Tuesday, March 7, 2017

HARI KELUARGA LEGASI MISRAN 2017 DI DESA BALQIS LINGGI

InsyaAllah acara tahunan keluarga besar kami Legasi Misran iaitu Hari Keluarga akan berlangsung pada 28-29 April 2017. Ada lebih kurang 2 bulan dari sekarang. Aku mcam biasa selaku AJK Penginapan, jawatan tetap sejak berkurun, buat la survey area mana yang nak gi. Atas permintaan mak, dia tak nak kawasan yang dalam Johor, dah bosan katanya. Ok baik mak! LOL

Antara tempat yang kami consider adalah kat Melaka, sebab logistic dan masa serta kos yang rasanya kami boleh manage. Antara tempat yang short listed aritu: 


Tempat ni cantik sangat2 ala2 mansion, interior cantik, ada pantai, ada swimming pool. Budget satu malam untuk 50 orang lebih kurang RM8K. Short listed. 

Rasa mcm orang kaya kejap dok sini


Tempat ni pun cun juga, tapi takde pantai. Cuma ada swimming pool dan kawasan nya agak limited. Kami yang ramai 50 orang ni nak bersukaneka bagai rasa mcm agak sukar. Lagipun agak strict, ikut pada normal hotel/ resort punya standard. Kami drop kan from list. 

Next time la ye kami p sini

Tempat ni kami dah ushar dari last year tau tapi bila nak book mesti da penuh. Haissh kalau nak mesti kene book cepat. Lagipun kalau tak silap bilik yang available tak dapat nk tampung kami semua pada date tersebut. Pun kami drop ia dari list.   

Budak2 mesti tak senang duduk jengah tingkap ada pool weiii 

4. Desa Balqis, di Linggi Melaka.

Resort ni ada pantai, ada swimming pool dan ada kawasan lapang yang luas. Bercirikan ala-ala kampung, bila vote dlm WA grup, semua orang vote tempat ni. So, harap2 indah rupa dari khabar la ye. 

Gambar macam ni mau tak tergoda smua orang :P

Pergh memang tak sabar nak p kalau mcm ni

Step seterusnya, kami PM aje lah dorang kat FB Desa Balqis, senang kan? Pastu mereka follow up di email. Dlm masa sehari setel dah booking bilik, makan, siap dengan ada sediakan peralatan sukaneka. Itu sudah bagus. Memang mencarik tempat yang ada siapkan food, jadi tak perlu susah2 nak masak. Sebab nya aku la antara orang yang malas nak masak2 time bercuti haha 

Untuk pengangkutan, kami decide nak naik bus. Kire 1st time la ni satu kuarga nak berjalan naik bus. Mesti happening! 

Nanti kita share kan budget details untuk organize Family Day kat sini. InsyaAllah affordable. 

TaTa! 

~~HajarAswad~~ 

Monday, March 6, 2017

5 TIPS NAK ORGANIZE MEETING YANG EFEKTIF

Pernah kan korang masuk meeting yang panjang dan lama gile tapi end up tak tahu apa outcome dari meeting tu. Sume hal ding dong ding dong. 

Nah ni tips sebagai meeting organizer, nak make sure meeting korang tak amik masa lama dan paling penting korang dapat apa hasil yang diperlukan.


1. Plan apa content atau agenda meeting. 2-3 agenda cukup. Korang buat sampai 8 agenda, memang sangat tak efektif..



2. Email dulu kepada semua attendees tentang apa yang nak dibincangkan dalam meeting tu, dan inform earlier apa expectation dari setiap attendees. Jadi sebelum meeting start, at least semua org dah ada brief idea ttg meeting yang korang panggil tu dan boleh study sikit2 untuk beri input 





3. Korang kene alert dengan discussion yang berjalan, kalau tengok attendees dah mula nak merapu bercakap out of topic, cepat2 tarik mereka ke pangkal jalan. Yang penting kita nak outcome kita, nak berbual perkara lain, tunggu habis meeting hehe




4. Korang sebagai meeting organizer WAJIB punctual. Jangan la korang yang panggil meeting, tapi korang yang lambat. Dah banyak masa orang lain terbuang, meeting pun jadi habis lambat




5. Set kan time frame korang kene call off meeting. Lagi pendek lagi bagus. Terus sharp and straight to the point. Tak perlu nak intro panjang2. Sejam meeting kalau efektif ckup bnyak perkara kita boleh dapat.






Okay tu je. Yang penting meeting lagi pendek lagi bagus. Lepas tu ada bnyk masa utk buat kerja pulak.


#shemadamtips

Wednesday, March 1, 2017

JANGAN BIARKAN AZAM TAHUN BARU KORANG BERKUBUR MACAM TAHUN SUDAH :P



Dah masuk bulan March, amacam azam 2017 korang? Macam biasa dengar kan, asal tahun baru bersusun azam tahun baru dah set macam-macam nak dicapainya. Masuk tahun baru yee semangat nak merealisasikan azam tu melantun-lantun macam bola.
.
Tapi lepas sebulan..dua bulan.. 3 bulan.. mana pergi azam tu ye. Untung la sebulan bertahan ada yang seminggu je lepas tu lupa dah.. tu yang bila hujung tahun, apa azam yang kita set masa awal tahun hari tu dah hilang entah ke mana
.
Bila menda sama terjadi tiap tahun, maka hasilnya ialah tahap hidup tetap sama takde perubahan pun..
.
Meh sini SisHajarAswad share sket cara nak make sure azam 2017 korang tercapai atau at least, ada progress! 






#1. Set Spesifik Target 


Untuk apa yang saja yang korang nak capai, pastikan ada target yang spesifik. Contoh mudah nk turunkan berat badan. Takat ayat macam ni mmg confirm tak jadi sis. Kene ada main target dan ada detail target untuk setiap bulan/ minggu/quarter supaya sis tak terleka

Contoh: Set target nak turun kan berat badan sebanyak 10 kg. Siap detailkan kalau dalam masa setahun nak turun 10 kg, sebulan tulis siap2 nak turun 1 kg. 


#2: Set Target Yang Boleh Diukur

Bila dah set target, make sure target tu boleh diukur atau boleh dinilaikan

#3: Target Yang Realistik & Boleh Dicapai



Ha masam set azam memang kita akan berkobar-kobar semangat tu. Tapi jangan over sangat sampai semua target tak mampu pun nak capai. Nanti sis akan kecewa. 

Jangat terlalu ambitious, yang penting sis kene maintain usaha untuk capai target, tak tinggi pun takpe asalkan ianya realistik

#4: Tiap Target Mesti Ada Sebab Yang Kukuh Dan Personal 


Ni penting sebab bukan sepanjang tahun nanti sis akan bersemangat nak kejar target tu. Ada masa mungkin akan hadapi kesusahan atau downturn. Bila sis ada sebab yang kukuh, ia akan bantu sis kuatkan semangat dan tak putus asa


#5: Cari Kawan Atau Partner Sebagai Tukang Push


Ha lepas da siap list down kan secara detail apa yang sis nak capai pada tahun 2017, cari orang yang sis percaya either kawan baik, husband, mak etc ceritakan pada nya apa yang sis nak capai

Tiap bulan sis update pada dorang2 ni tentang progress sis untuk capai target tu. Sebab lumrah manusia, kalau tak kene push memamg malas nak gerak. So jadikan dorang ni sebagai tukar push atau tukang trigger supaya sis tetap maintain effort sepanjang tahun

#shemadamtips