaian sekitar 4 bintang. Kalau 2 bintang dia akan diam aje. Kalau 1 bintang dia akan kata dia tak makan menda yang aku masak tu atau pun dia kata dia dah kenyang. Okay noted boss :)

 

Percutian Singkat ke Pulau Langkawi Day 3 Part 2

Ok ni episod terakhir utk cerita di Pulau Langkawi. sobsobsob 

4. Helicopter Ride for 5 mins  

Actually ni Saufey yang teringin sangat.. kita sebagai isteri mithali lagi solehah haruslah menyokong keteringinan suami ye dak.. Tapi cukup la seumur hidup sekali.Takutsss. Mujur masa kami naik ni sebelum kes chopper meletup di Semenyih tu.. kalu tak mungkin tak naik kot. huhu 

Tapi sebenarnya seronok (walaupun seriau)  and that was the most memorable thing we had in Langkawi lah untuk edisi kali ni. Cakap bnyk pun tak guna meh layan gambar sikit la naa..

Ha tu dia Helikopter dah sedia. Pada masa ni kapten ada duduk kat tepi (xde dlm gmbr btw) tengah baca buku cerita. Style!

Ha ni la Kapten kita. Tengok muka eksaited co-pilot :p
View dari tempat duduk hadapan. Just about to take off

Okeh dah take off.. Kejakunan berganda
kata Kedah, haruslan ada sawah padi kan




Tang ni dia buat corner baring la pulak
Tu dia muka takut ke eksaited. Tak pasti




Kita kasik info sikit la ye utk panduan korang. Tempat nak naik helicopter ni berhampiran dgn airport..Kiranya kalau kita menghala ke airport akan nampak signboard besar gabak tulis "Helicopter Ride" ni. Harga mengikut minit/ heli.Satu heli boleh muat 4 orang termasuk kapten . So if let say nak naik sorang pun still kene bayar per heli lah. Harga paling rendah ialah untuk 5 minit. Pastu ada 10 dan paling lama 30 minit kalau tak silap. Untuk 30 minit tu  pusing satu Langkawi kot (Ke satu kedah :p). Kami amik pakej 5 minit tu hanya pusing kawasan  Pantai Chenang, itu pun da jakun tahap kartun! Siriyes naik Heli is so damn takut ok. Rasa mcm kalu apa2 jadi memang innalillah! huhuu..

Ok setelah menarik lafas lega turun dari helicopter rasa perut pun mcm dah mula minta diisi so  aku paksa Saufey cari Laksa y dicanang  oleh warga bloggers iaitu LAKSA POWER! Jomss

5. Layan Laksa Power di tepi Airport 

Ok Laksa Power ni mmg dah dekat sgt dengan airport okay. Betul2 tepi airport runway ,kiranya sambil mkn laksa sambil tgk kapal terbang turun naik and the other side pula angin laut menyapa muka.. haishh heaven sungguh! Kat area tu ada bnyk gerai2 lain, kiranya nk makan mcm2 ada selain dari laksa. Pilih je nak gerai yang mana.


Ha ni diaaa lah

Petang tu kami makan Laksa sorang 1 pastu order lagi char Kuew Teow share berdua. Yummy Yummy! (Eh perasaan mcm share dua tapi bila tengok gambar, ohhmmggg.. kitorang order sorang satu sebenarnya. So petang tu kami masing2 makan laksa semangkuk n char kuew teow sepinggan :p. Isk Isk Isk )  

Laksa timeeee!

Ha ni la view dari tempat makan. Kewl kan?
  
Laksa dia mmg original Kedah punya. sedap sungguh. Rasa mcm nk makan 2 mangkuk tapi perut pulak tak bagi space :p . RM5/ mangkuk. Air tu rasa dia lebih kepada asal ada aje hehe
Char Kuay Teow boleh tahan sedap.RM5 / plate.  Tu kantoi ada 2 pinggan :p

 



 6. Melawat Kedai Coklat Chocoffee 


Lepas perut kenyang, kita ada masa lagi sebelum nk ke airport. Kami berhenti solat Asar di masjid tak jauh dari airport ni dan untuk membunuh masa (kill the time), singgah kejap di kedai coklat bernama Chocoffee. Terletak berhadapan dgn masjid tadi. Saja meronda :)

