Thursday, December 22, 2016

Tips Bila Suami Si Berat Mulut

Ni citer biler sembang ngan geng-geng pompuan, mengadu laki macam takde suara kat umah. Tanya sepatah, jawab sepatah! Eh macam familiar aje aduan dorang ni, sama kes la rupanya suami Si Berat Mulut! haha. Laki ai pun penyenyap jugak ahha tapi jangan risau, kan semua masalah mesti ada jalan selesai :)

Konsep nya mudah, kita berpegang kepada kata-kata bahawa 'manusia kita susah nak ubah tapi bila kita ubah keadaan, manusia mungkin akan berubah. Atau bahasa omputihnya 'We cant change people. We change the environment, people will". Nak kata teknik aku berjaya tu aku pun tak pasti cuma sekarang ni suami aku yang dulu nya Si Berat Mulut sekarang ni boleh cakap mcm ni " Ma, letak handphone tu, dengar Bie nak cerita" Hrmmm sebab time dia nk bercerita, aku pulak sibuk main Whatsapp huhu

Ni tips yang aku apply lah :

1. Kaji kesukaan suami dan join kesukaan dia 


Di awal perkahwinan, confirm kita pun baru nak kenal pasangan masing2. Aku kira dia lagi terkejut dengan bermacam perangai buruk aku tapi alhamdulillah dia berjaya hadap aku rasalah haha. Cuma untuk mencipta lebih banyak perbualan bersama pasangan, aku kaji apa yang dia suka. One of it ialah dia sgt fanatik dgn kelab bola sepak Manchester United. Aku pun ambil tahu pasal kelab ni dan siap tengok bola sama2. Ada satu masa aku semangan jerit " Ha cepat Nani!!!'. Tetiba dia  cakap " Itu bukan Nani la, tu Valencia" Mana nak tahu muka dorang nak sama heeee. Bila dah tahu, kita senang nak sembang pasal bola. Dan sebab dia suka Manchester United, sangat suka la dia nk bercerita. Amik tahu la ada pertukaran pemain ke, management ke, kene lauk dengan kelab Liverpool atau Chelsea ke..Itu suami aku lah, suami org lain , kaji la ye sendirik hehe
Ni Nani nama dia (gambar ihsan Google)

Ni Valencia. kan lebih kurang aje muka dengan Nani (gambar ihsan Google)

2. Jangan jemu bertanya 


Ha part ni mula-mula memang dorang akan menyampah la. Bie dah makan? Bie esok kerja kul berapa? Hari ni Bie nak makan apa? Bie esok Bie plan nak buat apa ? hahaaa Semak sungguh kalah detektif tanya soalan macam-macam. Tapi percayalah time kita merajuk kita tak tanya dia apa-apa soalan, dia mula kelam kabut i tell you. "Kamu marah ke, kenapa kamu tak nak tanya apa-apa?" heheh (Yess! taktik menjadi! )


3. Tanya soalan Terbuka (Ask open-ended questions) 

Ini aku apply without aku tahu the concept. Baru belajar masa Coaching Class hari tu. Konsepnya ialah untuk mendapat lebih banyak infomasi, gunakan open ended question semasa sesi bertanya. Tahu tak apa itu Open Ended Question? iaitu Soalan yaang  biasanya bermula dengan perkataan "How" or "What". Contoh nya:
"Macam mana awak selesaikan masalah X kat office semalam? " atau
"Apa yang awak buat nak baiki lampu tu?
"Macam mana Ryan Gigs boleh jadi coach plak?

Soalan-soalan macam ni nak tak nak memaksa Si berat Mulut untuk bercerita panjang sikit instead of bagi jawapan satu perkataan seperti 'Belum', 'tak', 'dah', 'ntah, tak tahu' dan sebagainya hehee

Nah tepek nota sikit: (ihsan dari Google)



4. Jadi Pendengar Setia

Kalau dah namanya tanya macam2 soalan kene lah berkorban sikit jadi pendengar setia. Jangan lah kita tanya soalan, lepas tu kawan tu semangat nak bercerita tapi kita main instagram! (Macam biasa buat je hehe). Sebab kalau kita buat camtu si Berat Mulut akan pissed off dan sia-sialah tips 1-3 yang kita dah apply tadi, Ingat senang ke nak paksa si Berat Mulut bercakap! So no option, just shut up and listen okay!

5.Jadi lah Insan Peramah   


Yang ni adalah satu-satunya piihan yang anda ada bila bersosial kerana even si berat mulut dah berjaya bercakap dengan ramahnya dengan kita, tapi still di tempat awam, dia tetap Si berat mulut unless dia berjumpa dengan org yang apply tips 1-4 diatas hehe. Else, para isteri kene jadi watak kipochi sikit la kang takde la bila bersosial kita dok kat hujung penjuru ngadap muka laki bini heheh


Okay tu je tips yang aku apply which so far aku rasa berjaya. Ingat satu, suami tu kurniaan dari Allah, kita kene adjust ourself to suit him well. Selamat mencuba! hahaa mcm masak-masak plak :p


TaTa