Saturday, May 30, 2015

Cerita Photoshoot Colours Cottage Part 2

Sambungan cerita shooting aritu...

Okay setelah segala preparation kami dah buat tibalah hari yang dijanjikan. Kami buat pada hari Ahad memandangkan aku perlukan sehari Sabtu untuk menyiapkan segala keperluan.

Kami masuk studio awal sedikit untuk makeup model ye. Studio tu cantik .aku sukala dorang decorate. And ada few corner comel2 and kalo korang nk post kat situ , it is chargable! Best kan tengok org creative buat duit hehe

Ni ha antara corner dlm studio tu..

Comel kan! Boleh tiru! LOL








Corner comelsss.. i likeee them thousand times!

Studio rental. Kat hujung sana MUA Ikin tengah busy buat kerja

MUA in action! :)

Tengok peralatan mcm nk bedah orang hehee

And nak dijadikan cerita yang part model terjun tu bukan la apa sangat pun. Tinggal lagi something happen and I accidentally have to be model of Colours Cottage jugak. So suddenly we have 2 models now. But mine is not that commercial face! Haha.  Hentam saja lah. I do for clothing while Auni is doing on our Shawl & Tudung.


Colours Cottage and team! We love you all!

Ini adalah antara hasil photoshoot kami pada hari tu.



Ni la dia model kami nama dia Auni hehehe.

Haha tetiba kann aku ada jugak! 

Ini adalah shoot ke dua T_T. Posing dulu dgn MUA!

Kami siap shooting at 2 pm. Kami dapat cover about 20 baju + tudung/ shawl. Siap shooting, photographer akan buat color editing dan share kat kami the final pics. Overall sangat penat gilee (shooting mmg penatsss) hehhee tp Alhamdulillah siap tugasan utk hari itu.

See yah!

TATA :)


[shemadamtips]


Saturday, May 23, 2015

Percutian Ramai Ramai ke Pulau Tioman

Okay, Assalamualaikum u olls

Intro kasik gambo dulu.. hehe  
Ini almost live punya entry. Esok kami insyaallah nk berehat sebentar di Pulau Tioman. Kali ni kami tak pergi berdua tapi bersepuluh! hehe. Ala2 family holiday tapi hanya dapat kumpulkan 1/4 dari ahli saja! haa Kan kami kuarga super besar dengan keahlian 46 orang (and to be frank malam tadi baru je muncul ahli yang ke 46 tu! )

Ok nak cerita pasal ahli keluarga alamatnya tak sampai2 la ke Pulau Tioman cerita kita ni. Btw ni antara preparation sebelum ke sana. Sbb masing2 sibuk, segala booking2 kita siap buat semalam okay guguuggu! Kami insyaallah akan berada 2D1N di sana. Tahu sebab apa? Sbb takut mak boring kat atas laut lama2. Kang bila mak dah start baca Yaasin atas boat haa habis lah hihi

1. Hotel Booking


Mcm biasa, aku memang mudah booking kat Agoda saje. So far reliable. And nk dapat hotel y baik kene la rajin sikit baca review2 orang yang dah pernah pergi. Kami insya Allah akan menginap di Berjaya Tioman Resort. Teringin nk duduk sini tapi selalu harga mahal mencanak, tp tgk2 Alhamdulillah rezeki kami harga kat Agoda kelmarin adalah harga mampu milik. So siap booking 3 bilik. Setel part bilik
Ni gambar google. katanya top view of resort


2. Ferry Ticket


Ferry ticket dari Jeti Mersing ye, Harga sekepala dewasa RM 70 dan utk kanak2 RM 60 utk perjalanan pergi dan balik ye.Jadual feri tak standard, ikut musim. Kalu time air surut, feri lambat la nk berlepas. Utk hari esok, dijangka feri akan bertolak jam 11 pagi dan balik next day jam 3 pm. So kalo nk tahu jadual feri bole la check kat sini. And aku  plak deal direct ngn company BlueWater by call ni no dia 07-7994811. Booking siap2 and menurut mereka esok pagi2 terus g kaunter dorang collect tiket dan buat bayaran di sana. Ok done.
Ni pun gambar ihsan google. Ni la kot rupa ferry ktrg nnt :p

3. Snorkeling Package


Ni aku dapat contact dr My best fren nama Tet yang baru balik dari Tioman last month (nama dia mmg Tet bukan Tet bermaksud signal Teettt tu tau)! So bila kawan yang recommend, senang kerja kita . Tak perlu nk search apa2 lagi kat google tu. Aku wassap terus mamat nama Epeq ni No dia (019-915 5093) ha senang kasik je nombor tulis kat sini haha. Tet kata service dia okay, kalo esok tak ok ak akan saman malu kauuu hehee. Sebenarnya snorkeling pakej ialah sehari tapi sebab kami amik 2d1n aje so pakej jadi separuh hari saje, Harga y dia beri utk 10 orang ni ialah RM 600.So ok la kot agaknya. Ok siap.