Sebenarnya tertarik nk g sini sbb ada tulis "FREE TASTING!" Sangat bersikap free-loader :p

Ruang dalam

Siriyes mmg coklat ni pedas. Ade eh chilli choc?? ish baru tahu ni :p

Sempat la lepak kejap kat cafe dia sambil kami sembang-sembang berdua. Dah perginya pun berdua, dgn siapa lagi nk sembang kan. :)

7. Ke airport utk pulang ke tempat asal :) 

Ok dlm jam 730pm kami masuk ke Airport, dan pulang kan rental car di airport juga. Overall, percutian seronok dan pasti akan kembali lagi. Kalau pergi ramai2 tentu lebih meriah (karangan sangat ayat tu).

Ok till then! See yah!

TATA  
 

Tuesday, April 28, 2015

Percutian Singkat Ke Pulau Langkawi Day 3 Part 1

Assalamualaikum. Ok now kita dah masuk hari ke 3. Jomss ..

 

1 . Breakfast di hotel & check out

Hari ke 3 merangkap hari terakhir.. huhu rasa mcm pendek sangat la holiday kita ni.. hrmm ni la ayat setiap kali tibe last day of holiday. Kasik la sebulan cuti, last day tetap rasa tak cukup. hikhik
So kita siap2 breakfast di cafe, pack barang dan terus check out..

 

2. Shopping pinggan mangkuk di HIG vs Langkawi Saga 

Tanpa membuang masa kami terus menuju Langkawi Saga sebab office mate kata Langkawi Saga lebih murah dari HIG . So dlm 10 mins kami dah sampai di tempat y dituju, hrmm... Saufey kata " Sabar, Sabar, Bawak bertenang" hahaha sebab mata aku mcm bersinar2 bila tengok set pinggan mangkuk tuuu .. hihi

Tu ha pinggan mangkuk bersusun mcm ada blink blink :p

Tapi bila masuk Langkawi Saga banyak barang yang kami carik takde . So terus melawat HIG yang terletak betul2 berhadapan Langkawi Saga. Alhamdulillah kat HIG better so kami decided utk beli kat sini aje.. So kita share la sikit apa y menarik kat sini. Yang pasti semua benda lagi murah compared to KL/ luar Langkawi.

2-Tier Cake Stand. Melamin tau bukan kaca

Cantik set putih ni.. tapi tengok aje lah jenuh nak angkut banyak

Dinner set




Set sudu ni saja la tgk buat cuci mata. xda nak beli eh. sudu cukup dah kat umah

Bwh tu bekas kuih raya! wiiii lama termenung nk beli tapi last2 tak beli. mahal sbb vintage kott huhu

Cantik sungguh set ni.. So seksiii

Must have nih!  kihkih

Ini apa yang menarik perhatian aku lah: 

1. Magic Pan HIG RM59! Gilerr murahh.. kat KL RM200++ ape kess nk byr mahal2 hihi

2. Set Vision 3 pcs. RM389. Fuyooo mmg murah sbb kat KL RM300++ tu harga utk 1 pc ngeeee, ok seronok
Ni set vision. Boleh masak direct atas api :). 
3. Tempat letak herbs kat dapur, 8 pcs, RM69! ok ni takde sebab pun kalau nak beli tp tertarik sbb  mcm cute je!

4. Tea+ Dinner Set  40 pcs RM 199! Boleh la kot nk belikan mak sebab kat umah dah ada cukup pingan mangkuk

5. 2-Tier Cake Stand habuan letak kek masa open house raya nanti hihi RM 59 :)

Kami short listed apa yang betul2 perlu nak beli dan terus minta staff HIG pack kan. Kiranya sangat mengamalkan perbelanjaan bijak la ni :). And thats all, niat asal sebenarnya nk beli correlle tapi corak yang ktrg nak takde.. so takde lah hasil dari sudut corelle.

