Monday, August 15, 2016

Jumpa Doktor Marsita (Klinik Pakar Wanita Medina) : Ubat Tak Dapat, Menda Lain Yang Dapat



Entry ni lebih kepada note untuk self future reference, Sebab bila jumpa Dr Masitah, terlalu banyak info yang diberi yang sangat menarik. Kalau aku tak tulis confirm 90% content aku akan lupa.

Kalau nak di ceritakan dari awal, Dr Marsita ni doktor ke 6 yang aku jumpa since beberapa tahun lepas. Tapi dengan Dr Marsita ni lain sikit sebab rawatan dia merangkumi Islamic dan conventional medical punya approach. Macam di gabungkn dua2 approach tu jadi aku rasa sangat seronok la juga.

Dr Masitah sangat mementingkan Islamic punya approach in terms of dietary & daily lifesyle. Aku share sikit kat sini (supaya aku tak lupa) dan aku percaya ianya boleh diamalkan oleh sesiapa sahaja kerana apa yang disarankan sebahagian besar nya adalah sunnah Rasulullah kita.

Nota doc kasik soh tampal kat dapur biar tak lupa apa nak makan

1. Bangun pagi at least kul 5 am dan tidur awal at least by 11 pm. Ni part paling aku sangat suka sebab time off aku is at 10! haha.

2. Dah bangun pagi tu buat solat sunat tahajjud/ hajat/ taubat. Dan amalkan untuk membaca surah Al Insyirah & Al-Fil. Sebab dua surah ni sapa yang amalkan akan terhindar dari penyakit

3.  Amalkan minum Olive Oil, Pomegranate juice dan madu di awal pagi masa perut kosong.

4. Amalkan minum air masak dan buah sebelum makan makanan berat. At least sejam atau setengah jam sebelum makan. Makan buah yang ada banyak juice ie watermelon, apple etc

5. Pilih madu yang betul2 pure baru dapat high impact. Mahal tak apa, yang penting asli. Kaji betul2 dari mana datang madu tu supaya kita tak tertipu dengan madu yang dah dicampur bahan-bahan lain. Dr Marsita share juga pengalaman dia masa g Farmasi di German.Kita tahu German ni antara negara pengeluar ubat-ubatan yang hebat. Rata-rata ubat ubat yang aku ambil untuk treatment kesuburan ni adalah dari sana. Tapi yang mengejutkan kat farmasi dorang takde pun ubat-ubat ni dijual. Tahu apa yang ada? Bermacam jenis maduu sebagai ubatan! haaa dia kasik makan menda yang baik2 utk local people mereka. Then, what happen to those medication yang dorang produce tu? Mereka jawab 'oh, that is for export..' huhu

6. Cari Olive Oil yang premium quality utk diminum tapi yang biasa tu pun boleh tapi rasa dia kureng sikit lah. Dr Masitah kata Olive oil khasiat nya kita dapat sekiranya kita ambil direct. Kalau yang guna utk masak, khasiat olive oil tu actually dah hilang. So gunalah olive oil letak dalam salad or minum directly. Ate yang guna utk masak spageti carbonara tu, cuma dapat rasa sedap saje, khasiat dah takde. Untuk treatment ni,  boleh beli yang premium as per doc suggestion (Palermo)

Olive oil ni harga RM80, beli kat klinik Medina

7.Makan 7 biji kurma dan susu kambing sehari. Tapi Doktor tak galakkan minum susu kambing yang dah diformula kan/ sachet/botol tu sebab kandungan susu kambing cuma 30% .70% lagi adalah creamer sahaja. Minum susu kambing fresh tu haa

8. Oh cakap pasal madu, kat klinik Dr Marsita ada jual madu dari Kirjistan. Madu tu warna putih dan sangat highly concentrated. Doc bagi rasa.. yummmy so honeyyy rasa dia . Harga satu botol (750g) ialah RM250. Mahal sebab penghasilan madu ni setahun hanya sekali. Jenuh pakcik yang kutip madu ni nk tunggu lebah produce setahun sekali. Tapi aku hari tu tak beli pun, nak kene kumpul duit dulu hehe

Ni madu yang ada kat sini. White Honey tu yang tengah tu 

9.Banyakkan makan ikan dan masak cara non oily ie steam. Guna banyak halia dan bawang putih

10. Tak bleh makan fast food ie McD, KFC etc.. ate aritu teringin pergi juga makan KFC tu pun tak ingat dah bila last time mkn KFC, Teringin sangat doc, ampunss

Ok cukup la kot 10, Next time kalau ada yang baru kiter story lagi kay. Despite tips dan sunnah yang kene amalkan ni, kita still undergo normal process like other doctors do. Only that the different approach by Doc Marsita, does impress me much.

See yah! TaTa