Harap2 jumpa la ikan mcm ni esok (ihsan google juga gambar ni)

Rasanya 3 menda besar dah cover. Utk mkn menurut Epeq kat sana ada bnyk tmpt makan. So insya allah mudah la kot.

So mlm nnt kita packing2 barang sikit. Esok awal pagi lepas subuh kita gerak ke Mersing. Semoga perjalanan selamat hendaknya..  Aminn.


Asal nk cuti terus ada gambar mcm ni hihii
See yah in Tioman! hehe :) 

Sunday, May 17, 2015

Cerita Photoshoot Colours Cottage Part 1

Memandangkan Colours Cottage nak release new office wear collection (pada masa entri ni published, kami dah releasekan pun) so aku pun berkira2 (berkira2 bermaksud kira2 duit tau bukan berkira yang berfikir2 tu hehe.. paham ke? tak paham tak pe lah :p ) So bila tengok duit tabung ok, kita set certain bajet dan haruslah membelanjakan bajet dengan sebaiknya. Antara preparation before we go for the photoshooting, haruslah ada checklist kan..

1. Photographer
2. Studio Rental
3. Model
4. Make up Artist
5. Pakar Logistic

Dari list tu, aku pun mulakan survey utk photographer. Bila survey banyak org buat pakej photographer + studio rental. So mcm ok juga kan. Walau pun aku sebenarnya ada seamless paper besar gabak kat rumah tapi lupa masa beli paper tu tak ingat kata rumah agam aku ni kenit aje. Jenuh la melintang salah, membujur pun salah. Tak muat! Ni la masalahnya bila perasaan tu rasa mcm rumah besarrrr.By the way,  korang tahu ke seamless paper tu apa? ala backdrop paper yg selalu studio pakai tu. Ni ha contohnya.. (gambar ni pun aku google jugak! )

Lebar dia tu yang mencabar nak pasang kat umah aku. Penuh hall dengan dia saje
Ok ada few pakej yang aku berjaya survey. Ni antaranya: 

1. Serindit Photo - ni memang gempak la segala butik2 hebat pakai dia. Pakej RM170/hr weekend, junior photographer 
2. TheWhitehouseStudio - Harga RM130/hr +  color editing 
3. Ciptakarya -Harga RM150/hr 
4. Commastudio - RM 150/hr 
5. BF Studio - RM 100/hr 
6. Azrianna - RM250/hr 

Habis survey aku decide amik no 2 tu. Whitehouse Studio. Lokasi atas Bella Ammara Sek 7 Shah Alam. Aku amik studio tu sebab dorang la yang paling mesra bajet tabung aku dan kualiti gambar pun cantik. Survey2 ni aku  buat thru instagram dorang aje. Pastu wassap la sorang2 tokei2 tu. 

Ok siap part Studio + Photographer. Skang ni kene fikir sapa nk jadi model gantian. Sebab official model aku tengah pregnant. Takkan sebab model pregnant aku pulak kene jual baju mommy2 plak kan. hihi. So Alhamdulillah aku dapat la model gantian aku. Deal harga dengan dia and set date. Ok done.


Part makeup artist & logistik ni aku memang tak perlu risau sangat. Aku ada seorang kawan yang memang dari awal dulu dok mekap model Colours Cottage. So aku set masa dengan Ikin & dia pun setuju.

Ni gambar 1st time photoshoot. Ikin  yang makeup Lya ni. Lepas Lya bersalin harap2 boleh kembali menjadi model kami hihi
Ni 2nd shoot. Ikin juga yang makeup lah

Ok part logistik adalah adik aku si Imah & suami aku Saufey lah sapa lagi tukang angkat2 apa yang patut. Saufey selain bahagian logistik, dia juga merangkap design / fashion controller. Semua barang yang aku jual memang perlukan approval dia. Kalau dia tak berkenan means aku tak boleh jual. Tak kenan tu in the sense of tak patuh syariah lah bukan sebab lain pun. Ok baik boss :).