Ape2 pun staff HIG sangat helpful. Cakap je nk tgk mana2 set dorang akan tolong carik dan bukak kan setiap satu. Kalu tak jadi beli pun depa tak marah hihi. Maklumlah orang pompuan ni eksaited terlebih kat sini :p

Selesai part pinggan, tiba turn Saufey untuk memborong coklat dia lah. Dari segala Daim, Whitakers, Toblerone, M&M etc semua aku nampak dalam bakul dia huhu. Ok la kasik can peminat chocolate nk puaskan nafsu serakah dia muahahaaa

Ok siap shopping, kita pun masuk semula ke Kawasan hotel sbb nk susun barang utk masuk flight nnt. Setelah berpeluh2 akhirnya siap jugak, Ok passed! Jom balik KL! Eh, Tapi flight pukul 9 mlm so ada masa lagi, kite ronda lagi lah kalo mcm ni yeeehaaaa


3. Thai Massage@ Pantai Chenang

Memang Pantai Chenang ni tempat feveret, so meround lagi ke sini and nak try massage pula.. kali ni ktrg try Thai Massage. RM35 for 45 mins. ok la tu. teringat pulak zaman massage ke Phuket. RM20 for 1 hour! tak dapek la kalo kat sini LOL.

Tapi massage kat tempat ni mmg best! Service tip top!Selesa and walau pun harga mahal rm5 dari Malay Massage semalam tapi experience tu mmg tak terbanding lah.

Ok habis citer massage. kita rasa mcm nk try activity mencabar sikit la... tapi di next entry la ekkk :)

See yah! TATA

Saturday, April 25, 2015

Percutian Singkat ke Pulau Langkawi Day 2 Part 3

Assalamualaikum .. ok jom sambung cerita hari ke 2 kat Langkawi hari tu..

Lepas abis teman Saufey naik parasailing, plan to have our  sunset dinner la kononnya. Berangan nak amik sunset cruise.. Tapi aku g cakap kat dia "Tak elok la Bie maghrib2 dok atas cruise tu" Haha motiff sgtt nasihat aku tu.. Aku tengok dia mengangguk setuju haha . terpengaruh jugak rupanya :p

So kita sunset dinner kat tepi pantai aje lah. Tak yah nk cruise2 sangatt lah sebab harganya pun mampu mengoyak rabakkan poket kami huhu

Ok joms!

7. Sunset Dinner di d'Grill Seafood Restaurant, Pantai Chenang

Ok 1st of all I LOVE this restaurant's look & feel. Sempoi aje restoran nya & terletak betul2 di tepi pantai. Kiranya masa menjamu selera kita akan bertemankan desiran ombak halus dari pantai dan angin laut yang sepoi2 bahasa malaysia gitu. Sangattt layan the panorama.  Had our tasty food and spent good time with love ones. Really appreciate the time that we had here.

Kami order Nasi putih, tomyam campur. chicken sweet sour, chicken chop & 2 fruit juice. The food is just nice plus ngn suasana tu yang mahaiii.. mmg layan abis. Juice dia plak mmg terbaikkk! Tp the best part is we enjoy the moment & surrounding. Double tripple thumbss upp! :)

So layan gmbr sikit lah na :)

Tu dia the sun is about to set..
Gambar bermandikan cahaya bulan! bulan la sangat kan
A good place for lepaking..
Ha ni la muka depan restoran tu! Nice Nice!

8.Malay Massage @ Pantai Chenang

Kami dua orang ni ada habit dimana kalo gi  berjalan mesti nk massage. Sebenarnya urut badan je kott tapi bila tengah holiday dan2 tu jadi " massage"! Walaupun badan xde la letih sgt jalan2 kat Langkawi ni. Last time kat Phuket/ Krabi mmg badan rasa penat sgt so mmg patut kene massage.

Di Langkawi (Pantai Chenang to be specific) kami dapati takde banyak sangat pilihan untuk massaging. We manage to found one, a small shop stated "Malay Massage". Sorry lupa plak nk snap gambar kedai tu. Charges: RM 30 for 45 mins for foot massage. Lets try one! yeeehaaa :)
 .
.
.
.
After 30 mins , ok now its time to review la kan. I am kinda appreciate a good customer service for what I've spent but since kita dalam mode holiday, kita tak nak terlalu kejam dalam memberi komen terhadap service yang diberi. Averaga kita kasik 3 bintang. Massaging experience tak berapa best maybe sbb tukang urut x nk senyum and kuku dia panjang huhu .. Tp Ajaaswad x yah nk membebel mcm2 la ye yang penting dapat rehat kan badan..

9. Jalan2 ambil angin malam di Pantai Chenang

Siap massage, we spent some time having a night walk at Pantai Chenang area.. layan2 sket ,have a chit chat ngn hubby ( plus bebel sikit pasal kedai massage tadi. ahhhaha ya Allah tak abis lagi rupanya hhaaha) .Then kita balik semula ke Kuah. Mau tido  plus  re-energize for tomorrow's fight! We will be having a great mission next day!

See u olsss okay! TATA  

Sunday, April 12, 2015

Percutian Singkat ke Pulau Langkawi Day 2 Part 2

 Assalamualaikum.. okay hari ni sambung cerita Langkawi aritu... ni dlm draft bersusun la entry2.. tapi disebabkan sifat malas tuan tanah.slow kemain entry nak kuar macam siput.. kesian siput juga yang disalahkan. :p

Okay so hari ke dua dlm entry last kita habis melawat dari BeLIEve tu terus la ke destinasi seterus nya.. jom la layansss

5. Langkawi Cable Car

Okay sbb kami kesuntukan masa, sampai2 nasib baik org tak ramai. Queue pun sekejap je. Terus dapat naik cable car and I just got to acknowledge that I didnt enjoy riding the cable car. At all. Nervous giler kot & tak sukaaa. Aku macam kejung kat situ tak bergerak walau 1 inch. Eeeee Benci nya. But  I manage to be on the top of both Gunung la kan. Of coz have to la kan. Bukan ada option bole turun balik pun hehehe.
Sampai gunung 1st kita turun dan posing sket2. Cantik view disini .Subhanallah. Walau pun otak dok fikir sat g macam mana la aku nk turun bawah ni... Actually ada skybridge kat atas tu tapi during that time still under renovation.Layan gambar sikit



Ok kami pun tak punya banyak masa. smpi di gunung ke dua lepak kejap kat situ and naik cable car utk turun semula. Part naik turun cable car ni tak suka. Then smpi semula di bawah jam 6.15. So kami plan nk buat parasailing pulak jom kita terus bergerak menuju ke pantai Chenang yeehaaa :).

6. Parasailing @ Pantai Chenang 

Parasailing ni kali kedua kami plan nk naik. 1st time naik masa visit to Langkawi kira2 3 tahun lepas dengan harga dat time harga RM 80 sebab weekend price. So kali ni sbb weekdays harga murah sikit RM 60/ pax. So kami dibawa ke port dorang dgn speed boat. Tp ada cerita y agak horror sikit dimana masa kami tgh tggu turn utk naik parasailing tu ada incident tourist parachute tersangkut kat pokok!! Ia berlaku di depan mata and terus rasa takutss sebab lepas sangkut kat pokok kira2 pada ketinggian 3-4 meter, few seconds after dat dengan bunyik couple tu jatuh ke tanah.. uishhh.. Mau serammmsss..So i decided not to go up lah,cuma Saufey naik parasailing sorang. Dat time dah senja (kalo mak tahu maghrib2 g naik menda alah ni mau kene bebel.. huhu ) so gmbr pun tak berapa cun..


Budak belakang tu steady aje!

Cantik kan!

Parasailing: Tali diikat di Parachute kita and speed boat p tarik dari bawah. Haha teruk betul explanation!

Persisiran Pantai Chenang

Sunset sudaaa

Siap Saufey berparasailing kami pun dihantar ke Pantai Chenang dgn speed boat dan dorang return la duit RM60 yang ktrg da bayar tadi. Perut pun dah lapar so kami plan to have our romantic dinner.. Romantic ke pasal badan da busuk jalan2 dari tadi.:p . Tp kita cerita di next entry okay!

See yah!