Okeh nampaknya segala checklist dah ready, sebelum photoshoot kene la siapkan barang2 yang nak di shoot tu. Iron siap2 dan list kan sequence outfit mana nk shoot. Matching kan siap2.Ni 1st time kami shoot dalam studio jadi mmg kene plan properly so that masa tak lari. Kerana setiap detik berjalan tu duit tabung pun mengalir jugak yer.

Ok la next entry la kita cover citer photoshoot tu ek :)


[shemadamtips]


Thursday, May 7, 2015

5 TIPS Presentation Yang Diajar Kepada Saya

Tajuk tu ayat macam tu sebab aku bukan nak kata aku pandai bagi presentation tapi lebih kepada tulis kat sini supaya aku tak lupa apa yang orang dah ajar pada aku. So mungkin korang pun ada masalah macam aku bila disuruh present ni jawapan spontan “Ha? Saya kene present ke? Nak cakap apa kat depan tu nanti ??”


Ok ni tips yang ada orang bagi, and kebanyakannya datang dari Boss aku sekarang. Muahaha. Sebab ingat lagi masa mula2 aku report duty kat dia, ni soalan pertama dia “Are you good in presentation?"  dan aku jawab penuh yakin “ No.”  HAHAHA

1. PRESENTABLE IMAGE


Kita kenelah pilih baju mana yang sesuai untuk dipakai dan yang boleh buat kita yakin. Contoh macam aku jenis memang tak confident bila pakai tudung bawal sebab rasa macam tudung senget benget dan diri begitu comot. Jadi jangan la pakai time kene buat presentation. Haha. Dan selain dari pakaian, muka pun kene la presentable juga.. Tepek la bedak sikit dan at least put on some lipstick takda lah muka tu nampak plain sangat kan.

2. SUARA JELAS 

Bercakap dengan suara yang kuat dan jelas. Make sure orang yang paling jauh dari kita boleh dengar suara kita. Kalau dapat mikrofon lagi senang . Cakap biasa je tak perlu nk lontarkan vocal sangatt :)

3. POSISI

Yang terbaik adalah untuk berdiri dan mengadap audience sepanjang presentation. Seeloknya kita berdiri bersebelahan dengan slide presentation dan mengadap audience. Jadi kita tak perlu bergerak badan & kepala kerap sangat sebab mana nk tengok slide presentation mana pulak nk tengok audience

 4. ATASI KECUAKAN :P

Masa present sure ada rasa cuak-cuak kedondong dalam perut kan . Bila rasa cuak tu datang je, terus cari satu atau dua muka audience. Buat eye contact ngn dia aje. Kita buat rasa mcm bercakap dengan dia aje lah. Abaikan  audience lain yang ramai-ramai tu. Lagi bagus cari audience yang dok senyum atau angguk kepala. So kita pun cool la sikit kan.

5. MAINTAIN PACE

Elakkan bercakap terlalu laju atau perlahan sangat. Walau pun kita jenis cakap laju macam bullet train tapi masa present kene sebut sebutir demi sebutir. Supaya audience tak ketinggalan. Kang kita cerita dah sampai Perlis, audience masih terkial2 nak faham apa yang jadi kat Johor tadi .. Selalu jadi kat aku miahaha.


Ok itu saja. Selamat membuat presentation! hehe buleh ke gituu.. Ak rasa ada lagi tips tapi aku pun dah lupa. Ha tengok selalu ada memory lost! 

Till then . TATA. Assalamualaikum

[shemadamtips]

Wednesday, May 6, 2015

3 Storey House for Rent

Assalamualaikum,

Kalau ada sesiapa yang mungkin sedang mencari rumah utk di sewa di Sg Buloh, ni ada satu rumah best utk korang take into consideration.

Details rumah seperti berikut:

-Fully renovated
-Partially furnished
-6 rooms with 2 master bedrooms,
-Grilled, complete kitchen cabinet, dining table, fridge,  2 water heater available,automatic fan in all rooms & family area
-Curtained

-Comfortable for sharing tenants

-Location near to Hospital sungai Buloh
-Walking distance to KTM Kuang station 

-Rental Fee negotiable

 Sebelum kita tengok gambar rumah dia ; Kalau korang berminat nk sewa dan nak tnya apa saje persoalan , boleh directly call tuan Tanah kita : Cik Ann 017-241-3277 yer :)

 Jomsssss! 

Gambar ilustrasi dari luar

Living hall with automatic fan




View dari luar. Modern design




Kitchen cabinet siap dah. Merah lagiii

Cantik sungguh kitchen cabinet

Shower

Sinki

Bathroom
Okay korang. best gile kan rumah dia.besar sungguh! :) So anything tnya ngn Tuan tanah tau! Till then.

See yah

TATA