Saturday, April 4, 2015

Percutian Singkat Ke Pulau Langkawi Day 2 Part 1

Ok dah masuk hari ke dua kita ye.
So start dari mana ye

1. Breakfast di cafe hotel

Kami bangun awal pagi tu dan la ambil gmbr Sunrise dari verandah bilik. Since bilik adalah sea view so view Subhanallah sangat cantik. Siap2 ambil gambar kita lepak la Kat verandah menikmati suasana pagi. Ni antara gambar yand dapat kami rakam;

Subahnallah

Alhamdulillah

MasyaAllah
 Lepas tu siap2 utk breakfast. Xyah mandi dlu pasal dah plan nak terjun kolam pas makan. Muahaha. So food kat cafe hotel sedap. Pilihan pun banyak. Nora beri 4 bintang!ada banyak selection dari fresh juice, hot coffee n tea, salad, fresh fruits, bubur nasi, asparagus soup, kuay teow goreng, omellete etc. Kiranya kami amik heavy breakfast la pagi tu.

2.Swimming di Infinity Pool


Ok lepas perut dah kembung dgn mknn, kite g lompat kolam pulak. Pandai sungguh kan hehe. Infinity pool sgt best facing laut. Sungguh ohsem!kebetulan Saufey dok nk try camera baru (ex -boss beri sempena dia berhenti kerja) yang kalis air. So ktrg lagi bnyk main kamera tu daripada swimming rasanya. Ahaksss.






So siap mandi naik bilik dan siap2 utk keluar bersiar2 di Pulau Langkawi. Weheeee

3. Dataran Lang 

Tempat wajib g kalau tiba di Langkawi. kami smpi tengahari rembang so mmg panas tahap tak leh bukak mata. Kami dtg time low season, and weekdays some more. so tmpt mmg lengang. posing la ikut mana pun xde sapa nk larang hehe  
Tu dia pakcik helang tu dok tunggu situ

4. Believe @ Langkawi Fair

Dari Dataran Lang ke Langkawi Mall tak jauh pun, btw Langkawi ni comel aje. pusing2 kat situ jugak. so nk berjalan mmg sgt mudah. tak perlu ON GPS pun sbb signboard dia sgt helpfull dan free map y ambil di airport tu sgt membantu. Tak perlu risau. Smpi di Langkawi Fair kami terus cari Believe ni. ia berada di Level 1. So entrance saja dah cantik, and fyi, Believe ni baru 2 bulan beroperasi so masih ada promo price 10% off and Like FB fanpage dorang to get additional 10% off.  

Ni la entrance Langkawi Fair . yehhaaa
Kat Entrance Langkawi Fair dah ada bunting ni. so lagi senang nk cari la
Ni la harga y cheq habaq kat ataih tadi :p


Ni pula normal price dia

Ha ni la entrance BELIEVE, sorry bukan 3D tapi 5D hokkay :P
Kat sini mmg purposely datang utk posing, so xde niat lain la ye. so layan la gmbr2 y super awesome nih :). Sepanjang kami meneroka tmpt ni sorang staff ikut kami. so dia la bagi tolong kami ambik gmbr. tapi maybe sbb kami dtg weekdays boleh la depa nk ikut setiap visitor. time peak maybe kene pandai2 amik gmbr sendiri kot. kot la.
 
in real tak mungkin la kan nk surfing camni

air apa la tu ye

Comey pic ni

Macam betul2 gayat aje

Macam umah aku zaman kecik2 dulu. atap tu nostalgic sgt

Mak Aiii !! 

Senyum pulak muka nk kene baham dek boyeee

i like this pic. masa posing rasa mcm xde menda sgt. bila tgk pic wow so real! cayalah 5D!

Dare kee :p

Merapu la dua2 orang ni

Gemok nya main congkak ngn mahsuri :p

oh you try to save her !

ni lah asal usul perkataan Lang Kawi tercipta, the Red brownish eagle. and i membebel sorang. Why this red brownish eagle not widely promoted as a symbol of Langkawi? patutnya semua sourvenier kat langkawi kene ada gmbr eagle ni. bru la org kenal. just like how synonim Gajah dgn thailand, Turquaz dengan Turki, Barong dgn Bali  ha hah. bebel ntah pape je kata Saufey :p

i love you too :p

Motif monyet tu :p
Spek feveret :p

 okeh lama jugak kami dlm Langkawi Fair tu. sedar2 tgk jam dah kul 4.30 pm. Terus bergerak ke Oriental Village yang semalam tutup tu. Mau naik cable car hikhik. Tapi dat story kita cover kat next entry la yeee . See yahh :)